Tajuk aku pendek. Tapi isi dia panjang. Boleh skip kalau mahu. Ini cuma secubit pengalaman aku untuk orang2 yang memerlukan. Moga bermanfaat. Terima kasih admin, jika disiarkan.

Aku.
Semua orang yang kebanyakannya akan melalui satu fasa. Untuk move on.
Antara dua. Kau akan bangun untuk lawan. Dekatkan diri pada Allah – at least menjadi lebih baik.
Atau. Kau akan musnahkan diri kau. Dengan cara yang paling halus. Dan yang paling sedih. Kalau kau sendiri tak perasan. Seperti kisah atau kisah2 yang kita baca sebelum ni. Ya, macam tulah.
Senang berkata. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ujian setiap orang itu berbeza. Dan tahapnya juga berbeza. Seperti ujian kau. Dan aku.

*******

Iman.
Iman sahaja sebagai benteng aku. Bersama doa mak, doa ayah. Doa keluarga dan sahabat.
Kau mungkin tak rasa, memori yang macam mana pernah disimpan dulu, dan setiap impian yang aku pernah angankan, semua bagai angin lalu. Langsung tak ada kesan (kah?).
Termasuk yang satu itu, ada dia. Dan aku.

Kawan,
Hari2 aku penuh dengan bacaan yasiin, bersama dengan doa di 7 mubin. Nama dia aku sebut penuh. Untuk pulihkan keadaan, untuk membina kebahagiaan. Untuk memperbetulkan. Istikharah aku berlanjutan, bersama solat hajat. Solatku penuh dengan air mata. Usai solat, selalu sahaja aku meraung dalam hati. Penuh macam karangan. Yang keluar hanyalah “Allah.. tolong aku. Tolong aku.” Aku depressed sampai rasa hati aku bagai nak pecah. Sempit macam kena kurung dalam satu tempat yang tak punya cahaya. Tidur malamku hari2 bersama tangisan.. Aku pujuk hati “hasbunallahu wa nikmal wakil… (Cukuplah Allah sebaik2 penolong dan menjadi pelindung)”. Aku doa berkali-kali, diberi ketabahan, kesabaran, ketenangan dan keredhaan. Mak selalu pujuk, kita dah berusaha. Zikirlah, sekalipun dalam kereta. Ternyata, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Kawan,
Tidak pernah sekali aku berdoa mempersoalkan adakah dia bukan yang terbaik untukku. Tetapi, Allah Maha Mengetahui. Sungguh, semuanya buntu. Semua, kawan. Bukan satu. Walau permulaannya nampak cantik dan tersusun. Kita hanya merancang.

Kita nak pergi ke evil side memang senang. Memang kau rasa, untuk membalas apa yang dia lakukan, boleh. Kau rasa, dia deserve. Tapi, I’m not gonna put myself sama level. Aku banyak sahabat yang sangat baik, and keeping me in the good side. Alhamdulillah.

Kawan,
Aku akhirnya ubah. Aku doa “jika memang dia bukanlah yang terbaik untukku, agamaku, keluargaku, duniaku dan akhiratku, maka kau cabutlah dariku perasaan cinta dan kasih ini untuknya. Dan kau gantikanlah dengan orang yang berjuta-juta kali lebih baik drp dia.” Aku cakap semua. Setiap satu. Aku menangis dan merayu dalam doaku.

Hingga ke saat ini, aku masih lagi menangis. Air mata ni, macam takkan kering. Sedih betul.
Tapi, kau tahu? Allah dah tarik cinta dan kasih aku pada dia.
Sedih pun dah berkurang, dan rasa macam hati aku kena balut. Aku selalu harap ni semua mimpi. Tapi, benda ni memang aku kena hadap. Entahlah. Banyak yang aku susah nak cerita. Kalau kau semua faham, aku berterima kasih sebab memahami. Aku cuma harap kau semua doakan yang baik2 untuk aku. Aku juga doakan kau semua yang nak move on, dipermudahkan. Doalah yang terbaik. Allah tu Maha Mendengar.

Aku suka quotation ni.
“The thing about a really good woman is that she remains a good woman even after all life’s disappointments.” See. Macam mana pun orang buat kau, baling batu ke, baling kaca ke, kau balinglah dia balik dengan bunga. Aku tahu, kadang2 kau nak jugak baling dia dengan mercun. Aku pun. Tapi tak apa. Kau sabar. Sebab kita semua, sangat berharga. Dan sebab tulah Allah nak bagi ujian tu, sebab Dia sayang, dan Dia pun nak simpan kau untuk orang yang paling layak yang Dia dah pilih dengan masa yang paling tepat dan cara yang paling indah..

So dear,
Let’s move on.

– – K –

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

46 Comments

  1. Sama mcm aku dlu..susah..sakit die xleh cerita..tp pulihkan ape yg sepatutnya..patah balik pd yg Maha Esa..semua tersusun dgn baik nya..All the best awk.. :)

  2. aku pulak suka dgn quote ni;

    “5years from now he’ll be nothing but memory. don’t let him distroy you” – r.h Sin

    hargai org yg masih ada disisi dan bila dia nk pergi dari hidup kita, lepaskan. jgn try hard sampai kita hilang diri kita.

    alhamdulillah, aku tkpernah menyesal kenal sesiapa dlm hidup aku sbb sakit mana pun aku lalui, akhirnya aku jumpa hikmahnya.

    semoga kita sama sama kuat utk move on :)

  3. dari bait2 ayat dlm confession ni, ak dpt rasakan yg confessor ni mesti berhati lembut dan puitis org nye. thats y ssh nk move on. aku paham prasaan kau. its ok. biar mase yg menyembuhkan hati mu. tiba masenye nt kau akn redha tanpa kau sedar. yg tinggal nanti hanyalah hati yg makin kuat menepis dugaan dan kesedihah. tiada lg air mata dan cinta buta.

  4. Ingt lg dulu mase nk move on .. Pegi kije menangis .. Mkn mnangis .. Duduk sorg2 mnangis .. Tiap2 pg pakse diri g joging utk lupekan yg ak tgh move on .. Perit tp kena trime

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *