Muslimah dan kerjaya

Hi hope admin approve, aku nak share pendapat sikit la pasal muslimah and kerjaya ni, bukan kerjaya yg biasa2 tu tapi sebagai ARTIS.

Aku tak berkenan sgt bila kau seorang muslimah and kau pilih kerjaya sebagai artis, ye aku tau rezeki Allah bagi tapi sekarang ni kita di fasa ke-4 iaitu fasa dimana zaman fitnah berleluasa. Contoh mcm mira filzah, yes dia comel and ramai minat and no aku bukan jealous, ni pendapat aku la dia ni seorang muslimah yg org kata lemah lembut ape semua tu kan, aku tak kesah pon tapi bila lelaki2 ni simpan gambar dia, buat jadi wallpaper, asyik bercakap pasal dia, bergetar tulang rusuk semua tu, kau rasa camne ek? Aku sebagai perempuan malu la jugak even aku bukan mira filzah, tu belom kira kalau laki pandang kau dgn pandangan yg ada nafsu syahwat en

Oh and aku post pasal ni jugak pasal tadi, ada page post pasal pakaian muslimah yg lawa and trendy, and ada comment2 laki ni, kata dah pikir masa depan dgn perempuan tu la, oh and yg menarik perhatian aku ni pasal 1 comment, dia share gambar heliza helmi, wanita muslimah yg jugak salah 1 ikon artis muslimah kat malaysia ni kan, dia ckp yg heliza ni bakal bini dia, and ada org reply comment dia, laki tu share gambar wallpaper phone dia, gambar heliza, tah la bagi aku sekarang perempuan muslimah yg tutup aurat dgn sempurna pon org sampai buat mcm tu sekali, faham tak ape yg aku cuba cakapkan ni? Yg lelaki2 ni, korang pandang wanita ni sebagai tanda hormat ke pandangan nafsu sampaikan gambar diorang pon korang save and buat wallpaper?

– Gadis

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *