Salam,
Kehadiran aku bukan mengaibkan sesiapa… Sekadar luahan daripada aku, seorang anak yang lahir dari BROKEN FAMILY.
Sakit,
Itu ungkapan pertama yang ingin aku luah. Setiap langkah kehidupan yang aku telusuri hari-hari, melihat dengan pandangan mata akan keakraban keluarga- keluarga lain. Membuatkan hati aku sakit, sedih, pilu, dan berdarah..Kenapa kebahagiaan itu tak mampu untuk aku kecapi? Kenapa mesti aku terjerat dengan rasa derita yang terbit dari permasalahan ibu dan ayah? Melihat, mendengar perbualan sahabat2 bersama keluarga mereka, bersama kebahagiaan ibu dan ayah. Ya Allah… Aku tak kuat Allah, aku tak kuat….
Kosong.
Aku rasa hidup aku kosong. Siapa yang akan hadir disaat aku dikecewakan? Siapa yang aku berada di sisi disaat aku kesunyian? Siapa yang akan hadir di majlis penganugerahan kecemerlangan aku? Siapaa….????
Ayah membawa haluan dirinya. Tenggelam dalam kebahagiaan bersama keluarga baharu dan adik beradiknya yang sentiasa disisi… Tapi aku, ibu dan adik2 berhempas pulas, kerah keringat untuk belajar, bekerja demi masa depan… Aku tak kuaaatt….
Tapi, janji Allah itu pasti..
Kerana aku percaya, disebalik kesulitan yang Allah beri, Allah beri aku lorong cahaya… Aku sudah melangkah untuk mengecapi impian aku. Lihat lah duniaaa, lihatlah orang2 yang menghina kami,. Akan aku buktikan yang aku anak yang lahir dari BROKEN FAMILY mampu berjaya… Aku akan buka mata semua yang menghina. Terima kasih.
– Miss pekan