Najes Hidung Masin

Admin tolong baca dulu dan approve, tiada kandungan yang terlalu extreme.

Pernah rasa tak kau ada duit yang banyak tapi duit kau tak pernah nak cukup? Pastu bila tak cukup mula la kau nak catu segala perbelanjaan dengan makan kerak nasi berlaukkan telur goreng dikerat tujuh (untuk seminggu kahkah). Kadang tu kau tengok kawan kau yang kau pun tau dia bukan orang senang tapi sentiasa cukup. Tak pernah pulak kau nampak dia berhutang.

Bila dikaji rupanya kawan kau tu seorang yang pemurah. Dia selalu offer kawan-kawan dia makan. Tak macam kau, bila muka depan makanan terus kau jamah dengan rakusnya seperti kambing gurun terlepas dari sangkar tak makan 44 hari. Sikit pun kau tak hiraukan sekeliling. Punya lah kedekut. Tapi di pengakhiran kerakusan kau tu, mesti kau akan tinggalkan saki baki makanan yang tak habis. Lehnet. Kau nak jamu siapa? Saka rimau ke?

Dan yang peliknya nafsu makan kau susah dikawal. Tak tau pasaipa. Asal lalu mana2 nampak makanan sedap je terus kau beli. Langsung kau tak kesah harga dia. Lepas tu bila dah hujung sem kau merungut kemana hilangnya duit kau. Time tu mula lah nak pinjam kawan.

Yang kawan kau tu pulak hujung2 sem cukup je duit dia. Walaupun dia susah, tapi dia rajin bersedekah. Bersedekah ni ada banyak maksudnya. Contohnya bila ada group assignment yang memerlukan kau print kertas 10 helai, then kau print tanpa minta ahli group kau bayar. Ye, walaupun setakat 10 helai tapi ada yang berkira tahi hidung masin tau. Then bila kau tengah makan datang kucing meow2 minta makan. Pastu kau sanggup keratkan makanan yang kau tengah makan. Itupun satu sedekah.

Aku pun pernah rasa macam ni. Bila print assignment aku tak minta ahli group aku bayar. Bila masak aku sengaja masak lebih dan offer housemates yg lain. Then selang semiggu lepas tu aku dapat offer untuk join program pergi borneo fully sponsored. Untuk orang semenanjung macam aku ni bukan senang nak pergi borneo. Alhamdulillah rezeki. Kita tak tau di setiap kebaikan kita Tuhan akan balas.

Nikmat bersedekah. Jadi korang semua jangan terlalu kedekut untuk belanja kawan-kawan. Fikir positif. Mungkin hari ni kita belanja kawan, esok lusa bila kita susah mungkin kawan tu yang akan tolong kita pula. Dan saham kita di akhirat pun akan bertambah kan?

*rindu aku tak? haha

– Katy Berry

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *