Nak Anak, Tak Mahu Anak, 50/50

Assalamualaikum semua pembaca.. Aku dah berkahwin masuk tahun ke 8 tahun ni. Umur aku masuk 35 tahun ni. Suami aku dah 40 tahun.

Tapi kami belum ada zuriat. Aku tak pernah hamil, pernah buat pemeriksaan kesuburan dan masalah kesuburan tu lebih kepada suami aku.

Hal zuriat ni kami suami isteri ok saja. Kami pun melayari rumah tangga kami dengan baik dan aku bahagia hidup di samping suami aku ni.

Bukan apa, dulu zaman single aku, aku ni tak bebas, aku jenis terperuk di rumah saja. Tak pernah ke mana2.

Cameron Highlands pun kali pertama aku jejak sejak aku kahwin dengan suami aku, hahaha. Betapa sedihnya hidup aku. Tapi sejak aku kahwin dengan dia, aku jadi bebas ke hulu ke hilir dengan suami aku ni.

Dia suka bawa aku ke mana saja dia pergi. Belajar naik kapal terbang, belajar jalan-jalan, aku seronok dan bahagia.

Setiap kali bercuti, kami cipta moment yang sangar indah. Tengok tempat orang, budaya orang, makan2, shoping2, aku seronok. Bila pulang dari bercuti, aku rasa nk bercuti lagi. Aku rasa sangat bahagia.

Cuma…. kami tak ada anak. Aku selesa dan bahagia hidup begini, tapi pada masa yang sama aku risau usia aku makin tua namun aku belum ada anak.

Aku selalu fikir nanti bila umur makin lanjut, nanti tak ada peluang nak hamil lagi.

Nanti dah tua menyesal tak ada anak. Macam2 aku fikir. Aku jadi overthinking.

Dan… bila datang fikiran macam ni, aku jadi semangat nak buat rawatan lagi. Nak follow up untuk IVF. Sebab untuk masalah yang sebelah suami, hanya IVF yang ada peluang.

Suami aku pernah makan supplement, namun tak berjaya, dia juga pernah pergi berurut, tapi tak berjaya.

Dia rajin untuk usaha, dia tak ego. Tapi dalam masa yang sama dia tak terlalu menekan untuk cepat2 ada anak. Pada dia, belum rezeki kita….

Ini cerita usaha kami dulu2. Tapi bila tak berjaya, kami putuskan untuk berehat sementara dari segala rawatan, masa fasa berehat ni lah kami banyak travel. Dalam negara dan luar negara.

Pejam celik pejam celik sudah dua tahun kami berehat dari TTC. Sudah 8 tahun usia perkahwinan, cepatnya masa berlalu. Namun aku belum hamil.

Jadi… bila dah lama sangat berehat, aku jadi selesa pula hidup begini, bila datang fikiran nak usaha semula untuk dapatkan baby,

Sisi lain aku pula berfikir, ok ke ada anak ni, nanti dah ada anak macamana dengan kehidupan kami, boleh ke nanti aku nak didik dan besarkan anak tu nanti, suami aku akan sama2 jaga ke baby tu nanti?

Sebab aku tengok suami aku ni jenis suka bersantai, balik keje, main fon. Tengok tv. Cuti2 ajak aku jalan2.

Aku tengok suami aku ni suka dengan kehidupan santai begini. Kerja rumah, dia takat buat cuci pakaian, jemur, iron pakaian je. Dan buang sampah. Yang lain2 aku buat.

Jadi kadang kepala otak aku ni akan fikir macam2. Macamana bila ada baby nanti, ok ke tidak. Dia rajin ke nak urus baby semua.

Oh ya untuk pengetahuan semua, suami aku penjawat awam di bidang profesional dan aku juga penjawat awam.

Bab nafkah semua ok, rumah pon dia sediakan, kereta pon dia bagi kepada aku yang dah habis bayar tapi kereta tu masih elok sebab dia jarang guna, jadi aku dah tak perlu beli kereta. Dia juga akan masukkan sejumlah duit ke akaun aku setiap bulan tanpa culas.

Semua ok, cuma aku risau nanti kalau ada baby, dia tak tolong uruskan baby sama2. Sebab aku tengok dia macam malas.

Masak, dia tak suruh pun aku masak, dia lebih suka beli makanan kat luar sebab aku kurang pandai masak. Dia faham tang itu.

Dia macam ni tau, aku selesa hidup begini, secara jujurnya aku bahagia dengan perkahwinan aku setakat 8 tahun ni.

Tapi pada masa yang sama aku rasa teringin nak ada anak sebab aku pun bukan muda lagi, dan selalu kalau balik kampung, aku rasa kekok sebab hanya aku yang belum ada anak.

Selain itu aku juga kadang kena sindir dengan orang2 sekeliling bila balik kampung. Telinga aku pun pedih juga.

Tapi pada masa yang sama juga aku rasa takut nak ada anak.

Aku fikirkan tanggungjawab, amanah nak besarkan dan nak didik anak tu. Aku takut aku tak mampu.

Aku bukan tak mahu anak. Kadang aku stress pula bila fikir perihal ni.

Tapi suami aku macam tak fikir pun soal anak. Aku tengok dia macam suka dengan kehidupan santai dia. Entah lah, tolong lah bagi aku sedikit kata2 tapi janganlah kalian mengecam.

– Puding Roti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Anak ni, komitmen berdua sis. Beranak lepas kawen bukan wajib pun. Kalau kita je beriye tp sebelah sana enjoy hidup berdua, better sis takyah stress la. Knp nak kena hirau kata2 org lain? Mulut2 tempayan akan sentiasa ternganga mengata kita sis. As long as kita tak makan beras yg diorg beli, takyah la amek pusing pun apa org2 luar ckp. Kos membesarkan anak bukan murah. Susu, pampers, tadika, tusyen, masa, perhatian. All at 1 time. Kalau usia 35, auto jd high-risk pregnancy. Yakin je bahawa aturan Allah tu la yg paling baik. Sy nk huraikan pun takut yg membaca salah faham. Ada org, yg terbaik baginya adalah dgn memiliki anak tapi tak dpt travel around the world. Ada pula org lain, yg terbaik baginya adalah dgn tidak memiliki anak tapi mampu memiliki segala kegembiraan di dunia. Hope you get what I mean. Tak ada yg sempurna. Kita takkan dapat semua yg kita nak sbb Allah maha adil. Dia bagi ini, tp Dia tak bg yg itu. Even so, jgn putus harap sis. Semoga Allah kurniakan semua yg terbaik utk sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *