Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Nak kahwin tapi tak pandai masak? Don't worry google je semua. Confirm dapat masak.
Benda boleh settle. Ye ke idok?
Kalau aku lah, aku budak asrama dari form 1 sampai masuk Cfs Uia lepas tu aku keluar Uia lepas tu aku masuk SPA.
So kalau time cuti balik rumah, aku ringankan pergi tolong mak masak kat dapor. Tengok je dulu tanya itu tanya ini. Lepas tu, konfirm lekat kat otak. Lepas tu masak sendiri.
Senang je. Kalau aku tak tahu, aku google. Serius senang je. Aku banyak pandai masakan kampung. Kalau western setakat ni aku baru buat spaghetti.
Kawan² cakap aku masak sedap. Cakap aku dah boleh kahwin. Tapi, kalau aku masak masin sikit, cakap aku dah nak kahwin. Mula² aku tak paham kenapa masakan masin kena kait dengan kahwin. Ghupernyaaa berangan sampai letak garam lebih. Hukaloh awok niiiii.
Bapak aku pon cakap aku masak sedap. Lepas tu aku cakap, mestilah belajar dari mak. Bukan nak berlagak tapi realiti. At least ada orang happy dengan masakan kau, itu pun dah kira blessful dah. Kadang² mak aku duk depan je tengok tv, aku akan masak untuk family. When your mum put a trust on you about your cooking skill hihihi.
So adik² kakak² nak kahwin tapi tak pandai masak? Don't worry be happy. Tak lupa, masaklah dengan kasih sayang & ikhlas. Itu lagi penting dari segala rempah ratus di dunya. Kehkehkeh.
– East Sailormoon