nak kawan yang bole motivate diri

Salam semua. Thnx min approve :)
Aku sering lemah dalam perbaiki diri. Aku nak berhijrah dari perkara yang buruk kepada baik. Aku rasa sejuk hati bila nampak orang ada kawan yang support sama2. Hari tu ada nampak sister baca alquran, baca sama2 dengan kawan dia. Aku yang tengok ni rasa sejuk hati. Aku ramai je kawan, tapi kawan kelas and society la. Aku teringin nak ada kawan yang bole lepak dekat masjid sama2. Iktikaf waktu hujung minggu ke. Tadabbur sama2. Cerita2 dekat aku pasal agama. Aku bila nak pergi majlis ilmu selalu kena text2 orang nak ajak pergi dan masing2 bz. Aku pergi sorang je, kalau jauh tempat tu aku tak jadi pergi sebab aku takut balik nanti gelap sorang2 bahaya pulak. Aku nak ada geng yang sama2 minat tentang ni dan sama dengan aku yang nak mencari kawan. Siapa2 yang sudi nak tambah kawan dan suka ajak pada kebaikan ni sila comment nama fb ye nanti saya akan add. sister only and student uia. Sebab saya belajar uia so senang untuk jumpa dan kita berkawan ;) dont worry, i,m a nice person. Terima kasih sister2 semua.

– n

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *