nak kawin tapi sombong

Assalamualaikum semua.
Aku baru grad bulan 10 tahun lepas. Now dah kerja but as kerani je. So far aku agak suka dengan kerja ni walaupun kerja x setara dengan degree. tp aku bukan nak cerita pasal tu.

Kat tempat kerja aku ni ramai lelaki. Aku pulak jenis yang kekok dengan lelaki. Dan agak sombong sikit dengan lelaki. Sbb aku memang dah biasa dari sekolah memang tak bercakap dengan lelaki. Sebab ade sejarahnya tersendiri. Seingat aku aku pernah mesej dengan sorang je lelaki time study dulu sebab assgnment. Masalah kat sini aku kerja hari2 kena mengadap lelaki, kerja pulak customer service memang wajib senyummm je. Ya Allah aku segan gila. Kalau pakcik2 takpe aku no hal tapi yang muda2 ni aku tak tahu lah cemana riak muka aku time berurusan ngan dorang.

Lepas tu kan aku cakap kat tempat kerja aku ramai lelaki. Dorang ada tegur2 pastu buat lawak hambar tapi aku buat tak layan je. Kalau terpandang tu aku senyum segaris tp selalunya Pandang pun tak sebab aku segan. and i know dorang memang cop aku sombong. Budak baru yang sombong. Sebab budak baru lain okay je aku tengok. Aku hanya bercakap dengan orang yang aku rasa perlu je mksudnya klau ada urusan kerja sahaja. itupun jarang la.

Tapi sometimes aku terfikir betul ke cara aku ni? Akan affect kerja aku tak? Susah dapat jodoh tak agak2? Aku takde la fikir sangat pasal ni cuma hari tu aku ngan kawan tmpt kerja ada cerita pasal kawin2 ni. Dia tanya bila nak kawin.Aku cakap la setakat ni aku tak de orang nak so tak tau la bila kawin. pastu dia dah Membebel kat aku cakap, dah awak tu sombong! jual mahal memang la ! masalahnya aku pun tak tahu bila yang aku jual mahalnya. Memang la ada hari tu kitorang ada program lepas tu ade sekumpulan lelaki tanya nama aku kat kawan aku. Lepas tu dorang dok sebut2 and pass2 nama aku kat kawan2 dorang. Its not a good thing okay. Aku dah berasap kat depan. Kawan aku kata ada orang berminat. Eh tolong laa kalau setakat yang nak kat aku tu jenis suka menggatal memang aku tak layan. Buat ape? Kalau reject lelaki2 gatal macam ni dikatakan sombong dan jual mahal, aku rela dicop macam tu seumur hidup. Tapi aku terfikir, sampai bila aku nak buat tak layan dengan lelaki? Even lelaki tu jenis tak gatal pun aku memang buat bodo je ngan dorang walaupun duduk sebelah je. So betul ke apa aku buat ni? I mean, aku nak kawin, impian aku nak ada anak semua tu. And aku tak nak kawin lewat. Sebab aku ada sepupu yang belum kawin sampai sekarang umur dia dah dekat 35 kot. So aku jd terfikir if nasib aku akan jd macam dia. Im just scared. plus umur aku memang dah patut ada seseorang and dah boleh kawin.

– miss arrogant

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *