Nak Tahu Perangai Lelaki? Baca ni.

Aku perempuan dan aku yakin akan dikecam hebat oleh sang lelaki di luar sana. Bukan aku benci lelaki cuma aku nak beritahu ‘behaviour pattern’ lelaki-lelaki bawah 25 tahun di Malaysia.

Lelaki yang banyak berkawan dengan perempuan akan lebih pandai mengambil berat. Mereka dah masak dengan perangai perempuan dan tahu perempuan ni fitrahnya suka diambil perhatian. Jadi berhati-hati dengan lelaki yang pandai ambil berat. Mereka tak jahat, cuma berhati-hati dan jangan jatuh hati. Sabar dulu

Kedua… Lelaki yang secara mengejut kenal beberapa bulan dengan kita terus memuji melambung-lambung beritahu sayangkan kita. Itu boleh letak list bawah dulu. Korang pun jangan beriya sangat dengan orang macam ni. Cepat jatuh hati kat orang ni tanda ada gangguan jin, biarkan dia dulu dengan jin-nya itu. Belum kenal lagi siapa kita terus jatuh hati? Lain macam je. Macam terdesak pun ada tu

Ketiga…. Lelaki yang suka like gambar IG anda.. Oh ini bahaya! Jika anda seorang yang cantik, dia LIKE bukan bermakna dia jatuh hati tapi kerana dia tak jaga mata. Jika dia berani tengok gambar perempuan cantik macam anda dan LIKE, bayangkan berapa banyak lagi perempuan lain yang dia usya?! Bahaya juga tu. Berhati-hati & jangan perasan. Kadang dia suka sebab contrast gambar tu okay, jadi dia like. Bukan sebab subjek (korang) tu. Boleh jadi

Keempat….. Kalau dia cakap dia single, hati-hati. Boleh jadi dia tu tak single lagi. Sama ada suami orang, atau boyfriend orang. Yang selalu mengaku single ni bahaya! Biar dia diam lagi baik dari mengaku single ke tak single. Kalau dia lelaki baik dia tak akan tamak dan akan hargai yang satu

Kelima…. Banyak member perempuan atau segala term “angkat-angkat”. Hati-hati dan jauhkan diri kalau korang jenis kuat cemburu! Kalau sekarang dia tak belajar berubah jangan harap selepas kahwin boleh berubah drastik (lepas kahwin lagi banyak komitmen).

Itu antara pattern yang aku pernah kenal dan mungkin banyak lagi. Itu behaviour pattern untuk orang yang kuat menipu perempuan atau suka bagi harapan

Dan korang pula perempuan-perempuan, jangan mudah nak percaya dekat lelaki. Bukan tak bagi percaya tapi simpan kepercayaan tu dengan evidence yang strong dan kukuh! Kalau nak percaya membabi buta tu yang buatkan korang parah selepas ni. Point paling penting jangan pernah letak harapan pada lelaki tau?

Belajar berdikari. Janganlah tipikal gadis melayu sangat — nak buka tudung air botol pun minta lelaki bukakan. Sado lah sikit wahai perempuan. Malu aku tengok kalau buat lembik depan lelaki. Kau kena strong dan sado bukan apa, nanti kalay suatu hari kau kena tinggal (lepas kahwin) kau tak lemas dalam hidup ni dan kau boleh berdikari.

Sekarang kalau kau masih mahasiswa, tak perlu lagilah menanti prince charming. You’re prince charming tengah ‘bersiap’ dan sediakan macam-macam untuk pergi jemput princess dia nanti. Ada lah tu surprise..tak payah terkejar lelaki yang salah. Buat malu ja pergi tagih kasih sayang dari orang yang salah.

Tingkatkan ilmu korang supaya tak mudah ditindas lelaki. Ilmu apa pun korang pergilah menuntut.. Supaya kau lebih tahu dari lelaki-lelaki luar sana. Biar susah dorang nak tackle kau kalau semua benda kau tahu, baru mencabar sikit! Ni tak..dorang tolong baiki tayar kereta pun dah senang-senang boleh mengorat kau tepi jalan. Hmmmm. Tak bestnye.

Lagi mencabar,lagi manis jalan cerita hidup kau dan lagi banyak benda nak cerita dekat anak-anak kau

Apa sekalipun–jangan risau banyak je lelaki baik cuma dorang tak expose diri dorang. Dorang nak cari orang yang tepat dan tak mahu salah orang. Nanti hati yang dah retak berbalut plaster nak bagi dekat wife tak cantik dah.. Kesian wife dia, huhu :(

Akhir kata… Perempuan, Muslimah, Girl, Akhwat, atau apa pun panggilan… Tinggikan nilai diri korang sebagaimana tingginya mahal korang so that dah tak ada lelaki yang nak complaint hantaran mahal blablabla.. (memang tak boleh bertengkar pun dengan orang macam tu) .

Bila korang free — fikir balik dalam-dalam, siapa korang di mata Allah? The purpose korang dilahirkan di muka bumi ini sbg khalifah ok. Nak memimpin. Apa yang penting pimpin diri korang dulu.. Tak payah fikir sangat pasal lelaki tu. Aku dah hadapi banyak pengalaman dengan lelaki yang perangai dia macam-macam, serius. Kebanyakan yang berani berkawan dengan kita tu…yang berani mesej selalu tu, bukan lelaki yang berilmu. Kalau berilmu dia akan hormat dan tak ganggu iman seorang wanita muslim macam korang dan dia fokus dengan hidup dia ,buat apa nak fokus dekat korang?

Aku tak berleter cuma aku tak mahu korang ulang silap aku.

Jadilah perempuan yang baik…yang masih ada sifat malu..merendah diri.. Tegas.. Menjaga kehormatan..

Bila hilang rasa malu
Makin tipis peluang nak jadi bidadari syurga…

Biar malu korang tu, sampaikan jadi satu kehormatan bila lelaki pandang korang. Dorang tak berani dekat dan bergurau dengan korang. Dorang hormat. Hormat iman korang

Serius

Malu tu keseluruhan hidup korang k. Kalau depan orang tunjuk malu tapi belakang mesej dengan lelaki bukan mahram, itu bukan malu…itu lagi teruk.

Jagalah kemuliaan korang walaupun bersendirian.
Bye.

– keladi

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *