Naluri 1bu

Salam semua. Sebelum itu aku minta maaf cerita ni aku cuma boleh cerita secara surface sahaja sebab ada aib orang.

Kisah ni memang agak lama. Aku baru tamat tingkatan 5. Along aku ada berkenalan dengan seorang lelaki kami sekeluarga kenal. Jadi masuk alam pertunangan.

Keluarga lelaki ni senang cerita memang keluarga dia baik sebab ayah dan mak dia kerja dalam institusi yang kuat agama lah senang cerita. Tunang akak aku ni pun ambil bidang belajar sampai luar negara.

Sepatutnya pernikahan tersebut tahun hadapan. Jadi selepas 6 bulan bertunang. Ibu aku buat macam meeting, ayah, ibu, along, angah, alang dan aku.

Ibu aku pun dia cakap sebulan dua ni hati dia ni tak tenang. Jadi kami semua tanya ibu kenapa. Ibu cakap dia tak sedap hati pasal pernikahan along.

Ibu aku ni antara benda yang paling kami macam ikut ialah “instinct” dia.

Selama kami membesar kalau ibu cakap jangan buat ini itu, jangan pergi sini situ sebab dia tak sedap hati memang kami semua tak buat sebab banyak kali kami satu keluarga elak di timpa musibah sebab ibu.

Aku ingat lagi ada sekali ni kami satu keluarga keluar makan. Dah sampai dekat kedai makan ni. Ibu aku asyik tanya pasal rumah gas dah tutup ke, pintu dah kunci ke. Ayah dengan akak jawab dah ibu.

Tapi ibu aku tak tenang. Dia cakap macam ada benda penting. Ayah memang tak cakap banyak dia patah balik. Waktu tu terus ayah cakap “dah dah jom balik lepastu datang sini balik”

Sampai rumah alangkah terkejut belakang rumah jiran sebelah ni terbakar. Rumah kiri kanan kosong sebab diorang keluar termasuk rumah kami. Kawasan terbakar tu sebelah dapur kami kalau kena memang terbakar teruk.

Kami satu keluarga call jiran, call bomba dan sambil padamkan. Memang terkejut sebab api tu dah merebak ke belakang kuat tapi api tak nampak sangat. Nasib baik kami patah balik. Sebab apa? Naluri ibu.

Berbalik kepada pertunangan tadi. Along of course macam tak terima sebab iyalah lagi beberapa bulan dah nak kahwin.

Akhirnya lepas sebulan Ibu pun cakap lagi dia solat minta petunjuk semua dan hati dia memang tak tenang.

Ibu siap minta maaf dekat along. Akhirnya lepas hampir sebulan jumpa keluarga lelaki semua ganti rugi mana yang patut along aku pun berpisah.

Beberapa bulan kemudian bekas tunang along aku pun kahwin. Lepas setahun tengok macam gembira iyalah zaman Facebook tengah rancak.

Waktu ni along aku macam agak bitter sikit dengan ibu dengan dia pun dah duduk rumah sendiri memang jarang bercakap.

Sampai lah 2 tahun kemudian. Ada satu kes suami kena tangkap sebab abused isteri dia, teruk sampai masuk hospital patah. Yup lelaki tersebut bekas tunang along aku.

Bila angah aku kasitahu tu memang satu keluarga speechless.

Lepastu mak ayah lelaki tu pula cakap anak dia tak sengaja lah baru sekali tapi rupanya dah lama siap sampai sebelum ni isteri dia pernah gugur sebab kena dera. Lelaki tu kena masuk penjara.

Bila dapat tahu tu along aku datang memang dia menangis² minta maaf dekat ibu. Sebab selama ni dia macam bitter tengok lelaki tu happy dengan isteri dia dekat Facebook post segala macam sekali belakang tabir kesian isteri dia tu.

Sampai sekarang kami satu keluarga ni memang 100% akan ikut naluri ibu. Isteri aku pun pernah sekali merasa benda ni waktu tengah drive berdua dengan ibu. Dia selalunya ikut satu jalan ni.

Tapi ibu aku cakap “jalan ni macam tak baguslah ibu rasa apa kata ikut jalan lain” isteri aku mula-mula reject cakap “ibu jalan lagi satu jauh yang ini dekat”

Tapi lepas ibu aku cakap lagi satu dia pun ambil jalan lain dan selang beberapa minit ada accident dekat situ sebab lori.

Tahu tak isteri aku cakap lori tu belakang diorang dia langar 3 kereta dalam 2 orang meninggal dunia.

Sejak haritu isteri aku asyik “ibu ada super power tu” dan sejak haritu juga kalau apa segala benda dia akan tanya ibu okay ke tidak.

Alhamdulilah pada aku dan keluarga ibu ni dah macam pelindung kami.

– Nizam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *