Assalamualaikum. Aku saja nak berkongsi tentang kehidupan aku yang mempunyai naluri songsang. Aku perempuan berumur 26 tahun. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran aku di peringkat PHD di salah satu IPTA. Aku jenis suka bersendirian. Tapi aku ada ramai je kawan, tapi setakat kawan lepak, kawan kelas macam tu je..
Aku suka pada perempuan ni seingat aku seawal aku 12 tahun. Bukan la sebab kecewa dengan lelaki ke apa. Masa tu pun aku tak tahu yang perkara ni salah. Aku mula suka kat kawan rapat aku. Tapi masa tu suka dari segi perasaan je la. Suka bila dia main ngan aku, layan aku bercerita, happy bila spend time sama-sama.. Takde la suka dari segi sexual..
Tapi makin dewasa, aku tertarik pada perempuan dari fizikal juga. Aku suka tengok perempuan yang seksi. Aku tertarik dengan fizikal, suara lembut, gaya manja seorang perempuan. Hati aku jadi berdebar-debar dan excited bila tengok perempuan yang kena dengan taste aku.
Aku ada juga rasa bersalah bila terpandang kawan aku secara bernafsu. Aku pernah dapat roommate yang agak menjaga batas dengan lelaki. Perempuan yang bertudung labuh, solat cukup, baik hati. Malangnya la dia dapat roommate macam aku. Kadang-kadang time dia tidur, aku tahan je diri aku daripada tengok dia baring terlentang. Macam-macam aku fikir bila tengok dia pakai bersahaja dalam bilik. Tapi Alhamdulillah, aku tak pernah ambil kesempatan ke atas dia.
Dengan kawan-kawan perempuan aku pun aku terpaksa menahan diri. Ye la, perempuan ni kan suka touchy dengan kawan-kawan. Suka peluk-peluk la, cium pipi la, peluk tangan la… perkara-perkara macam ni la yang membuatkan aku rasa syok tapi rasa bersalah pada masa yang sama. Lagi-lagi kalau perempuan jenis lawa, body mantap, suara manja.. memang numb terus fikiran aku bila diorang start peluk-peluk. Lagi- lagi aku ni jenis pendiam, jenis muka takde perasaan.
Entah kenapa ramai kawan perempuan aku yang jenis gedik manja ni suka nak mengendeng dengan aku sebab nak dapatkan reaction dari aku. Contoh time ada meeting ke, aku biasa banyak berdiam dan bercakap bila perlu je. Jadi yang jenis outspoken and manja tu mula la macam nak bermanja ngan aku. Tanya aku okay ke tak, mula bertepuk tampar ngan aku.
Mungkin diorang takut aku rasa tersisih kot. Sebab tu kot diorang overly affectionate supaya aku open up dan rasa included dalam perbincangan. Niat diorang baik, tapi aku pula ibarat ambil kesempatan dalam kebaikan diorang. Kalau aku tak tahan sangat, aku minta diri ke toilet atau jarakkan diri. Tapi jarang la, biasa aku enjoy je. Jahatnya aku..
Aku pernah je couple dengan lelaki. Itu pun bertahan dalam 4 bulan je. Sebab ex aku jealous aku suka bercerita tentang perempuan lain. Ex aku yang mula-mula approach aku. Aku pon terima je sebab nak rasa pengalaman bercinta. So kami pun selalu la hangout, dating sama-sama.. Bila dah selalu bersama ni, aku kongsi la tentang diri aku yang suka pada perempuan juga.
Mula-mula dia ok je. Dia seronok aku bole join sekaki ushar awek lain. Dia tengok perempuan lain pon aku siap bole bagi komen-komen lagi pasal perempuan tu. Tapi lama-lama dia sendiri pulak jadi cemburu bila aku selalu sangat pandang perempuan lain. Pernah bergaduh sebab dia tangkap aku senyum sorang-sorang tengok awek masa dating dengan dia.
Aku cakap la “awek tu lawa kan?”. Terus dia merajuk. Sejak tu juga la dia macam tak puas hati dan selalu insecure bila keluar bersama. Dia tak suka aku chat dengan perempuan lain kalau bukan berkaitan kerja. Tak lama lepas tu clash. Tapi clash pun, aku takde menangis langsung. Sedih sebab putus contact je. Bagai kehilangan seorang kawan nak lepak sekali..
Tak lama lepas tu, aku sambung master. Aku crush kat seorang classmate pompuan(Mia). Dalam masa yang sama ada seorang lelaki(Amin) dari kelas lain suka kat aku. Memang obvious sangat la sebab sejak kenal dengan Amin(time dinner fakulti), dia tiba-tiba selalu ajak makan, ajak keluar, ajak buat assignment sekali.. Amin chat dengan aku pun ayat-ayat caring. Aku layan kan aje dan aku tak bagitahu pun pasal naluri songsang aku.
Tapi lama-lama Amin perasan juga. Sebab bila aku tolak ajakan dia, mesti sebab Mia ada ajak aku buat benda lain. Contoh sekali tu Amin ajak aku nak celebrate birthday aku. Dia dah plan nak belanja aku secret recipe and dia nak surprise bawa aku pergi tengok concert 5 seconds of summer. Tapi last minute aku cancel sebab Mia minta tolong aku hantarkan ke busstop..
Amin still positif and beralah. Dia minta lepas aku hantar Mia ke bus stop tu, sempat lagi kalau nak keluar bersama. Masa tu aku tak tahu lagi yang dia nak bawa aku pergi concert. Tapi aku tolak sebab nak spend sebanyak masa yang mungkin dengan Mia. Aku beri alasan nak makan dahulu, nak temankan Mia sampai naik bas sebab risau dia perempuan sorang-sorang. Dari situ yang Amin perasan aku asyik lebihkan Mia.
Mula-mula dia ingatkan aku nak elakkan diri dari dia. Beberapa hari kemudian Amin luahkan yang dia terasa dengan perbuatan aku dan soal selidik aku. Kira macam dia slow talk dengan aku la. Aku mengaku je yang aku suka kat Mia. Time tu juga baru dia bagitahu yang dia plan nak bawa aku pergi concert tu. Aku bayar balik tiket tu sebab rasa bersalah. Amin maafkan aku dan minta supaya aku beri peluang kat dia untuk menambat hati aku.
Dia confess dekat aku dan mahu meneruskan hubungan rapat seperti biasa. Tapi aku menolak sebab tak mahu Amin kecewa lebih teruk kelak. Sejujurnya aku tak ada perasaan cinta pada Amin dan Amin pun tahu sejak dari awal perkenalan lagi. Cuma Amin tak pernah berhenti berusaha sebab dia tengok aku tak rapat dengan mana-mana lelaki, jadi dia ingat peluang untuk mendapatkan aku tu sentiasa ada.
Tapi dia silap sebab tak pernah terfikir yang aku tak rapat dengan lelaki bukan sebab takde lelaki yang aku suka, tapi sebab aku suka pada perempuan. Sejak tu kami jarang contact dan lama-lama lost contact. Aku dan Mia pun still berkawan seperti biasa walaupun selepas tamat Master. Cuma jarang-jarang la berjumpa sebab masing-masing pun duduk berjauhan.
Sekarang aku sambung PHD, aku memilih untuk banyak bersendirian. Duduk bilik pun sorang-sorang. Sebab aku nak elakkan godaan perasaan aku. Kadang-kadang aku masih lagi crush pada mana-mana perempuan kenalan aku, tapi aku simpan sendiri je la. Malas nak fikir mendalam.
Aku pun tak tahu la sampai bila nak macam ni. Aku minat juga pada lelaki, tapi lelaki macam sajat tu la. Sebab badan macam perempuan, tapi hakikatnya lelaki kan? So tak salah la kan kalau aku suka kat orang macam tu? Tak tahu la kalau satu hari nanti aku boleh kahwin dengan lelaki macam tu. Ramai je kawan-kawan aku yang tahu pasal masalah aku ni cadangkan jalan penyelesaian untuk berkahwin.
Mereka fikir bila kahwin, boleh automatik jadi normal. Tapi aku pun tak mahu la ambil risiko. Dibuatnya lepas kahwin masih mempunyai naluri yang sama, tak ke menambah dosa dan merosakkan rumah tangga? Aku tak mahu la gunakan perkahwinan untuk berubah. Tapi aku mahu berubah jadi normal dulu baru aku mahu berkahwin. Aku tak nak aniaya bakal pasangan aku.
Kalau nak kira-kira, dekat sepuluh tahun lebih juga la naluri ni tak pernah berubah. Tapi seteruk aku pun, aku tak pernah sampai melakukan perkara yang terlarang. Hanya setakat pada nafsu dan perasaan. Tipu la kalau aku tak pernah teringin nak bersayang-sayang, nak body contact lebih dengan perempuan lain. Tapi aku masih takut dengan dosa.
Mungkin ini satu ujian dari Tuhan, mungkin ini juga satu cara tuhan nak lindungi aku dari jatuh dalam lembah maksiat dengan jantina berlawanan. Apa-apa pun, aku teruskan je lah hidup macam biasa. Asal solat cukup, puasa cukup, tak lakukan perkara-perkara terlarang, aku okay je diuji dengan perasaan macam ni.
Aku tak nak memaksa naluri aku ni berubah, sebab aku tak nak terlalu focus dan berfikir dalam sangat tentang naluri aku. Kalau boleh, biar lah tak fikir langsung. Harap-harap one day naluri ni hilang begitu sahaja. Haha…
Terima kasih sebab sudi membaca luahan aku.
– Miss Loner
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit