Admin aku pun cerita jugak pasai kulit gelap bak kopi o ais ni, aku dulu ex uia pastu aku sambung uni lain, mohon admin yang cantik hensem approve noh. Btw admin nak tanya, hang budak komputer sains ka? Elok ja up website la apa la, terrer gila hampa, ka hampa ni ada team? Mohon pencerahan buat aku yang tak berapa cerah ni
Banyak cerita pasai kulit hitam haritu, aku pun cerita gak dari pandangan lelaki gelap hahaha. Aku lelaki utara memang kulit agak gelap tapi bukan hitam legam tapi kalau dok tengah panaih lama ada bakat jadi hitam legam. Tinggi bawah 165cm berat kurang 50kg. Zaman la ni ramai laki yang dah putih tak macam dulu, semua gaya kpop dah, yang perempuan pun nak lelaki yang putih. Pakej paling lengkap hang boleh dapat bila hang hitam, rendah dan kuruih kering. Perempuan memang tak pandang teruih la senang cerita. Bila hang dah habis belajar dah kerja, nak cari bini, memang garu kepala pikiaq sapa yang boleh hang pinang sebab semua tak berapa nak minat hang, depa kata syok kawan dengan hang tapi depa takmau la dengan hang haha.
Belum tambah muka banyak parut jerawat dengan miskin lagi sebab muda la ni duit tak berapa nak ada, cukup la nak hidup tapi tak boleh nak acah hipster dengan travel merata la, makan pakai ok alhamdulillah. Dulu masa kecik memang selalu la kena bahan sebab hitam. Hang masuk sekolah lagi la, kena kutuk benda biasa, tapi dulu zaman sekolah takpa lagi kalau hang kurus kering sebab ramai macamtu, bila hang dah besar memang kena la bahan teruk, siap nampak macam hang ni tak stail, zaman universiti pakat pakat dok bina badan. Kuruih ni bila hang pakai baju nampak macam batang pokok buluh hang boh baju, nampak baju besaq dari hang, cari saiz pun payah. Nak cari baju fit dengan hang payah sungguh, nak hantar alter duit pula lagi, dah baju suka beli pasar malam 3 sepuluh ringgit ja.
Bukan hang tak try, dok try tapi memang tak naik berat, toksah sembang produk berat badan la putih la, beratus dekat ribu dah nak habis bagi berat naik, bagi putih tapi lagu tu ja la. Sapa buat promo produk dia memang aku rasa nak lempang ja, sebab last aku dapat tau semua produk depa ni dari kilang sama, boh dalam plastik lain saja, pastu dok sembang kemaih kata produk hang unik. Orang macam aku simpan harapan habis duit last apa pun takda, ada yang dok amal lama, sampai setahun tapi perabih duit ja, testimoni depa entah mana datang saja nak pelingkup duit orang. Kita pun bodoh pi beli padahai yang bagi testimoni apa semua memang dah dari kecik lawa depa juai produk sebab depa dah lawa pastu sembang kata sebab produk jadi lawa, kita pun kena kencing pi beli. Lepas ni sapa sembang produk hang baguih pi bagi Obama makan dulu, dia jadi sado, putih baru aku beli. Takmau Obama pun hang kutip la mamat afrika mana mana hang buat demo update real time hari hari, jangan hang tepek mekap 2 inci tebai kat dia sudah.
Jadi hitam tak berapa nak cerah ni memang hina sikit, sampai hang nak keluaq beli makanan pun rasa segan bila ramai perempuan ada dekat gerai tu sekali. Belum cerita kalau nak ambil gambaq, memang muka hang saja yang tak nampak, nasib gigi putih lagi kalau gigi pun kaler sama memang tinggai bayang saja la. Sapa laki hitam yang sama dengan aku tau la kot rasa apa, tapi kita relaks saja.
Apa yang aku boleh habaq bila jadi hitam ni kena sadokan hati tahan orang kata apa kat hang, ada yang reject hang sebab kaler kulit . Laki perempuan zaman la ni banyak hensem dengan lawa, kalau lawa siap viral lagi kot, hang dr ka, penggali kuboq ka asal hensem lawa boleh jadi viral semua nak kenai hang. Kalau hang ada makwe sekalipun tahan ja la hati makwe hang dok cuci mata denga laki muka jambu haha. Thank you wei baca luahan, aku takda sakit hati dengan sapa sapa, aku chill ja, kalau orang kata aku hitam jawapan aku:
"Hitam nampak kemas, kemas bergaya bermaksud tiada kelimumur, nama saya bukan Rain"
*Laki chinese look, muka jambu, tinggi, takyah acah acah faham apa laki kulit gelap lalu, hampa jambu, awek bersepah, kerja pun bos bagi urus klien sebab muka boleh buat klien tenang hahaha, lawak ja noh.
– Abang tak jambu
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Heheh kelako lah :)
hat ni kemaihh haha
Syaidatul Amira
Amalina Razif suka yg hitam2 manis.. Boleh masuk minang die. Hehehe (Meena jgn marah naa, hee)
Neway relax la bro. Hitam tu menawan pe..
Noor Syahadah hg bca ni. gaya dia tulih lwak mcm hg.
HAHAHHAHAHAHAHAHAHHA lawak
Hang ni kelakar. Personality does matter. Skin color tu nexxxxtt. Kbhoi
Shuhaizi Azril baca ni
Dah agak dah mesti natang confession punya. Ok la I’ll read lpl
Hahaha baca jelah, seronok
MAk aku xsuka menantu lelaki dia putih melepak! Hahaha xnampak tulen..kah!
Hazlin Afida Nabila Husna Omar Amyra Ahmad ampa qeti dak? Hahaah lawak sungguh..
Confessor ni buat sy gelak sorg2…baguihh bahasa hang
Ala hang jangan kata lagu tu mungkin ada oqang yang mau dan berkenan tapi dia takmau habaq.Hehehe sabaq banyak-banyak bro.
Sapa kata ramai pompuan minat laki jambu?? Budak2 hingusan sekolah menengah hat minat kpop ja suka laki jambu ni. Skrg majority pompuan minat laki gelap la. Tp X semua minat sbb nak bg depa nmpk lebih cerah bila bjalan bdua ja, ada yg minat sbb laki gelap ni nmpk lebih manly, macho. Toksah dok makan sgt la ubat bg putih tu. Asalkan muka bersih x berdaki sudah.
Badan xyah sado2 sgt lah. Ada muscle sikit2 dah elok dah. Satgi kalau sado sgt x sesuai dgn ketinggian. Buatkan nmpk lebih rendah.
Bab pompuan toksah risau.. satgi2 ada la pompuan yg sesuai ngan hg. Yg lebih rendah dari hg. Mcm shuib sepahtu ngan siti sarah tu haaa..
Aku sebagai antara yg berkulit gelap faham dengan situasi bro ni.. selfie is a challenge.. tak berani amek gambar dengan member2.. kalau da amek gambar tak berani nak tengok gambar sendiri nauzubillah tapi hari2 aku cakap ini kurniaan Allah dan aku terima segalanya walaupun inferior dengan manusia tetap ada.. hope u find a good person braahh ❤
Pergh, bahasa utara habis! Suka cheq baca!
Aq ada sorang kwn ni dia xleh tgk laki gelap…sbb dia mmg minat laki gelap…laki gelap tu suma crush dia…so jgn risau bro..
Asben aku itam manis..tinggi dr aku..alahaiii..suke dpt laki itam manis nie..xjemu tgk…Alhamdulillah..
Ish… bro dah salah anggap… ramai je perempuan yg suka kat lelaki kulit gelap… tgk mcm YB KJ tu… elek cool je walaupon dia kulit gelap.. ade je yg ckp dia ensem la macho la… x semua perempuan suke kat lelaki kulit jambu…
semua ni subjective… kalau dah mcm mana yg bro anggap xde org nak… x berketurunan la org yg kulit gelap ni…
Bukan ckp kosong., suami sy kulit gelap… sy rasa dia ensem je.. salah satu sbb sy suke dia sbb kulit gelap.. nmpk machoooo… harap dia x bace la komen ni… heheheh
Aku relax je selfie semua dengan member. Keyakinan itu penting bro
bro try la pegi jalan2 kat mana2 mall.pastu try usya mana2 couple yg pompan dia putih,tgok balak dia,kebanyakan muka peciaaa.ciaaa.ciaaa,kulit gelap..