Abah bangga anak minta duit

Thanks admin kalau approve.

Nak citer sikit, moga dapat beri pedoman kepada kita sebagai anak dan kita sebagai parents atau kita sebagai future parents.

Aku dulu time sekolah, duduk asrama, kalu duit tak cukup aku lagi rela mintak pinjam dari kawan daripada mintak dengan mak ayah. Rasa lain macam rasa. Aku rasa faktor aku takot tuuu adalah kerana mak ayah aku jenis berkira dengan anak, aku duk perati kalau adik beradik atas aku, boleh kata kalau mintak duit, mesti kene marah sebab dikatakan boros. Tapi aku dengar luahan kakak aku yang dia bukannya boros beli baju kee apee kee macam orang lain, cuma kuat makan jee haha. Faktor kedua aku selalu dgr keluhan mak ayah aku mengenai masalah duit so, rasa macam tak nak lah jadi salah satu beban. Ayah aku gaji dia sikit berbanding mak aku so, mak aku selalu cakap macam ayah aku tak pernah keluarkan duit die untuk belaja keluarga. Memang, aku nampak tuu, rumah kiteorang duduk tuu, duit mak dan most of the things dalam rumah duit mak.

Aku dulu duduk asrama. Aku jenis makan makanan dewan makan je. Time rehat, aku duk dalam kelas berpuasa sekejap. Tapi nasib baik ramai je yang peel gini, duk je dalam kelas time rehat.

Tapi bile aku pindah SBP keadaan macam lain sikit. Budak SBP macam lain sikit, jenis pandai memilih dan kedewasaan mereka yang mendorong penggunaan duit yg banyak tuu lebih sikit. Contoh, kalau dewan makan hidang ikan, ada lah nanti tuu sekumpulan puak-puak mereka yang akan makan di kantin. Diorang ni jugak kalau time rehat tuu memang kosong kelas, semua ke kantin. Time aku mula-mula masuk sekolah tuu dulu, aku apply lah cara lama aku, duk dalam kelas time rehat. Tapi aku terpengaruh dgn mereka, diorang mula ajak aku ke kantin dan aku ikut dan aku seronok. Dan disitu bermulanya hidup aku yang tidak lagi tahan nikmat makan macam kebiasaannya. Aku pon sebelum tuu kalau diorang ajak outing, aku berkira, tapi lama-lama jadi tak kesah sebab kat situ dapat rasa nikmat persahabatan dan cuba satu benda yang baru.

Tapi bila duit aku dah habis. Aku tak tau lah kenapa, tenat otak aku fikir macam mana nak teruskan hidup ni. Huh. Aku cakap lah kat kawan aku yang aku tak cukup duit dan malu nak mintak kat parents. Die kata apa kejadahnya malu nak minta, minta jeee. Dan aku try, berjaya. Lah tak susah pon. Haha.

Ok. Lepas SPM sementara tunggu result dapat masuk U mana. Aku buat lah bisnes jual coklat, jual kat kawan-kawan sekolah, pakai pos laju. Time tuu aku tak mampulah nak gi beli bahan-bahan, nak pos barang sendiri. Aku perlukan parents aku untuk bawakkan, hantar. Tapi pelbagai keluhan aku dengar membuatkan aku rasa diorang dah lah tak support aku lepastu ungkit-ungkit. Sampai pernah ayah aku katee tak untung lah niaga gini, bazir minyak. Pernah sekali tuu, kan aku wat delivery, mak aku marah sebab tak tahu exactly location nak hantar, memang lah, bukan pernah pegi. Sikap macam ni lah membuatkan aku rasa aku tak nak mintak tolong diorg dah, sumpah taknak.

Bila aku masuk U plak, aku kalau nak mintak duit aku suruh kakak aku mintakkan, aq whatsapp, cakap nak berapa nak beli apa dan aku mintak die untuk mintak kat mak aku memandangkan gaji mak aku lebih besar. Ada satu hari tuu, aku mintak duit mak aku (melalui kakak) nak bayar mahallah. Then, satu hari ni, adik aku call, kiteorg borak-borak-borak sampailah keluar citer yang aku mintak duit tadi. Dia kata ayah aku macam kecewa kenapa aku tak mintak kat dia, kenapa mintak kat mak aku.

Sebenarnya, mak ayah aku dari dulu selalu bergaduh, sebab tu lah, duit, sampailah sekarang. So, disebabkan aku mintak duit kat mak aku untuk bayar yuran, die jadi macam satu isu pulak. Adik aku ada jugak kata yang dia perasan ayah aku dah mula berubah, kalau dulu die banyak ungkit duit yang die bagi, sekarang ni, die yang suruh kita mintak kalau rasa tak cukup. Sebab tu lah die rasa terkilan bila dapat tau aku mintak duit dari mak aku dan bukannya die.

Tadi, aku betol-btol poket kosong. Dinner aku beli nasi kosong jee (beli pakai duit syiling yang aku simpan dalam tabung), nasib baik ada garam ngan sambal ayam penyet aku beli semalam. Aku masih fobia nak mintak duit haha even sampai sekarang. Ok, aq rasa aku terdesak dan aku kene mintak jugak. Kali ni kakak aku takde kat rumah haha. Duk pikir dua tiga kali jugak macam mana nak mintak duit nih. Aku pon call rumah yang no telekom tu so, by random sapa yang kat rumah akan angkat, mak aku ke ayah aku haha. Dan ayah aku angkat. Mula-mula dia tanya, haaa nape call? Aq teros tanya pasal adik aku adik balik tak? Patu aku bagitau aku nak balik jun ni. Haha. Then, akhir sekali baru aq bagitau nak duit. Aku mintak RM100 je. Patu, habis perbualan kiteorang kat situ. Tak lama kemudian ayah aku call kata, abah dah masuk duit ni, awak mintak RM100 abah bagi RM200. Dia punya suara tuuu macam seronok giler dapat masukkan duit ke account aku hahaha. The end.

Pengajaran:
Sebagai parents, sebenarnyee bagi duit tuuu memang tanggungjawab kita so, bagi aku macam tak patot kalau ungkit terlalu banyak atau terlalu berkira. Kalau andai kata, anda rasa tak mampu, try to explain dengan sebaik-baiknya. Aku adalah mangsa fobia mintak duit atas sikap ibubapa yang begini. Digalakkan sangat ajar anak untuk urus kewangan supaya tak jadi terlalu boros. Macam ayah aku, selalu pesan elakkan berhutang, jangan jadi macam dia masa muda-muda, naye sampai ke tua. InsyaAllah, aku akan ingat pesanan itu. =)

Sebagai anak, memang keje kita nih menghabiskan duit mak ayah kita. Jangan sampai masalah duit menyebabkan kita terseksa nak study pon tak boleh. Tapi kene bertimbang rasa laaaa, kalau dah tau keluarga tak mampu, berpada-pada lah dalam berbelanja. Mintak je, diorang "kene" bagi kalau atas alasan keperluan. Aku pon sedang cuba hilangkan fobia nihh haha, aku tau mesti ada yang rasakan benda yang sama.

Jangan kecam kami….
Orang yang biasa kalau nak duit jeee mintak kat parents, parents bagi, tak bising, mesti rasa benda ni tak masuk akal dan kenapa nak terlalu overthinking sangat sebelom mintak tuu. Mesti korang tak faham, inilah FOBIA.

– Anak yg terharu

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Masa aku sekolah menengah dulu pon takut wei nak mintak ngan ayah aku sebab risau membebankan dia tapi bila masuk u tetiba mcm sedar tu memang tanggungjawab ayah kan bagi duit so aku pon start la mintak ngan ayah lagi2 blaja self-fund cuma agak2 la mintak tu.

  2. aku dulu . pakcik aku yg support . adek beradik ramai . so pakcik aku bujang trang tang tang . dia je yg byk bantu aku masa study. terima kasih pakcik. mintak 100 bg 200 . mesti bg double. hehe syg pakcik aku sorg nihh. kehkeh

  3. Aku ni pulak… Kesian nak minx kat abah.. Aku akan fikir 10x.. Pernah aku kesian sampai tahap aku kene beratur kat bsn tunggu nak tukar duit syiling rm60 kepada kertas.. Bongok jugak time tu x g tukar kat kedai runcit.. .. . Huhu.. Biarpun aku tahu tanggungjawab abah untuk bagi duit.. Tapi abah dah banyak berkorban.. Same goes to mama aku sokmo minx kat mama duit.. Kadang tu mama terpaksa sebut.. Duit bagi tapi x tolong mama pun.. Now aku dah insaf.. Nnt aku balik rumah aku nak tolong mama… .. I love them so so so (infinity) much.. Tq Allah..

  4. Cite ni okay dah cuma part yg sanggup pinjam kawan2 tu. Part tu la mmber aku pinjam duit sbb xsggup mtk ngn ayah dia so bila aku nk guna duit bila mtk balik xda smpai kesudah. Ni mnyusahkan org lain lak ade lah

  5. Everyone akan merasa situation ni. And me too. Lepas grad takminta dah. Kerja kau bg parent utk repay or bayar kan bil ke. Tp kalau betul sesak. Mintak seratus pun dapat 500. Hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *