Nasihat Buat Pencari Jodoh Tegar

Assalamulaikum,

Bila sis scroll2 IIUM confession ni, ramai yang masih risau pasal belum dapat jodoh..Dulu pun sis macam tu jgk..

Umur sis 25 tahun, dah grad dan bekerja tetap..Member2 pun ramai yang dah kahwin..Sedikit sebanyak mmg tergugat jgk la kan sebab masih lone ranger..lagi2 keluarga dan jiran2 dok tanya soalan cepucemas tu..

Sis ada "crush" kat seorang bro ni. Bro tu mmg layan sis dgn baik sampai sis pun terperasan sorang2 yang dia minat dekat sis. Mak sis cakap, kalo kita nakkan someone tu, kita sebut nama dia dalam doa. So, setiap kali doa sis akan sebut nama dia supaya bertemu jodoh dengan sis..Even bila waktu mustajab berdoa pun sis dok doa nama dia je..

Tapi rupa2 nya sis bertepuk sebelah tangan je..Bro tu dah ada someone special..memang sis kecewa gila..sampai sis berputus asa degan qada & qadar yang Allah tetapkan utk sis..Lama jgk sis "rebel" dgn Tuhan & tawar hati utk mencari jodoh..

Tapi Allah tu maha pengasih, Dia tarik semula sis ke pangkal jalan..Sis mula sedar sampai bila nak "bermusuh" dengan Tuhan disebabkan 1 doa yang Dia tak makbulkan?..Sis pun perbaiki diri sis, dekatkan diri dengan Tuhan..

Tak lama lepas sis bertaubat tu, ada seorang lelaki yg sis x pernah kenal tiba2 approach sis melalui "Look Around" kat Beetalk,.waktu tu sis baru install Beetalk tu & saja godek2 features dia..Sis pun terima lelaki tu sebagai kawan kerana peribadinya & akhlaknya yang sis rasa baik..dan yang menariknya, nama lelaki tu sebijik dengan nama crush sis dulu..

lepas berkawan dalam 3 bulan, lelaki tu pun melamar sis & jumpa dengan family sis..Akhirya, Allah dah makbulkan doa sis selama ni..Alhamdulillah, kami akan bernikah tahun hadapan, InsyaAllah…doakan kami ya..

So, utk korang yang masih mencari jodoh…jangan berputus asa berdoa…Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik utk kita..kalau kita ikhlas perbaiki diri kerana Allah, Allah akan pertemukan orang2 yang baik disekeliling kita..percayalah =)

– SiS

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *