nasihat kpd lady archer

hi sis. mmg awal2 perkahwinan sgt2 mencabar. lagi2 kalau dua2 pn xde keje stabil lagi.

sy dlu awal kahwin mcm tu la. sy kerja part time. suami pun kerja bisnes kecil-kecilan. means klau ada kerja, adalah duit. lepas tu masa awal2 kahwin, ktorg terpaksa tinggal dengan family sy. kereta pn xde lagi. dengan family yg sgt2 x memahami kerja suami. asyik nak mempertikaikan kerja dia. kononnya suami sy ni xde kerja. tapi bila my other siblings bermasalah duit, suami sy yg dahulukan duit dia.

soal kereta pula, kdg2 nk pergi ke mana2, tepaksa la pinjam kereta ayah. mak mula la membebel2 bila pkai lama sikit kereta tu. sy sgt2 tertekan. rs mcm menyesalnya kahwin klau tahu mcm ni, sy xkan kahwin.

boleh di katakan hari2 sy bergaduh dgn suami sbb tekanan dari family especially drpd mak. smpai 1 tahap, sy jadi hopeless. sy rs xkan ada jalan penyelesaian kpd masalah rumah tangga sy. apa yg sy buat ms tu hanyalah doa. doa semoga suatu hari nanti Allah buka kan jalan kpd mslah sy ni.

Alhamdulillah, after almost 6 months kahwin, sy dapat kerja tetap yg sgt baik. sy anggap itu hadiah Allah atas semua yg telah sy dan suami lalui awal perkahwinan, dan juga janji Allah kepada hamba-hambaNya yg telah berkahwin.

Alhamdulillah skg kami da tinggal kt rumah sendiri, ada kereta sendiri, kewangan setiap bulan cukup walaupun x lebih-lebih. sy boleh hulur duit dkt mak ayah setiap bulan.

nasihat kpd sis lady archer, bersangka baik kpd Allah. walaupun skg awk x rs lagi kesenangan tu, insya Allah. janji Allah itu pasti. jangan fikirkan sgt soal duit. cuba check balik knpa kita rs x cukup duit yg kita ada. maybe sbb kehendak kita melebihi kemampuan. maybe sbb kita x redha. yes. keyword dia adalah REDHA. awk kena redha dgn hidup awk dahulu. bru la awk akan rs kebahagian dan ketenangan.

jangan sekali2 bandingkan kehidupan awk sebelum kahwin yg mewah dengan keluarga, dengan kehidupan awk selepas kahwin. berkahwin adalah pilihan awk. jd awk da x bleh pandang belakang lagi.

itu sahaja yg sy nk kongsikan. semoga bermanfaat pd sis dan yg lain2.

– sis berpengalaman

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *