Nasihat Untuk Adik-adik

Assalamualaikum.

Kalau confession ni disiarkan, maksudnya ini adalah confession saya yang kedua. Saya Cik Pokemon. Single, 20-an, dah bekerja.

Kali ni, saya nak luahkan perasaan yang dah lama terbuku di hati. Geram sebenarnya dengan sikap dan mentaliti orang sekeliling. Saya sendiri lalui zaman saya belajar dulu, dan saya still nampak ramai adik-adik yang “terperangkap” dalam situasi ni.

Okay, saya straight to the point la.

Zaman sekarang ni, ibu bapa semakin “agresif” dalam perbuatan compare anak-anak diorang ngan anak-anak orang lain. Akibatnya, adik-adik menjadi mangsa. Kalau adik-adik boleh survive, Alhamdulillah…

Yang sedihnya adik-adik yang tersadung tengah jalan. Dan akhirnya lost. Sebab tak tau nak bangun macam mana.

So di sini, akak nak nasihat kat adik-adik semua. Tak kisah la adik dapat results apa pun, yang penting adik boleh teruskan hidup dan “survive” dalam hidup adik. Kerja apa pun tak kisah dik. Pedulikan apa yang orang cakap.

Sebabnya, akak sendiri dah tengok a few adik-adik yang dapat straight As, 4 flat dalam exams, tapi tak gunakan pun results yang dibanggakan tu untuk strive dalam hidup. Mak ayah berkokok satu kampung, cerita anak diorang dapat straight As and 4 flat dalam exam. Cakap anak tu nak jadi doktor. But anak-anak tu last amik computer science.

So, adik kena fikir jauh sikit, just because adik daapt results biasa2 tak bermakna adik tak boleh dapat career gempak-gempak dalam hidup. Percayalah dik…adik boleh. Yang penting, adik kena ada usaha dan semangat yang kental.

Akak sendiri tak dapat straight As dalam exam, fail exam ada la. Hahah…results kat universiti cukup-cukup makan, hampir-hampir tak lepas pun nak grad. Tapi Alhamdulillah…akak dapat kerja yang elok. Surviving.

Jangan biar orang lain judge adik, results adik, future adik. Adik yakin dengan Allah. Jangan mudah putus asa. Nasihat akak yang last sebelum akak akhiri confession ni, after you set your mind on something, dont ever give up. Walaupun orang sekeliling persoal adik, career adik, stay strong, banyak berdoa pada Allah. Jangan putus asa.

Sometimes, perjalanan untuk sesuatu yang baik in the future tu sangat susah, banyak dugaan, tapi insyaAllah ada happy ending untuk adik.

Semoga adik semua berjaya dalam hidup, no matter apa pun career yang adik pilih, no matter apa pun results adik. Aminn…

– pokemon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *