natrah isteri syurga

Assalamualaikum wbt semua reader iiumc. Salam aiduladha abg ucapkn kepada semua. Lama abg tak menulis. Abg keluar ikut tabligh ke india. Allah! Syukur kerana Allah beri peluang kepada abg utk kenal apa itu dakwah. Bhai, mak abg dah meninggal. Org yg paling terasa kehilangan mak abg ialah kak natrah.

Sehari sebelum mak abg menghadap ilahi, arwah sakit kuat. Kak natrahlah org jaga kencing berak mak abg. Arwah x boleh makan makanan pejal, kak natrah hancurkn nasi sehancur-hancurnya. Abg tgok dia suap bubur dengan air pd arwah guna wayar, abg dtg sebak bhai. Sebab abg, sebagai anak kandung, abg rasa abg tak kuat nak tgok mak abg sakit mcm tu. Abg tak seteliti kak natrah nak suap abg. Abg pernah cuba, tp tangan abg menggigil. Kak natrah setabah tabah manusia. Air mata dia bertakung, tp tak jatuh. Sebab dia kata, dia taknak tgok arwah mak nmpk dia menangis masa jaga arwah.

Pagi subuh tu, arwah dah nazak. Kak natrah dah 2 hari tak tido. Makan pun ala kadar. Memang dia tak berganjak dr katil arwah mak. Mak pergi atas riba kak natrah. Kak natrah tenang. Abg meraung. Abg rasa dunia abg gelap. Mak abg dah pergi bhai. Alhamdulillah, urusan mandi kafan sampailah ke liang lahad, kak natrah ada. Dialah yg mandikn arwah mak, kafankan mak semua. Apa yg buat abg sebak sgt bhai,kali terakhir kak natrah cium arwah mak, lama dia renung muka arwah. Masa tu air mata dia baru jatuh. Abg ingt lagi kak natrah kata, ‘mak, natrah dah jalankan tanggubgjawab natrah. Natrah mintak halal semua yg mak dah bagi. Mak ampunkanlah semua dosa natrah. InsyaAllah, nanti natrah ikut mak’. Allah. Abg tak sanggup nak dengar semua tu bhai. Mcamana seorg menantu, yg tak ada pertalian darah boleh rasa ikatan yg benar2 tulus terhadap mak abg.. Natrah, dia sebaik baik isteri yg abg miliki.

Bhai, kak natrah dulu bukan menantu kesayangan. Arwah mak dulu, berkeras dengan kak natrah. Makan bertahun bhai arwah mak nak terima kak natrah sepenuhnya. Tapi kak natrah, mulia hati dia. Dia tak pernah berdendam bhai. Apa yang orang cakap pasal dia bhai, dia diam je. Dia tak akan balas semula apa keburukan org lempar pada dia. Kuatnya kak natrah daripada liku hidup dia. Dalam penulisan sebelum ni, abg pernah bgtahu sedikit sebanyak tentang latar belakang kak natrah. Bhai, kak natrah drp kecik tak ada kasih sayang ibu ayah kandung. Bila dia dewasa sikit, dia rasa memberontak. Dia pernah ceritakn pd abg, dia pernah rasa mcm nak bunuh diri. Sebab org sekeliling hina dia. Dia pernah bertunang. Tapi putus tunang sebab pihak lelaki tak boleh terima latar belakang dia. Anak tak sah taraf.

Bhai, abg nak bgtahu. Mana-mana wanita, takkan pernag capai title sempurna. Sempurna itu hadir bila kita tahu menghargai kelebihan dan sama sama topup kekurangan. Seburuk mana pun kisah hidup wanita tu bhai, jgn kita hina. Kdg mereka lebih mulia drp kita. Kita ni lelaki bhai, kne lihat dengan mata hati. Tp ramai antra kita tak tahu apa itu mata hati.

Kita tahu komplen je bhai. Demand. Nak isteri lawa. Pandai masak. Pandai kemas rumah. Pandai bergaya. Tapi kita? Amalan kita yg nak bawak kita dan dia ke syurga tu dah ada? Sekarang byk kes cerai berai. Bila org kata kita suami dayus, kita marah. Tp itulah hakiktnya. Kita ni ego melampau tak nak terima kebenaran. Abg tak ckp pd semua lelaki. Korg tahu diri korg mcmana. Tepuk dada, tya iman.

Tu kak natrah tengah kemas bilik arwah mak. Hari-hari dia sapu bilik tu. Pernah abg tgok dia menangis pegang baju arwah mak. Mak, itu natrah. Yg jaga mak sepanjang mak sakit. Yg tak pernah merungut penat. Itu natrah mak. Isteri fateh. Allah. Kurniakan syurga buat mak. Jadikan natrah isteri syurga buat aku. Natrah, abg menulis ini utk natrah. Natrah. Satu nama yg paling membahagiakn atas dunia ini.

Bhai, bagaimana kau kira kau dah jadi pemimpin jika dalam hati kau, tersimpan ragu ragu dan hal dunia? Adanya wanita itu yg benar menyayangi kau lalu kau mensiakannya? Begitu juga kau wahai wanita. Apa kau kira kau itu hiasan dunia semata? Kasih syg itu tak selalu diucap depan depan. Banyaknya ia terlihat dengan perbuatan. Kdg tanpa kau sedar, dia memerhati dan melakukannya utk kau. Namun, itulah manusia. Payah benar melihat bahgia didepan mata..

– muhammad al-fateh

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *