Netizen Terpaling Tahu

Hai semua, nama ku Yang Tidak Sempurna. Tak perlulah untuk aku terus memperkenalkan diriku.

Hari ni aku nak meluah mengenai netizen/warganet.

Aku kadang-kadang tak faham dengan netizen-netizen yang sangat-sangat negative especially in media social. Yang Seolah-olah terpaling tahu dalam semua hal.

I would say dalam semua media sosial yang aku ada, facebook lah yang tertinggi sekali mempunyai pengguna netizen yang ada bad attitude. Termasuklah dalam page ini ; IIUM Confession.

Kadang-kadang aku ada terbaca confession pasal hidup dia, contoh ; luahan pasal sikap customer service kerajaan.

Apa yang dia rasa, apa yang dia lalui, dia cuba untuk melepaskan lelah dia melalui confession yang mana dia tak mention pun untuk warganet ni komen apatahlagi menghentam dia.

Tapi sikap warganet pada ruangan komen tu I would say sangat-sangat melampau.

Ada yang mengatakan dia salah, mengutuk dia kerana dia tak bersedia dahulu sebelum menelefon customer service berkenaan.

Dia menelefon untuk mendapatkan info, tapi kalau dia sudah ada info tersebut, tak perlulah dia call customer service itu.

Ada yang komen, itu pun confessor ni tak tahu? Ya dia tak tahu sebab tu lah dia menelefon untuk mendapatkan informasi tersebut.

Pada aku luahan dia hanya untuk melegakan sakit hati dia tapi aku percaya bila dia terbaca komen-komen negatif yang tak membina seperti itu, malah dia menjadi lebih stress.

Ada juga confession mengenai masalah rumahtangga. Apa yang netizen komen semua nak membunuh confessor tersebut. Semua seolah-olah mahu menunjukkan siapa lagi hebat dalam menguruskan rumah tangga.

Malah ada yang menyalahkan confessor tersebut kenapa memilih pasangan itu. Tak ada pun atau mungkin ada 1 atau 2 komen yang faham hidup confessor tersebut yang menasihati atau menenangkan confessor tersebut.

Aku percaya, dia meluahkan untuk melepaskan lelah, tapi dia mendapat tulah dari komen-komen tersebut. Ada yang mengatakan dia masih muda, tak matang, tak cukup ilmu. Tak sempurna dimata netizen.

Cuba kalian bayangkan kalau kalian di kasut confessor, apa kalian rasa?

Mungkin dia tak punya keluarga/ibubapa yang memahami masalah dia.

Ada lagi yang aku baca pasal dia kongsikan cara dia uruskan hutang-hutangnya iaitu kad kredit dan pinjaman peribadi.

Netizen-netizen ini komen seolah-olahnya confessor itu menggunakan duit netizen untuk melunaskan semua hutang-hutangnya.

Dan lagi sekali aku menekankan, dia tak minta untuk kalian komen apatahlagi menghentam beliau.

Pada aku, ada betulnya cara dia kongsikan cara dia uruskan hutang tersebut, dan aku percaya ada pembaca yang boleh menjadikan confession beliau sebagai panduan untuk menguruskan komitmen masing-masing.

Ya, mungkin dihujung cerita, dia agak kasar dalam meluahkan rasa, tetapi anda siapa untuk menghukum dia yang mengatakan anak dia masih kecil dan akan mewarisi sikap dia.

Ada juga yang komen, dia masih muda, tak takut kalau-kalau masa depan dia dibuang kerja. Anda siapa nak menentukan masa depan si confessor tersebut?

Aku percaya dia bukan orang senang, tapi punya impian untuk hidup selesa. Dan dia memilih untuk membuat hutang, maka bebanan itu dia yang tanggung, bukan anda wahai warganet.

Oh ya, ada yang komen, nampak macam bijak, tapi sebenarnya langsung tak punya pengetahuan mengenai komennya itu, berlagak pandai sahaja lebih.

Lagi 1 masalah warganet adalah sangat-sangat sibuk dengan urusan orang lain. Urusan artis, urusan pempengaruh. Sebagai contoh, kes pempengaruh kereta elektrik mahal, berkahwin lagi satu.

Ya mungkin salah cara dia buat video tiktok tersebut, tapi anda siapa pada dia? Anda kah yang dimadukan itu.

Okay dia sudah minta maaf, dan memberitahu bahawa dia berkahwin atas sebab mahukan zuriat. Malah isteri pertamanya meredhai.

Anda bandingkan pula dengan artis-artis yang tidak punya zuriat. Saya mahu bertanya, apakah artis-artis tersebut sama kehidupan dengan pempengaruh kereta tersebut?

Apakah perasaan mereka semua sama? Apakah nafsu manusia sama antara dia dan artis-artis yang dikaitkan tersebut?

Dan yang paling penting, apa kaitan anda dalam kehidupannya dan artis tersebut?

Malah ada artis yang punya 4 orang anak, arwah isterinya sudah lama meninggal dunia, punya bapa mertua lagi dan dia baru menikah dengan gadis pilihan hatinya.

Anda warganet menghentam beliau dengan komen seperti, kesian arwah isterinya, kalau arwah tau, mesti dia sedih. Ada juga komen ; kesian bapa arwah isterinya, nampak betul sedih tu.

Ada yang bandingkan majlis perkahwinan yang baru ini dengan majlis perkahwinannya bersama arwah isterinya. Tak gah, tak meriah, mesti arwah sedih.

Sekejap, anda siapa warganet yang mahu menuduh sedemikian? Dan, apakah kaitan anda dengan kehidupan mereka?

Kesimpulannya, marilah kita sebagai warganet, kalau tak mahu mendoakan orang, janganlah menghentam orang lain. Cukup lah menjadi silent reader.

Jangan ada iri hati dengan kehidupan orang lain. Orang tak suruh pun anda komen apatahlagi menghentam confessor.

Dan aku percaya, luahanku ini juga aka nada komen-komen negatif. Paling tidak, confession ku ini tak penting dan tak perlu pun dibuat.

Jika terjadi pada kalian, paling tidak mungkin akan ada juga sedikit kesedihan di hati kalian. Niat kalian hanya untuk meluahkan, melepaskan lelah, tapi sudah disalah tafsir malah dihentam.

Pengajaran disini, kalau tak mahu dihentam, maka janganlah meluahkan apa-apa. Kalau hidup kita berjaya mencapai sesuatu, ada jua manusia yang punya hati busuk, yang dengki, yang akan menghentam.

Maka sebaiknya, janganlah update apa-apa, kerana warganet tu sangatlah negative. Merekalah terpaling sempurna.

Sekian,

– Yang Tidak Sempurna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *