new in human science

assalamualaikum semua, ni kali ketiga aku post kat iium confession (tajuk lama:aku yang dulu-psal kes buli ketika gemuk di sklh). kali ini aku ada cerita dan confession yang baru.Aku pelajar tahun 2 asasi. Seperti yang semua maklum, kami pelajar asasi baru sahaja dapat result exam sem 1 dan juga result pertukaran kos. Alhamduliilah, aku berjaya tukar dari allied health science to human science. Ramai kawan aku yang terkejut termasuk junior-junior aku yang memberi nasihat seperti ini "ala ramai la orang yang nak course tu, bukan senang". aku tahu ramai yang nak kan course ini tapi aku rasa bukan bidang aku.
aku memang tidak bijak dalam science sejak sekolah. time nak dekat PMR, aku dapat B selalu tetapi alhamdulillah aku dapat A juga. semasa untuk SPM, C ialah perkara biasa bagi biologi aku dan aku pernah gagal fizik (selalu markah bawah 20% semasa form 4) tetapi alhamdulillah aku berjaya mendapat A- untuk fizik dan biologi. Rasa mungkin sebab aku berkeinginan untuk bekerja di hospital(sebab sepupu2 dr sebelah ayah semua engineer, cikgu dan askar sebelah ibu),aku mohon UPU semua berkaitan dengan kesihatan dan aku berjaya mendapat allied health science.
Namun, setelah banyak belajar aku dah tak tahan sebab ini bukan apa yang aku minat. Aku minat sejarah. Aku tanya abang aku lecturer UIA Gombak tentang bidang sejarah, dia yang sarankan aku tukar. lagipun dari form 1, sejarah dan math ja dapat aku kekal kan (selalu A+-bukan riak tapi minat sejarah gila).
semasa sesi temuduga pertukaran kos, aku berjumpa dengan ketua kimia. namun agak susah juga la, dia macam tak nak bagi. aku cakap semua dia menjawab. aku jawab pointer aku tak elok, dia cakap elok. last2 dia ckp "u tahu. ramai orang nak bidang sains macam kamu. berlumba-lumba". aku tahu.
semasa hari jumaat, aku dikhabarkan aku berjaya dalam pertukaran kos. biarpun aku terlewat untuk tukar aku harap aku berjaya sebab aku berminat untuk ambil bidang sejarah (history and civilization". bagi aku sejarah itu senang. siapa cakap sejarah itu membosankan. Setiap bidang ada keunikkan masing-masing." sesiapa yang melupakan sejarah akan mengulanginya lagi". Aku juga kagum dengan orang bidang bahasa arab, sebab berupaya memahami bahasa Arab dengan baik dan banyak manfaat sebab aku bukan dari sekolah agama dan bukan budak kelas arab.
Aku cerita pada cikgu kimia aka cikgu baik aku tentang pertukaran kos. aku memang minta maaf kepada semua cikgu-cikgu sains aku sebab diaorg yang berharap aku jadi seorang pnjwat bidang perubatan last2 aku ambil sejarah. dan sekarang diaorg suruh aku lupakan apa yang lalu, mulakan yang baru. aku nak mula dah sem 2. selamat tinggal kawan sekos aku, lecturers yang telah mengajar serta azie, cdah, ju yang selalu dengar luahan tidak kira masa senang atau susah terutama kes overdose. aku sentiasa doakan kejayaan korg(kakak2, adik2, kwn2 dan lecturers).harap korg boleh doakan aku juga. maaflah dalam confession kali ini, aku x lawak sangat sebab aku tulis dalam kerinduan.

– missdonut

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *