Assalamualaikum.. Admin terima kasih sudi approve..
Alhamdulillah, saya ingin berkongsi sedikit lagi berkaitan kahwin muda ni. Sebab saya nampak terlalu ramai yang mengangap khawin muda ini sebagai satu trend, bukan satu matlamat. Walaupun saya baru 3 tahun berkahwin tapi saya ada beberapa peristiwa yang terjadi pada rakan terdekat dan menjadi satu pengajaran untuk saya dan isteri.
Anda nak nikah? Tapi sebelum itu, tanya diri dulu kenapa anda perlu bernikah? Adakah sebab nak jaga nafsu? Jika itu jawapan anda, itu bermaksud anda masih berfikir nikah untuk hanya untuk memuaskan diri sendiri dan selepas dah dapat, anda akan terasa boring dengan isteri. Nanti bila isteri buat hal, mula lah naik tangan, caci maki sebab apa? Anda hanya memikirkan nikah untuk menjaga nafsu..
Dalam rumahtangga memerlukan banyak tolak ansur. Terlalu banyak lebih lagi sewaktu remaja.. Jiwa remaja terlalu membuak, nak pergi berjalan dengan kawan, pergi camping, tapi kita kena sedar, kita ada isteri.. Seorang isteri akan mengharapkan suami sentiasa di samping untuk membantu dia, kemana-mana si isteri nak ikut dan si suami yang tidak paham, dan terasa dia adalah suami, isteri kena ikut apa yang dia nak. Bila keadaan macam tu berterusan, dia akan terasa si isteri mengongkong dan membuat si lelaki terasa kehadiran isteri ini menyerabut hidup.. Benda itu, akan membuatkan si suami bila ternampak perempuan lain, mulalah cuba berkenalan dengan perempuan lain kerana apa? Dia terasa isteri dia sekarang menjadikan dia hidup tidak bebas.. Jiwa muda…
Kewangan? Itu lagi isu yang utama.. Bahaya bila si lelaki yang nak kahwin kata begini "In shaa Allah, nanti adalah rezeki tu, Allah dah janji". Tapi bila tanya apa plan, dan dia kata, adalah plan dia.. In shaa Allah akan ada duit.. Jika anda percaya dan bertawakal. Anda sebenarnya memperjudikan masa hadapan. Si lelaki yang tiada perancangan dalam hidup, dan hidup berserah sahaja pada Allah.. Hmm.. Membahayakan.. Kecuali dia mengatakan perancangan walaupun dengan kerja part time, itu dah mencukupi.. Bukan hanya berserah. Kerana dia dah paham mengenai tanggungjawab..
Ye.. Duit bukan perkara utama tapi tanpa duit, anda boleh bergaduh, boleh tertekan, boleh menyebabkan anda memukul isteri tanpa sedar akibat tekanan.. Nak bayar sewa rumah, bil api air, belanja mingguan, jika ada anak.. Pempers, susu, taska, ubat, insurance. Jika ada kereta / motor, minyak, nak bawa jalan2.. Banyak kena fikirkan..
Banyakkan tanya pada isteri, apa yang dia perlukan, apa yang isteri nak pada kita.. Beritahu isteri kelemahan kita, bincang dengan isteri dengan setiap apa yang kita nak buat.. Walaupun dia tak paham.. Bincang je.. Minta pendapat.. Walaupun pun pendapat dia tak boleh pakai atau lari dari tajuk.. Sebab apa, percayalah.. Dengan pendapat tak masuk akal dia tu, kami akan mendapat semangat untuk mencari nafkah.. Banyak lagi nak kongsi, saya akan sambung.. Anak perempuan dah mula bergerak, karang pantang lepa jauh sikit dari saya, isteri mula lah suara menyapa.. Bukan takut isteri.. Tapi malas nak dengar bebelan, karang bila dah start bersuara, nak stop tu makan masa sikit.. Biasalah perempuan.. Susah nak paham.. In shaa Allah saya akan kongsi lagi lepas ni..
Terima kasih kerana membaca
– C.Az
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Agreed!!
Setuju !
Azrin Azman
Huhu Mel Oo
Xstuju..hehe
okeh…forever alone..haha
Fares Rashid boleh pikirkan lagi.
Alexander Johanis
Fazlinda Othman
Sabit tu kn cri lki yg matang
Muhammad Akmal
Sngt stuju…mmg x boleh dgr org ckp kwin sbb nk elak nafsu sbgai jwpan prtma…dh kwin nafsu x terelak cmne? Pastu mule la cerai..x sesuai dn sbgainya…
Muhamad Khausar
Muhamad Aniq
Betul dik..rata2 yg sy baca, nk menghalalkan hbgn sbb takut x dpt kawal nafsu, nk elakkan berzina & so on..
Kalau tak mampu kawin tapi nafsu membuak buak maka POSA lah
Ashraf Press
Wan Yasser
????
Lelaki mmg pandang perempuan sebagai pembebel je ke? Asyik2 ayat yg sama…
Ya kak.. 90% pompuan kt dunia ni membebel..
well said! Org kata.. fikir bkn hanya ke jinjang pelamin, kna fikir sampai ke kain lampin!
Haji Dedel