Assalamualaikum.. Terima kasih admin kerana approve perkongsian saya dari awal hingga akhir..
Pernikahan itu adalah sesuatu yang mudah.. Mudah sangat.. Perasaan saya waktu nak nikah, sehari sebelum saya ok lagi, pagi sebelum still rasa tak ada apa-apa.. Tapi bila tiba masa tok kadi pegang tangan.. Waktu tu terus badan mengigil.. Waktu tu terasa macam tak berani nak jawap lafaz yang di lafazkan oleh tok kadi sebab waktu tu, baru terasa hidup saya akan berubah 360 darjah.. Selesai lafaz je, saya mengalirkan air mata bukan sebab suka or gembira.. Sebab saya dah melangkahkan satu kaki saya di neraka.. Segala kaitan dengan isteri saya kena tanggung.. Dia tak pandai dalam agama, saya kena.. Dia tak menutup aurat, saya kena.. Dia memakai pakaian ketat, saya kena.. Waktu tu, terfikir macam mana saya nak lepas sedangkan saya ni pun dosa terlalu banyak..
Ini bila dapat anak perempuan.. Sewaktu dia keluar.. Saya terasa nak terduduk.. Sebab saya melangkah lebih jauh ke dalam neraka.. Saya ada dua orang perempuan yang kena jaga.. Sewaktu sujud syukur saya menangis.. Gembira dalam takut.. Jika anda nak nikah tapi tak fikirkan hal ini, anda silap..
Ingat.. Nikah memang senang.. Awal khawin, semua ok.. Allah belum uji.. Bila dah lama.. Allah uji cara lain.. Kadang2 bila isteri dan suami penat.. Mula lah masing2 meninggikan suara.. Bayangkan jika si isteri meninggikan suara, dan lelaki belum bersedia menerima keadaan itu, belum belajar macam mana nak bersabar, belum belajar mengenai wanita.. Adakah anda boleh menahan marah? Adakah anda boleh mendiamkan diri? Tanyalah pada diri masing2..
Itu belum berhadapan dengan situasi dengan keluarga mentua.. Mana yang perlu kita utamakan? Boleh ke kita bertolak ansur? Banyak perkara yang kena fikir.. In shaa Allah.. Boleh belajar sedikit demi sedikit.. Saya pun masih dalam pembelajaran..
Kita sebagai lelaki kena banyak berkorban.. Jangan ikut perasaan dan nafsu kita sendiri.. Maksud saya, dalam pembelian barang.. Jika anda masih dalam keadaan serba kekurangan.. Berbincanglah dengan isteri.. Walaupun pembelian tersebut hanya RM50.. Saya ni, nak beli barangan yang saya inginkan pujuk isteri berminggu baru dapat.. Ada yang sampai berbulan.. Itu pun dah bodek bermacam-macam cara.. Sebab si isteri lebih faham keadaan keluarga.. Sama ada benda itu patut beli sekarang atau kemudian.. Tapi kalau barang isteri.. Balik dari kerja je.. "Saya nak cakap sesuatu ni.. Saya dah beli 2 pasang tudung, bolehkan??".. Bayangkan dah beli tapi tanya soalan bolehkan?? Sebab tu saya kata, kita sebagai lelaki kena banyak berkorban.. Wanita ni pelbagai perangai.. Anda kena siap sedia.. Jangan hilang kawalan diri.. Bimbing biar betul.. Jangan sampai kedua belah kaki masuk ke neraka..
Ok la.. In shaa Allah sampai sini je perkongsian saya.. Terima kasih kerana membaca.. Ada masa saya berkongsi lagi.. Kepada siapa yang nikah waktu belajar.. Teruskan dan mendalami ilmu rumah tangga.. Cari pelbagai cara untuk mencari rezeki.. Usaha sahaja.. Mula sekecil-kecil perniagaan.. Jangan give up.. Niatkan kerana Allah dan mencari nafkah.. In shaa Allah.. Saya dah bernazar untuk membantu sesiapa yang perlukan bantuan lebih lagi jika dia berkhawin waktu muda.. Saya akan membantu sebaik mungkin.. Anda pun perlu buat begitu bila dah berjaya nanti.. In shaa Allah jumpa lagi..
Assalamualaikum
– C.Az
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aku rasa part laki kne tanggung dosa isteri or anak pmpuan tu xbtol la. Sbb bercanggah dgn al-quran Al Najm [53]:38. Cuba ko check aku pn bkn ustaz. Tp dah jadi tanggungjwb suami bimbing lah kn. Wallahua’lam.
Kalo suami or ayah biarkan mmg la dorg berdosa gak tp kalo suami da advice, isteri or anak xdgr kata da xpe kan? Ke?
Tu ape yg aku fhm jugak.
Betul prnah baca tulisan dr maza psal hal tnggung dosa ni.. xde istilah seseorg tu tngung dosa org lain.. wallahua’lam
Betul setuju..
betul, dosa masing2. tapi dosa tak menegur dan biarkan perkara salah tu yang dapat.
Dalam Quran Ade sebut yg seseorang itu tidak akan menanggung dosa org lain kecuali dosanya sendiri…
Kalau tengah kumpul duit nak kahwin confessor nak bantu? Kalau ada niat nak membantu boleh pm saya nanti saya bagi details orang tersebut
juz nak tanye, kalau ckp berubah 360 degree, tu x ke mksd die same cam x berubah lgsg, ye lah patah balik posisi asal, bkn ke berubah 180 degree je?
-tanya ja_
Setuju. Aku pun selalu argue pasal ni. Haha.
Mane ade tanggung2 dosa isteri sume tu..Kalau isteri xtau suami wajib bimbing..Tp kalau dh bimbing isteri degil jugak tu dosa dia dgn Allah..Dia yg tggung dosa dia sndri..
bab hantaran tu ada pndpt kata
baik kita laki dan perempuan kumpul sama jgn lah harapkan laki je kumpul.
laki 10k
pompuan 10k
yg pompuan punya tu tplnglah nk wat apa.tgok.baru tau erti kesengsaraan.