Salam
Aku baru terbuka page confession ni sebab post pasal kahwin. Dan aku tengah stress sejak dua hari lepas sebab masalah family. Sampai rasa tak nak raya. Aku perlukan tempat untuk aku cerita. Bukannya takde kawan, dan bukannya kawan baik aku tak tahu cerita aku. Cuma aku nak tempat aku cerita di mana aku boleh anggap aku sedang cerita ke family aku.
Aku gaduh dengan mak aku. aku selalu je gaduh dengan mak aku. sejak sekolah sampailah ke umur aku 24 tahun. Selalunya gaduh sebab mak aku selalu letak kesalahan anak lelaki dia kat aku sebagai anak perempuan. Dan bile aku point out salah anak laki dia, mak aku akan back up anak laki. Oh God knows how I feel. Bukannya mak aku tak tahu anak lelaki dia hopeless, tak buat kerja dan kerja jadi syaitan… And dia akan tetap back up her sons even by downgrading me. Aku kemas rumah, tapi abang aku report kat mak aku dia yang kemas itu ini.
Mak aku bukannya tak tahu aku buat kerja rumah. aku pandai je buat kerja rumah. setiap kali family gathering, akulah yang akan fulfil permintaan anak buah aku untuk buat kek sama-sama. tengah hari masak lunch untuk anak buah makan. petang sambung balik buat kek. pastu masak berbuka. kemas dapur lagi. At the end of the day, "Anon, kau tak reti nak buat kerja rumah ke?"
Sebelum ni, aku boleh je beralah dan cool je. Tapi semalam, aku rasa aku dah tak boleh cool. Nak berdoa lepas solat untuk mak ayah pun aku rasa sayu kenangkan benda ni.
Well, aku cerita benda macam ni mesti ramai kata pentingkan diri aku ni. Benda yang aku nak cerita tapi tak mampu nak cakap kat mak aku adalah aku pernah kena cabul, hampir dirogol, kena selak baju, diintai mandi, kena pukul dan hentak kepala setiap hari, ugut kena bunuh oleh abang-abang aku dan adik lelaki aku. Semua ni berlaku sejak aku umur 7 tahun sampailah ke darjah 6. I remember well cause I write a diary. Dan sebab tulah setiap kali mak aku back up anak lelaki dia, aku tak boleh terima. lagi-lagi dia nak compare aku dengan anak lelaki dia yang dia tahu diaorang tak solat, tak buat kerja, pemalas…
Pernah terfikir, agak-agak kalau aku kahwin, mak aku akan masih layan aku macam ni. Husband aku akan dapat ubah tak hidup aku… I am so devastated… rasa macam useless belajar tinggi-tinggi, pandai itu, pandai ini, last-last mak dan ayah sendiri downgraded macam kau takde value lansung. Aku penat. Sepanjang aku sekolah, hidup takde self-esteem. Self-confidence lagi jauh takde. mak ayah kerja compare dengan abang, kakak, adik. just because my math skills is level c and my whole life has no worth. Ditambah lagi dengan aib abang aku yang aku kena simpan. rasa macam nak pecah hati ni.
6 tahun aku bangun sendiri, bina sendiri value pada diri aku. cari siapa aku nak jadi. apa aku nak buat. and now, mak ayah aku setiap hari akan compare dengan siblings aku yang berjaya atas pertolongan mak ayah aku. berjaya buat bisnes pun sebab ayah kasi tanah, modal. dapat kerja tinggi pun sebab guna cable dalam mak. And here I am, have to struggle my master, get my job by myself. nak buat bisnes kena cari duit sendiri.
Everytime, after a fight, I always ponder to myself "Am I that lucky?" "Does everyone still think I am lucky after knowing the real stories?"…
Aku dah takde rasa nak raya dengan famili aku. aku tak rasa pun nak masak rendang, buat kuih raya, ironkan baju mak ayah aku… I dont feel like I want to do it. Aku promise tahun depan dan seterusnya aku tak akan balik rumah masa raya. I won't.
Dan sebenarnya aku buntu… aku nak lari dari rumah raya ni but i can't
– Anon
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Salam. Aku doakan kau dpt menumpang kasih dgn family mertuaa nnt. I feeel youu.
You are such a strong girl to face this situation. Tak tahu nak advice macamana, yang penting jaga give up berdoa untuk keluarga kau. Doakan Allah kurniakan kasih sayang, ketenangan dan rahmat ke dalam family kau. Semova terus tabah…. Huhu
Iyer sis… sya ada sorang kwan nma Jiji. Problem yg sama. Agak nya mak Jiji jeles sbab Jiji cantik wlau tak pandai. Lepas spm, Jiji duduk rumah jadi maid. Kesian dia. Mak dia tak leh terima sbab tetamu yg dtg asik puji Jiji. Sekarng Jiji dah kawin dgn executive, bahagia dn mewah. Agaknya berkat sabar kena dera masa stay dgn famili. Alhamdulillah. Sabar dn jgn putus berDoa ya.
Rasakn mak Jiji pulak yg malu giler. Dera anak mcm hamba. Aku pun geram bila ingatkn. Alhamdulillah Jiji. Aku tag Jiji. Sis… sabar jgn lawan orgtua. Cari kawan yg bole share yr problem. Get yourself some life.
Pm me..jd kwn jom..
kalau awak masih duduk sekali dgn famili, cuba la carik jalan pindah keluar. duduk asing dgn mereka. tatkala awak takde, maybe dorang baru tahu betapa susahnya hidup mereka tanpa awak
tak fhm btul asal selalu lelaki nmpk mcm malaikat walaupun buat salah. hahahahaha.
donia mmg tak adil wak.. sobsss
Saya Reez hahaha nasib i tabah. kah kah kah.
andai kau tabah, sorgalah tempatmu dikkk.. tiada tempat lain yg sesuai kihkihkih
Saya Reez mmg tak laaa dah perangai sonsang mcm ni. #terlebihsado
dik, kita ke sorga atas redha Allah dik. sbb tu ada pelacur masuk sorga hanya kerana dia bagi anjing minum. haaaa gituuuu tazkirah abam di malam ramadhan ini hihi
Saya Reez dia pelacur je bang, tak songsang, tak ada keinginan nak berbini and beranak. lain tu bang ?
Why dont awk stay sendiri . Dudok umah sewa sendiri without ur family . Maybe that time your parent could see apa yang u buat untuk fmily before this?
Apakata raya je kat umah member baik kau. Try la jauhkan diri sekejap. Nnt ok latu. Parent kau maybe dah susah nak dilentur tp nak taknak kau kene terima la. Kene telan je la perangai dorg n expect nothing.
Umur 24 dh buat master..
Saudari hebat..
Kuat kan semangat.. semoga d permudahkan segala urusan saudari..
Kau tak leh ubah perasaan mak kau tu smpi bila2 backup ank lelaki. Kau je kena ubah. Berdikari je la. Kerja duduk sendiri. Balik kejap2 je
Cuba sekali awak x balik Raya. Apa awak rasa? Klu sendirian lbh bahagia, Alhamdulillah. Teruskan.
1 lg , awak pandai. Cuba apply kerja kt luar negara misalnya Singapura atau Australia.
Lps tu tepuk dada tanya selera. Semoga awak bahagia.
Bahaya bila hidup dengan orang yang:
1. Bermasalah dari segi agama (tak solat)
2. Bermasalah dari segi etika moral (tipu, cabul, etc)
Semoga dapat keluar segera. Jika ada masalah, hubungi orang yang boleh dipercayai
Cuba avoid dari mereka2 ni semua. Go celebrate raya kat rumah kawan. Kenapa nak fikir hati orang yg walau sekali tak pernah pun fikir perasaan kita. Well, at least get some space for yourself. You’re such a strong lady.
sis, kau ironlady. sementara ni hijrah la ke tempat lain yang lebih baik utk sis.
Buatla ape yg kamu rase bahagia dik..tp,redho mak ayh tu paling penting…smoga awk trus kuat hadapi semua ni.. Allah ad..doala byk²..
Dah graduate blum??.klau da g la cari kerja jauh2 sikit n brdikari hidup sndiri..klau ada jodoh kawin cpat spaya ada kluarga dan life sndiri..adik bradik smua dah besar..klau harap nk brubah mmg mustahil klau dah di treat dr kecik mcm tu..just kluar dr kepompong kluarga tu..tp bukn brmkna lupa trus..sskali call tnya khbr n blik..
raya ni, pergi holiday.
akak, masa semak dgn problem, raya je akak pi holiday. dua kali gak la aku beraya kat tepi pantai haha.
Work part time , rent a room, find space for urself.. stop being anyone’s target. Get time for urself and know ur value.
Mari jd kawan… kite exchange story… sometimes bile cerita dgn org life yg lebih kurg sama agak membantu… jatuh bangun hidup.. boleh motivasikan diri bersama..
Meh raya rumah kak long meh.
Moga family kau dapat petunjuk n kau dapat jodoh yg blh ubah hdup ke arah yg lbh baek
biasa parents mmc ni diorg punya mindset..anak laki yg akan jaga diorg bila tua nanti… anak pompuan ikut suami..tu sbb dia tatang betul2 anak laki.. tp at the end biasanya anak yg tak diuntunglan tu la yg cuci berak diorg bila tua…dan paling byk berbakti…. x taula nak nasihat apa… carik keje jauh2 kot dan doa banyak2 dpt suami dan sebutkan kriteria cmne yg saudari nak ada pd calon suami..
InsyaAllah mudah2an Allah tunjuk jln
Berhijrahlah….
Anon meh lah jd akak ipar i hehehe mst best! Mst kesayangan mak sbb mak mmg suka menantu rajin2 ni.
Rasanya,elok la jauhkn diri sementara..lgpun,kalau setakat jumpa,and then,sakit hati,baik x payah.kne pentingkan diri sendiri kalau org sekeliling menghargai kita..
Cuba minta ustaz ke ustazah dtg rumah minta dia pagar rumah. Bimbang keluarga pecah belah sebab ada benda kacau. Kalau boleh bawak mak abah pergi jumpa pakar kaunseling tanpa bgtahu. Ceritakan hal sebenar. Benda mcm ni kalau lari xselesai masalah.
Dik lepas ko kawin ko beranak ko akn sedar mengapa mak ko jadi cmtu… Sbnrnya Bila ko xde mak ko akn terasa Sgt ketiadaan ko. Dan ko Bila jauh Dr mak ko, ko akn tbayang2 mak ko wat keje rmh sorg2 sdgkn Adik bradik ko yg Lain biar je mak ko wat keje. Hati ko pun x akn bahagia dik.
Jom raya dengan kita. Hihi
Be strong & stay safe…
Andai bersendirian lebih menenangkan, bersendirianlah…
Pilihlah teman yg membawa ke arah kebaikan…
My best wishes and prayer for you… aameen…
Advice kaklong, go somewhere else. Tapi bukan lari. Mungkin berhijrah tempat baru. Duduk menyewa sendiri, cari keje.. kira hidup sendiri tanpa family. Sesekali je balik jenguk mak ayah. Sebab apa? U must get out from bad aura. Ucapan & kata² negatif family member u ni merupakan satu doa. Dan sebenarnya satu “baja” yg “ditabur” utk u… so u kena berhijrah utk elakkan aura negatif terus melekat pada diri u dear … for ur future life!!
Anon ni sorang je ke prempuan dlm adik beradik?.. Cuma nk ckp tlg kluar dr rumah tu dan berdikari sendiri…kdg org x hargai kita bila ade dpn mata…bila buat kputusan jgn pndang blakang lg
Jom? Kita kawan.. huhu, pahtu nnt bole mai raya rumah sy.. berbesar hati dpt tmbh kenalan lg ^_^ btw, awak kuat! Kalu kuar dr rmh tu adalah jalan terbaik, better awak kuar.. bina hidup baru, keje n duk rmh sendiri x pe sewa pun.. dsamping tu terus doa mntk mak awak berubah, skali skala tu balik la ziarah mak awak.. ^_^
Hmm…so you admit you have been having low self-esteem since you were small until now. Most people DON’T realize that about themselves and seeking love from Someone EXPECTING that someone to MAKE her/him happy.
It doesn’t work that way, we have to LOVE and ACCEPT ourselves first before we enter into ANY relationship. Marriage is not an escapism.
Rumah adek ni penuh dengan vibe negatif. So yes you need to have your own space, find your self-identity and stick to your values. Bagaimanapun adek boleh cuba kurangkan resentment dekat parents ni dengan cuba empathize bagaimana mereka masa kecil, adakah juga seperti adek, dibanding2kan dengan adek. Most likely what they have been doing to you is subconsciously led by their own childhood. They are PROJECTING their own inferiority complex into you.
Memang banyak orang tua yang bermasalah hasil didikan dan pengalaman hidup masa kecik, lebih kasihan umur dah “rumah kata pergi kubur kata mari” pun masih belum jumpa kebahagiaan dalam diri sendiri. They feel miserable with themselves and yet subconsciously denying that and make OTHER people’s life miserable instead.
Ya, berat telinga mendengar berat lagi bahu memikul, All I can advice is try to create your OWN closure with them, forgive and accept that there is an INNER child in them who hasn’t found their own happiness. Until you do, the chances of you meeting and falling for a guy who will EVENTUALLY make you feel more unworthy is high I’m afraid. My heart reaches out to you.
Nini Ghazali
ohh anon,aku rasa kau sama nasib dengan aku.i feel you sis ??.tabahkan hatimu anon.kau tak salah.tapi kau sayangilah mak ayah kau.busuk mana pun tetap mereka nyawa kau.tolonglah fikir mak ayah kau.betapa sedih dorg kau tak balik raya.adat yang kene dengan hati ni,kau faham2 lah.allah ! pasal adik beradik.aku taktau nak cakap camne.aku pun masih buntu.moga allah berikan kita ketabahan hati.cayokkk anon !
Mcm cerita kau je.ingtkn kau yg confess. Hihi tp bila dia ckp bt master trus bkn kau ahaha
tu lahh aku baca pun macam alahaiii samaaa.hahahha.dia lagi kuat sbb mmg tak pandang benda lain dah selain diri sendiri.salute dia !
Jom raya ngan akak dik..xmo sedih2 ek
Lari je la ko kan dh beso, p dok hostel, ry kat masjid…dri ko tambah dosa sakit ati ari2 mngata dlm ati, mintak diorg mam***…well few yrs later, ko akan dpt rasa camne org yg dh xde parents rasa…n that time ikut nasib ko la, sama ada parents ko ada ag ke x huhu….kptsn ditgn ko…
Aku saran kau gi cari keje je untuk raya bi. Dapat triple gaji weh. Mcd banyak nak guna orang. Hahahahahahahhahahahahhahahahahahahahaha
If diorg tak nampak awak buat keja, then tak payah buat kerja umah .. Duduk je goyang kaki.. Tak adalah sakit hati sgt kalau kena marah tak buat kerja.. N kat abg2 n adik lelaki kalau mereka kacau lagi please buat video n report polis.. That kind of man should not be free.. Moga ada sinar harapan kebahagian.. Ameen ,
Your parents are in denial. Sabar ya. Tp Kalau ada peluang utk ‘lari’… Lari je..
Awak pandai.. cuba apply kerja yg bole jauh dr family. Kerja oversea ke.. atau time raya je, awak minta ke offshore. Kalau kerja offshore la. So xyah beraya dah. Or lg mudah, awak kawen je. Cari suami org jauh sikit. Bolehla bg alasan x nak balik raya sbb balik belah suami.. mungkin bila dah lama berjauhan, mak awak akan mula rindu awak dan rasa kehilangan anak perempuannya yg byk berjasa.. n awak pun akan rindukan mak awak sbb mak awak pun semakin tua.. merantau utk kebaikan adalah lebih baik..
Setuju dgn comment Anees Sophie. Bukan lari, tapi berhijrah tempat baru. Menetap kat tempat lain, tapi sekali sekala datang jenguk family. Sebab, buruk baik mak ayah tu, tetap family jugak. Walau sejahat mana pun seseorang tu, mesti dia tetap berjasa pada kita walaupun sikit.
Dan jasa mak Anon, dia dah lahirkan Anon. Walaupun sepanjang pembesaran Anon, mak does not really care about you, but still, Mak Anon yg lahirkan Anon.
Sebab tu, jangan lari. Berhijrah kat tempat baru. Keep in touch tapi dari jarak yg jauh je. Still jenguk dan tunaikan tanggungjawab sebagai anak semampu Anon. Part diorang, diorang yg akan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Part Anon, kalau Anon dah buat, in shaa Allah Anon dapat berlepas diri di akhirat sana nanti.
Semoga Allah sentiasa lindungi Anon dan merahmati Anon di dunia dan di akhirat. You are such a strong woman. Patutlah diuji dengan ujian yg begitu hebat. Ya Allah, please make Anon strong everytime, everyday, everywhere.
‘I wish I can fly away. Isolate myself to rethink my existence. I tried, but I was fragile. Too weak to stay strong.’
— Quote by my sister a few years ago.
I really understand, sometimes we feel so helpless. We feel so weak. But remember, Allah has everything. Just ask from Him. And, He will give. Whatever you ask, He will give. Just put your trust in Him.
This #reminder also for me. :)
Knpe abg awk puaka gila. Skit ny ati sy bc. Confessor awk scra x lgsg sdrkn ibu2 dlm ni psl bnda rogol cabul ni. Sy ad ank prmpuan n sy sgt tkut klu satu hri bnda ni jd kt ank sy. Smoga Allah lindungi awk
Meh la beraya di rumah saya.
kesah benar. Ade seorg tua ni..dia sangat pentingkan anak dan cucu lelaki. Selalu melebih2kn yg lelaki. Yg pmpn dia layan burukk. Skrg dia dh tua tak berdaya, tak boleh berjalam dah berak kncing pon dlm pampers dh. Tp mulut dia tk henti2 skit2 memanggil2 “mekk..mekkk..” Mek tu panggilan utk anak dan cucu pmpn dia la kn. Knp tak pggil menyebut2 anak lelaki yg dia sanjong2 dulu?
See…dia yg dulu dok lebihkan anak/cucu lelaki tp dekat pmpn juga dia kembali. Anak cucu pmpn yg dia benci tu la yg dok gosok punggong dia, basuh kain kencing berak dia, mandikn dia sikat rambut dia. Mana anak2 jantannn kecintaan dia tu??
Knp ya…knp. Bnda2 cmni selalu berlaku..mcm dlm crita2 ja. Knp yg dia layan bgus dlu tak da nk jaga dia..knp yg dia dok benci dulu jugak yg kena jaga org cmni?
sis awk sgt kuat… yup, sy pn suggest awk kuar dr umh tu tp bkn lari. cuma berhijrah dan klu blh kawen dgn org jauh. mgkin after that br fmly tau rasa kehilangan. dok dpn mata mgkin x dihargai. pape pn all the best k. chaiyokk!