Oh adikku, kau masih muda… (part 2)

Salam satu malaysia. Salam hari raya aidilfitri. Aq bukan warga iium tapi nak berkongsi lagi. Kali ni dah takda dah bunyi gagak dan sebaik boleh aku kurangkan shortform. Tak sangka ada jugak kata cerita aku seronok.

Jadi harini hari raya ke-2. Kami sekeluarga dah sampai pun ke kampung di johor. Tetapi di pagi hari iaitu pukul 7.30 pagi. mak aku dah mengamuk sebab si san ni tak bangun mandi lagi. Padahal semua dah siap2 nak balik kampung. Btw aq dah pindah rumah yang ada 4 tandas dan semuanya dalam rumah. Memang kerja aku dari bangku sekolah lagi siap paling awal. Panaskan enjin kereta angkat semua bag susum dalam kereta. Masukkan kereta dalam pagar, buang sampah,kunci segala pintu dan tingkap serta pastikan lampu dan kipas ditutup. Tu belum benda yang kecik2 seperti letak bakul kain di tempatnya dan pastikan lobang singki bertutup takut lipas naik. Fuhhh mcm2 kerja. Tpi ni give and take aku ngan kakak dan adik aku yg perempuan. Diorang akn basuh pinggan, baju, mop, sapu rumah dan sidai kain. Jdi tugas ni pecah macam tu. Tpi cuba korang teka apa adik aku buat? Dia pagi ni kemas laptop atas meja nak bawak balik kampung. Pagi2 dah bergaduh ngan si san ni sruh dia mandi sbb mak aq dah cakap, ini ayat sebijik "pagi2 bangun kena kejut, kejut banyak kali tak nak bangu. Baru semalam mintak maaf ngan mama dah buat dosa balik". Ha setepek semua kena. Aku kebetulan dah ready nak bergerak. Si san duduk atas katil main henfon tak mandi alasan dia sebab bilik air yang dia nk mandi, bapak aku tgh mandi. Kalau mak aku membebel aku jadi rimas. Pagi2 dah dengar orang marah. Nanti aku jdi marah. Pagi tadi lah aku rasa masa terbaik nak pijak adik aku sebab bapak aku tengah mandi. Mak aku tgh mengamuk kat ruang tamu. Tapi bile dibuat kira2. Kalau aku pijak, mungkin bapak aku pijak aku balik jadi aku rasa tak berbaloi. Sementara tunggu semua orang siap. Aku sempat masukkan kereta naza dalam rumah. Pastu keluarkan. Pastu masukkan kereta lain. Buang sampah dan angkat barang. Dah selesai semua maka naiklah kereta naza semua orang. Satu hal lagi jadi. Ni san ni duduk belakang sekali. Aku memang set ruang kat bonet cukup2 untuk letak beg. Dia boleh bantau kata sempit. Dia sruh adik aku yang perempuan alihkan kerusi. Bukam dia alih sendiri. Dalam naza ni aku jer yang tau mcm mna nk alih kerusi. Banyak trick dia. Bapak aku pun tolong lah skali bagi keselesaan. Apa yang aku pelik, setiap tahun benda yang sama ulang. Macam mana tiba boleh sempit. Lagi sekali aku nk pijak adik aku ni. Dahlah lambat. Banyak bunyi. Naik naza 6 org celah mana sempit. Semua bdan keding2.

Haishhhh pening aku dibuatnya. Tapi tulah dah keluarga. Bapak aku lepas Allah murahkan rezeki banyak sangat berlembut. Aku suka. Adik beradik suka. Tpi apa yang aku takutkan adik aku tak jdi manusia. Ramai kawan2 aku yang jumpa adik aku kata ni lah gaya sazali (Anakku Sazali) dibesarkan. Mula2 jadi jenaka. Tapi lama2 macam ye juga. Makin hari makin kuat memberontak. Aku selalu berharap, aku takkan pijak adik aku. Sebab aku tak nk keluarga aku gaduh. Walaupun selalu aku ckp nk pukul dia tapi aku tak sampai hati sebenarnya. Apa yang adik aku dah tempuh aku pun belum tentu boleh.

Serba serbi pasal si san ni. Aku walaupun dalam keluarga kasar dan keras. Tpi aku cukup sayang si san ni. Suatu masa dahulu dia kena penyakit kulit. Ekzima. Teruk sangat. Tapi time dia sakit aku huhahuha sana sini. Berjimba sana sini. Tpi dia duduk rumah sebab malu nk keluar jumpa orang. Aku jdi abang kadang2 menyampah tengok mak aku buat macam2 nk sembuhkan adik aku ni. Lama2 baru aku sedar kalau aku duduk kat tempat san ni mungkin dah putus asa kot hidup. Satu masa ekzima dia bernanah belakang tengkok ngan belakang lutut. 2 hari sekali kena pergi cuci. Waktu tu aku sedar yang adik aku ni tabah hadapi dugaan macam ni walhal dia baru jer darjah berapa. Dia tak da buat salah ngan spa2. Macam aku sekolah dulu bergaduh, merompak mencuri. Arak perempuan dan dahah aku tak sentuh sebab bapak aku dah pesan awl2. Sentuh benda ni rosak hidup. Si san ni tabahnya tu yang aku belum boleh lawan. Jdi sesiapa di sini ada masalah ekzima nanti aku bgtau mcm mana nak buat. Sebab tu kasih sayang kepada dia lebih dari orang lain. Adik aku memang segan nk jumpa orang. Sebab tu aku selalu sabar ngan dia. Walaupun layak diberi kaki. Hahahahha. Nk tulis ni pun rasa nk menangis bile terkenang mak ayah aku tak tdor malam fikir cara nk ubat adik aku. Beribu habis nk cari penawar. Tpi Allah itu adil. Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya. Sekarang adik aku dah sembuh sepenuhnya. Takda sikit pun ekzima yang tinggal. Tpi bile dah sembuh mcm2 jdinya.

Itulah hakikat dunia kadang2 kita rasa kita dah korban macam2. Tpi pengorbanan orang yang sekejap tapi mungkin besar di mata orang lain yg jadi perhatian. Aku tak marah dan tak sedih sebab masing2 ada jalan masing dan kesusahan masing2. Cuma mata yang melihat jer boleh menilai mana kaca mana berlian. Bapak aku" selalu pesan lebih baik diam daripada berkata yg menyakitkan". Aku lebih rela berimaginasi memijak kepala adik aku daripada hilang mereka dalam hidup aku. Sebab merekalah hidup aku. Apapun berlaku aku tetap sayang adik aku ni. Mungkin tak sebulu. Tapi siapa tahu. Mungkin jodoh dia lah nanti yg akan ada dengan aku susah dan senang.

P.s amik kayu sintuk dan limau 7 biji. Masukkan dalam satu baldi. Baca fatihah 3 kali dan selawat 11 kali. Lepastu guna air tu untuk bilasa terakhir. Maksudnya lepas dah habis sabun semua last skali mandi guna air kayu sintok. Mak aku bgtau yg terbaik buat adalah bapak. Sebab sayang bapak bila ikhlas lagi mujarab.

Selaim itu guna kulit ular. Amik kulit ular sapu dekat bapan. Ni bukan bomoh bagi. Doktor pakar forensik yg ajar.

Minyak zaitun dan habbatus sauda kena makn hari2. Dan kerapkan pakai kasturi. Pertama sunnah. Kedua banyam ubat dalam 3 perkara di atas.

Kalau rasa citer ni seronok. Aku ada bhagian 3. Hehehehe

– Orang Kaya Baru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Haaaa…macam nilaa sedap baca OKB..bagus ada improvement daei segi penceritaan ko n ko sendiri..

    Aku nak komen banyak pon tak dapat der, sebab takde adik. Tapi aku tabik spring sebab ko sabar dengan adik and banyak tolong famili.

    Aku doakan si san berubah. Mungkin masa kecik dia ada trauma ape2 me. Insha Allah. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *