Aku mahu berubah. Tolong aku

Assalamualaikum. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku cuma buntu. 20 tahun aku hidup setiap tahun mesti aku gaduh ngan mak aku dan buat mak aku menangis. Aku tahu aku yang bermasalah sekarang ni.

Aku jenis yang tak rapat langsung dengan ayah aku. Cakap pun benda penting je. Nak bergurau jauh sekali. Dengan mak pulak kadang ok kadang tak. Aku kadang cakap kasar dengan mak aku. Aku tak tahu apa yang tak kena dalam diri aku ni. Ya aku tahu aku teruk. Tapi aku tak tahu nak ubah macam mana sikap aku ni. Mak aku selalu cakap dia nak tengok aku macam anak orang lain. Contohnya anak perempuan rapat dengan ibu mereka yang lain macam kawan baik. Kalau mak aku nak cakap something dengan aku mesti aku layan macam nak taknak je tapi tiap kali kawan aku nak cerita something mesti aku layan dan fokus dekat apa yang diorang cakap.

Aku nak berubah tapi aku tak tahu. Aku takut diorang ingat aku ni buang tebiat pulak. Sebab dari kecil aku ni degil dan selalu kena marah dengan mereka tu yang buat aku jadi "awkward" bila besar. Entahlah aku rasa hati aku ni dah buruk. Kalau kawan no 1 aku layan tapi kalau mak ayah macam bukan mak ayah pulak aku layan. Mesti ada saja yang tak kena dalam diri aku ni. Kenapa agaknya jadi macam ni. Aku dah 20 kalau boleh tahun depan aku tak nak ulang benda yang sama iaitu buat mak aku menangis atau dalam kata lain jadi anak yang DERHAKA.

– Kiambang bertaut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

23 Comments

  1. Nak start something new jangan fikir apa orang kata. Macam awak cakap, mak awak mahu awak rapat dgn dia mcm kawan baik.

    Dari tulisan awak, awak yg tolak mak awak at first place which kalau dia nak cerita something awak buat nak taknak.

    She have her effort utk rapatkan hubungan korang but you push her away. To start something new mmg awkward. Try sikit2 dulu insyaAllah it will be improve.

    Dengan kawan boleh why not your mom

  2. Alhamdulillah awak sedar kesalahan tu dan berusaha nak berubah. Allah dah ketuk pintu hati utk awak sedar dan berubah. Allah rindu awak utk menangis padaNya sbnrnya. Utk masalah ni, kita check hubungan kita dengan Allah. Solat kita, khusyuk ke x. Perbaiki hubungan kita dengan Allah pertama. Try berjemaah ngan mak walaupun terpaksa atau menyampah. Doalah pada Allah agar dilembutkan dan diterangkan hati tu. Hati tu boleh diganti baru dengan taubat dan istighfar. Usaha awak yg penting sbb awak yg nak ubah diri awak. No work, no change. Semangat nak berubah sbb awak nak jadi orang yg baru dan lebih baik. Buat kerana Allah. Semoga Allah bimbing kita. Maafkan saya klu x dpt bantu awak sepenuhnya. Waalahualam..

  3. Senang nyer cam ni lah… ko bygkan bila mereka dah takde… memori yg mcm mana ko nak tinggal lam idup ko…. memori hapi atau memori cam sial ( maaf kaso plak) .. hargai ibu bapa yg baik yg ko ada skang… dr aku yg yatim piatu di umo 33 taun….. sekuang masa arwah mak ayah aku ada… masa sakit dorang aku spent kudrat dan masa utk dorang. windunya… al fatihah ( erkk bukan utk mak ayah ko ek… utk ma ngan baba ku huhu)

  4. first,try imagine kalau mak kau dah takde. sempat ke kau nak berubah? second, amalkan konsep diam kalau mak kau marah. Third, start dari skrng lepas kau baca komen aku ni sila pergi peluk mak kau dan cium pipi dia.Kau akan rasa ketenangan dan bahagia yang kau tak pernah rasa selama ni

  5. Einstein cakap kalau buat benda yang sama berulang2 tp berharap result yg berlainan, gila namanya. Dah tahu xberapa xokay, ubah la slow2, sampai jadi okay. Sbb dah tau ape yg tak kena, tp still buat benda tu. Chill, selamat hari raya.

  6. Bole je berubah tp jgn la tlalu cpt.. mgkin org ckp buang tabiat tp bg sya, perubahan yg cpt mcm tu x lma pn.. skjap je.. so, kena berubah pelan2, jgn tunjuk sgt. Klo org bperangai buruk yg kta knal tba2 jd baik, kta sdri pn pelik kn. So, biar perubahan tu perlahan tp kekal. Jgn pkir sgt esok lusa emak ayah tba2 x ada. Yg pntg ada usaha nk berubah. X pyh klam kabut. Nk berubah pelan2 mcm mn? Bt perubahan yg x ketara dr kebiasaan. Cth, ckp bnda pntg je dgn ayah. Sblm ckp bnda pntg tu,pkir nk smpikn bnda pntg tu dgn ayat yg bt ayah balas n adik pn bole smbg balas. X pyh pjg sgt masa mula2. Bt mcm tu stiap kali ckp bnda pntg. Tu cth je ya.. bgantung situasi adik la. Sbnrnya, klo dgn manusia ni terutama org berusia, kena pndai main psikologi. Klo x pndai, bykk bc buku psikologi.

  7. Carilah ilmu dari ceramah2 agama… Bila kita rasa kita derhaka pd orgtua… bermakna kita derhaka dgn Allah juga… Kalau kita ni mengaku kita ni islam, apa pun juga masalah berbaliklah pada agama. Kalau tanya diri kenapa mcm tu.. jawapannya semua manusia ni diberi dugaan hidup, mungkin ini adalah salah satu dugaan yg awk kena tempuh… jangan biarkan hati hitam.. Carilah ceramah agama dari mereka2 yg terkenal tu sperti UKE, Ustaz Ebit Lew, Prof. Muhaya ke… Mudah2an hati dpt dilembutkan dan moga allah titiskan sikit cahaya dalam hati yg boleh membantu terangi hati awak… Mohon pd Allah moga diberi jalan yg baik atasi keadaan tersebut… Percayalah walau 1000 org pun bg nasihat pd awk kat sini.. kami semua x boleh ubah awk.. yg boleh hanya yg ‘berkuasa’ aja iaitu Allah…

  8. Maybe kau patut banyak spend time dengan mak kau. Pahtu start borak. Tak banyak. Sikit pun okay. Dah lama2 nanti kau akan terbiasa.

    Aku ni jenis tak banyak kawan kat rumah. Sebab dari form 1 aku dah masuk. Form 4-5 je duk rumah. Kolej dengan Uni aku duk merantau lagi. Ayah aku dah meninggal , So mak aku la kawan aku . Goodluck ✌

  9. Pham perasaan tu. Lbh kurang cam aku je.

    Mcm aku , rapat dgn mak g mane2 dgn mak. tp aku jenis cepat marah. Salah sikit mule nak melenting. Nak mak dgr ckp aku je. Mcm aku je yg betol. Ckp kasar , xreti lembut2. Kdg2 mak tu smpai nangis sbb perangai aku.

    Bile mak dah xde ni , mnyesal tu jgn ckp. Nk peluk ciom nak mintak maaf xdpt.

    Kdg2 menyesal “nape dulu x layan mak elok2. Allahu

    Nak nangis air mate darah bnde da terlambat pon. Nak mnyesal xgune.

    Ko smpat lg kan nak berubah ? Berubah la. Klo susah , igt bile diorang dah takde nti mcm mne nk mintak maaf. Mase tu mnyesal pon da xgune tau.

    Aku da rase. Jgn jd cam aku

  10. Masa aku kecik dulu, ade makcik ni pernah cakap dgn aku, “kasarnya cakap dgn ibu”.

    But who cares.
    Benda tu nanti pelan2 akan ubah sendiri. Biarlah awkward ke apa, at least kau try. Try je.

    Cuma ade perangai “amik kisah” dgn apa yang jadi kat mak kau. Shopping la sesama, beli baju sama ke tudung sama ke. Tell her apa kau suka and try to know her apa dia suka.

    Kalau mak kau membebel marah ke apa, kau jgn melawan. At least kau still ade mak, kalau mak kau dah takde? Mungkin benda tu paling kau rindu. So kalau mak kau membebel suruh kemas dapur, tutup mulut tapi kemas. Lama2 tak kisah dah.

    Lama lama nanti kau mesti boleh bermanja dgn mak kau duduk baring kat riba dia. Haha.

    I know its hard. Kekadang sebab habit. Kekadang sbb kau memang kasar. But whatever is it. Try okay :)

  11. Owhh biaselah tu, janggal memula, tp ok what ade kesedaran. Cer balik salam nangus2 pastu start la jadi baik. Layan bebaik, tp klo org mengutuk, hati kese sado. Lame2 mesti rasa cool habis.

  12. In shaa Allah boleh ubah. Ni humble suggestions saya.

    First, awak doa untuk diri awak, mak awak, semua orang diberi kekuatan dan kelembutan. Ya Allah, lembutkanlah hatiku..lembutkan hati orang sekeliling aku. Permudahkan urusanku dengannya. Tak salah kalau kita mulakan dengan minta maaf dan pada masa sama kita berusaha jadi anak yang terbaik untuk dia.

    Yang kedua, cuba sabar. Biasalah kena marah-marah. Tapi fikirlah, patut bersyukur kita ada mak lagi. Ada kawan mak dia tak ada dah.

    Ketiga, hargai dan puji. Manusia ni suka dihargai dan dipuji. Kalau dia bercerita, kita layankan je. Mak masak, puji masakan dia .Ada rezeki belanja mak atau hadiahkan dia apa-apa. Tak semestinya mahal. Yang penting ikhlas.Tak pun tolong dia selalu dan lagi best bila kita tumpang sekali dengan hobi atau aktiviti yang dia suka buat. Manusia suka bila ada persamaan chemistry gitu.

    Buatlah slow-slow ok. All the best. Ingatlah syurga kita ada kat mak kita..

  13. berubah aje. jgn kira awkward ke idok. ko. dah tahu punca masalah ko, senang la nak ambil tindakan
    contoh cakap kasar. tindakan.. jgn cakap kasar. ubah jadi ckp slow2
    ambil perhatian kalao mrk berckp dgn engkao. bayangkan kalau ko berckp dgn kwn pastu depa layan x layan dgn ko. sentap tak?.. so.. ubah yg tu..
    mungkin ada keadaan2 lain yg ko xmention sini. so, utk keadaan2 lain tu ko buat confession pd mak ayah ko.. mcm ko buat kat sini. kau ck la.. ko mengaku yg perangai ko buruk. kau nak berubah. mohonibu dan ayah bimbing ko. merendah diri sikit pd mrk. jgn ego. ego tu antara sifat mazmudah yg Allah x suka. ko wajib ubah kalu nak masuk syurga. tau kan nape iblis dinyahkan keluar dr syurga dulu? sbb ego dan berlagak la..

  14. Malukan diri sendiri dan dekati mreka…nnnti mreka lama2 boleh trime…malah mreka lah org yg gembira bila ad anak yg mnghargai dn mnyangi mreka…

  15. awkward atau buang tabiat tu belakang kira. soalan utama dia sekarang, boleh ke ko berubah?

    start hari ni ko kena mulakan “diari marah”. catit setiap kali ko hilang angin dan sakitkan hati orang tua ko. cuba senaraikan trigger2 kemarahan ko. kalau benda kecik atau tak rasional, ko boleh abaikan dengan mudah je bila terjadi lagi di masa depan. sebab ko sendiri yang dah decide benda tu kecik atau tak rasional.

    kalau benda besar, leceh sikit. ada dua pilihan, nak hadap atau nak mengelak. mengelak senang je. ko senyum, tutup mulut, capai kunci kereta, dan lepak mamak setengah jam.

    not ideal, sebab tu aku nak cadangkan ko hadap. gunakan teknik “saya rasa…” atau dalam bahasa pasar dia, semua pihak dalam perbincangan wajib mulakan ayat dengan frasa “saya rasa…”. teknik ni sangat2 berkesan especially dalam perbincangan hangat antara keluarga & juga suami isteri. sebabnya, punca konflik selalunya bukanlah orang tapi perbuatan orang tu. dan semua sedia maklum, perbuatan/tabiat boleh ditukar.

    point ke-3 yang aku nak sampaikan ialah teknik elak baran. bila rasa tak puas hati, sebelum bersuara, ko kena kira perlahan lahan sampai 10. sambil kira, cuba fikir kenapa rasa nak marah. cuba apply teknik “saya rasa” ataupun capai kunci keluar je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *