Orang Berbudi Kita Berbahasa

Assalamua’laikum dan salam ramadhan almubarak.

Syukur kerana Allah bagi kita peluang untuk berada dalam bulan Ramadan tahun ini lagi. Aku cuma nak kongsikan satu kisah tentang Ramadan ni. Kalau kita perasan, masa bulan Ramadan ni, terlalu ramai manusia ambil peluang untuk bersedekah dan berwakaf. Memang ramai dapat manfaatnya. Semoga Allah tambahkan lagi rezeki buat mereka ni semua.

Untuk makluman, surau kawasan aku tinggal ni, hari-hari buat berbuka puasa. Memang dah jadi trend. Aku ni bujang lagi. So, aku ada juga berbuka dekat Surau atas kapasiti anak kariah dan ayah aku juga AJK surau. (Bukan bermaksud aku tak jejak kaki kalau ayah aku bukan AJK). Hahaha.

Ceritanya macamni, ada dalam 7-8 orang student datang berbuka sini. Sebab perumahan kawasan sini memang antara choice budak-budak kolej duduk rumah sewa. Hari-hari student ni datang berbuka kat Surau. Alhamdulillah. Satu benda yang bagus sebenarnya bila student ni jenis nak datang masjid/surau.

Cuma, yang tak berapa nak bagusnya bila aku perhatikan, ada dalam 3-4 budak-budak ni, habis berbuka, hilang kejap pergi berasap. AJK surau memang dah announced, siapa-siapa yang berbuka, ringan-ringankan tulang untuk cuci cawan dengan pinggan. Sebab kat surau ni, AJK banyak dah berumur. Dan yang paling tak cantiknya, aku perhatikan ada budak-budak ni jenis, makan sendiri pun tak bersihkan. Apatah lagi kalau nak tolong clearkan kawasan berbuka tu.

Aku pun bukan hari-hari berbuka surau. Aku pernah jadi student. Aku faham je bila korang fikir, dengan datangnya Ramadan, ni kiranya satu rahmat dan bulan penjimatan untuk korang. Tapi kalau orang boleh provide food, apa salahnya kau tolong apa patut. Bukan aku suruh cuci semua, tolong masak ke apa. At least, masa datang tu, kalau nampak pakcik2 susun sejadah, tolonglah sekali. Nampak macam lepas berbuka tu, ada cawan dengan pinggan yang boleh cuci, tolonglah angkatkan sekali.

And kalau kau memang heavy smoker pun, aku rasa kau hold kot rasa nak merokok tu kat kawasan surau. Nampak tak manis. Aku harap kalau mana2 student baca benda ni, tolonglah ambil sebagai nasihat. Orang berbudi, kita berbahasa. Mana tahu dengan sikap ringan tulang korang tu, Allah datangkan pula rezeki dapat belajar dengan mudah.

And satu sikap lagi yang boleh diperbaiki, kalau rasa nak bungkus bawa balik pun, boleh je, Cuma janganlah tamak. Kau nampak orang sedekah murtabak tu setakat 5 keping untuk moreh, kau dah asing siap2. Uish, macam tak boleh blah. Paling aku kecewa bila dengar ayat, ‘amek je bawak balik, orang2 surau ni minum air je dah cukup. Semua boleh makan kat rumah. Kita ni layaklah nak amek, kita student’

Aku doakan korang semua termasuklah aku supaya lebih belajar menghormati orang tua dan lebih beradab dalam satu2 majlis.

– Shahmi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *