Dari tajuk, boleh tahu yg saya ni dari Sabah. Saya ni tak lah pandai sangat mengarang cerita. Tp saya usahakan juga. Demi pengetahuan anak-anak Malaysia di West Malaysia ni.
Saya ni masih first year lagi di UIA. Ok. Berbalik pada tajuk. Sejak mula2 menjejakkan kaki ke UIA, soalan lazim yg selalu ditanya adalah "awak dari indonesia ye?". Mulalah otak saya berfikir.. "huhu.. muka saya ni ada mcm muka org Indonesia ke".
Well. Saya mula lah explain yg saya ni dari Borneo. Tup tup orang Malaysia tp tak tau apa tu Borneo. Mohon belajar balik geografi atau sejarah -.-
Persoalannya kenapa saya sering ditanya soalan tersebut? Dalam usaha mencari persoalan tersebut, akhirnya saya figure out. Bahasa Melayu Sabah atau loghat orang Sabah ni macam Indonesia.
Untuk pengetahuan brothers and sisters, orang Sabah dahulu tak menggunakan bahasa Melayu. Habis tu pakai bahasa apa? Orang sabah dahulunya (sebelum menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia) menggunakan Bahasa kaum masing-masing.
Di sabah terdapat banyak kaum dan masing-masing mempunyai bahasa ibunda tersendiri. Sebagai contoh, orang Kadazan Dusun menggunakan bahasa Dusun dan orang Bajau menggunakan bahasa Bajau.
Semasa Sabah menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia, orang sabah mana pandai cakap melayu. So dulu dulu persekutuan tanah melayu bila berurusan dengan Sabah kena lah guna bahasa Inggeris. Kalau lihat perjanjian persekutuan Malaysia, selama sepuluh tahun pertama membentuk Malaysia, semua urusan official mesti lah dalam bahasa Inggeris.
Sebab masa tu orang Sabah baru nak belajar bahasa Melayu. So orang sabah ni loghat bahasa melayu nya agak baku. Yea lah kami kan belajar bahasa melayu ikut betul2 sebutan perkataan tu. "Cita-cita" kami sebut "cita-cita" lah, bukan "cite-cite".
Bila da sampai study kat KL ni, terpaksa la tukar loghat. Almaklum la slang Sabahan terlampau pekat. Haha. Sebenarnya, saya tak lah kecil hati sangat bila kena aju soalan kalau dari Indonesia ke tak. Tp saya tak pasti dgn orang Sabah yg lain. But usually orang sabah ni positive thinking. Sebab tu lah Sabah contoh terbaik 1Malaysia. (Ehemm.. puji negeri kesayangan) so, no worries la.
Ps: mai melancong ke sabah. Best ba :D
– Khan
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Hanif Ramlee kamu sabah ke indon ba….Wan Ahmad…
Hehe… Sy suka ade kwn dari setiap negeri. Mostly member dari selangor (negeri sendiri), kl, kelantan, penang, sabah, perak. Negeri2 lain tu ade la dlm sorg dua je. Tp yg best bila dgr dialek masing2 sbb selangor guna bahasa melayu biasa tu kdg mcm pelik juga dgr loghat negeri lain. Hehe. Selalu je “haa ape kau ckp? ”
Masni Mayuddin proud to be who you are..sabahan ba
????
Adawiyah Abdul Wahad
Shalan Salamin dgn Khairul Izwan pon dri sabah.. tp sorg asal ganu, sorg asal sg.petani…
Saya suka loghat sabah. Saya suka pergi sabah. Saya suka sabah ❤️
Jacko Marcello
Jauhnya la tu beza ckp indon dgn ckp sabah.. Slalu jd kalo p smenanjung.. Mst drg tnya dri indon ka? Tb2 speechles ni.. Huhuhu..
kat johor ni dah belambak sabah sampai rasa meluat pun ada kalau datang negeri orang tak buat hal okay la jugak
Individu wat hal..jgn mention2 ngeri bro..ramai dr sn juga yg dtg sabah..x da rs meluat..yg pnting jgn cr mslh. Kecil tapak tgn..nyiru kmi tadahkn..?
dtg kejap ke sabah pn dh best inikan plak stay lama d sabah….sabah mmg 2nd homeeeeeee……
Rhiezan Ijan
Bruneians pulak dtanya ‘dari sabah? dari sarawak? dari indonesia?’
I am a sarawakian but people will usually ask me,
‘u bukan org malaya kan?’
Or even worst,,
“Are you filipino?”
Hahah.. org sarawak putih lawa mcm phil. Tu la tu. Haha
Haha, dieorg konfius la tu. Nk ckp mcm cina, putih tu dh ade tapi raut muka tkde rupa org cina, thats why kot dieorg assume i am a phil.
Btw, for me, sabahan lagi lawa. They are all stunning. Ade sorg my classmate boy sabahan gojes and flawless, klh girls ?.
Em. Ktk mesti melanau right? That’s why org pdh “are you filipino” :D
Aqilah Nur hihi sikdalah.. mak kmk org melayu laut, bapak kmk cina-melayu-iban ?
Mix duhal. Hehehe
Saya suka loghat Sabah. Dan saya pon ada ramai kwn2 dr Sabah. ;)
Iya… Indonesia dgn Sabahan mmg berbeza… huhu bilala mau balik Sabah… rindu ba ne
Siapa2 yg dgr org sabah bercakap mcm org indonesia tu mohon dgr bagus2. Lain baaa bunyinya.
proud to be sabahan ;)
Fatin Endy hahahaahahah
Hahahahaha baru ja discuss tadi.
Niqmah Ab Karim ❤️❤️..
pernah ada org ckp dgn saya “pernah pergi malaysia?” dan paling best bila ada org ckp “negara sandakan.”
Haha.. lawak ko ging..
sa bila mula2 masuk ums, trip2 lg bah mau cakap sabah.. konfiden ni siap ber”dong” lg.. haha.. drpd mau ckp dialek sabah, terus jd indon ni.. sandiknya tu.. huhu..
Apa2 pun, sama2 lah bljr dialek di malaysia.. orang2 kita jgk ni.
just enjoy the moment.
Hahahaha amboi dek, puji negeri nampak. Aku sokong apa yang kau cakap tu. Huhu. Seringkali kawan kawan aku guna dialek indonesia bila berborak dengan aku. Tapi yalah. Aku tak ambik port sangat. Cuma lucu saja. Apa apa pun, aku suka dengar loghat semua negeri yang ada dalam malaysia ni. Nampak harmoni sangat.
best kawan ngn orang sabah ..sabah bahh
Alaaa sis relax laaa,,, aku masa fez masuk uia n nk urus ptptn mdm klass ble tnya aku “ehhh indonesia ble buat ptptn ea??”
Hahahaha,..
#tawauSABAH
sy bc pun bunyi indonesia juga nie..
Al Quarizmi Salim Jgn ckp hakak nda payung!
Mmg pun aku tak nafikan bdk2 smnnjg bila nak try loghat sabah sarawak jadi mcm bunyi indon. Actually bagi certain org dia anggap itu penghinaan tapi certain yg lain paham itu proses pembelajaran sesuatu bahasa.
.
Aku pun half sabahan half johorean lahir kl tinggal smnnjg masuk ipt & plkn kawan dgn sabahan & sarawakian akhirnya dpt jgaklah practice slang borneo walaupun tak pekat.
.
Bukan selalu rentas laut balik sabah sbb tak mampu. Last balik 5 tahun lepas. Rindu tak payah ckp lah. Berkepuk sampai tak terbendung.
.
Satu je nak pesan kat sini
.
Berdasarkan pengalaman aku punyai kwn2 sabah, dorg sensitive bila bertanyakan soal kat sana ada shopping mall apa, roti gardenia kat sini tak ada kat sana and so. Kena pulak bila tertuju soalan kat org yg salah. Habis diingatnya kita ni perli negeri dia. Sedih ko tau? Aku pun sabah jgak kampung kat sabah pedalaman pulak tu nak ke pekan mau 2 jam setengah. Mmg aku faham lah bila ada certain kwn2 aku bertanya soalan sedemikian rupa. Lainlah kalau tinggal di KK.
.
Pembawakan diri kita mencerminkan asal usul kita. Asal usul merangkumi agama, keturunan, negeri dan peribadi.
.
Peace no war
.
Gitu wa ki aa
.
Irranun’s girl.
Orang sabah biasa sopan je :)
Sabah bestt.. sy ddk d kk 1 thn ddk d sandakan 5 thn.. rindu nk p sana balik
Engtah kenapa orang slalu kan nak bemesra akan tnaya negeri mana.ramai teka sy orang sabah or serawak..ada tu ckaap sy orang indonesia.Terasa sangat terus rasa tanak g beli dah kedai tu.Tapi apa malsahnya terasa kan orang ckaap indonesia..Tu mcm refelction la,tak tahu keanpa marah.