Pak Mertuaku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/bapa-mertuaku/).

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku Roronoa Zoro yang bingung dan keliru. Terima kerana sudi baca luahan hati seorang nakama yang kebingungan ini. Penulisan kali ni akan menjawab segala pertanyaan saudara saudari sekalian.

Sebelum PKP hari tu kami telah pergi melihat beberapa rumah untuk disewa secara diam-diam. Ada dua rumah yang kami letak dalam list.

Satu hari tu aku berseorangan nak melihat lagi sekali rumah yang nak disewa, pak mertuaku tengah tengok tv, dia tanya nak kemana, spontan aku jawab, “nak tengok rumah sewa jap”. Serentak itu juga aku mencarut dalam hati sebab terlepas cakap.

Pak mertuaku tanya macam-macam soalan pasal rumah tu. Lastly aku cuma cakap, tengok je ni bukan confirm lagi dan berlalu pergi. Isteriku ada dalam bilik, malas nak ikut. Setelah selesai tengok rumah aku tengok ada text dari isteri bertanya betulkah pak mertuaku dah tahu pasal ni?

Bila aku tanya kenapa, dia tak balas. Aku lega juga sebenarnya bila terkantoi macam ni sebab memudahkan urusan kami di kemudian hari, tak perlu menipu dan berahsia lagi. Sangkaanku tersangat lah meleset tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Hari-hari berikutnya adalah hari paling penuh dengan drama air mata. Tengah seronok tengok tv, pak mertuaku tetiba berbunyi “nanti korang dah pindah, takde orang dah nak tengok tv dengan abah..” padahal adik beradik dia ada je masa tu.

Tengah makan malam borak-borak, tetiba pak mertuaku berbunyi, “nanti korang dah pindah tak penuh la meja ni macam sekarang..” terus aku cepatkan suap nasi bagi habis.

Ada sehari tu kami berdua nak keluar lepas makan malam, sekali lagi terdengar, “lepas ni tak keluar rumah dah la abah yer..” Mesti korang tengah berlinangan air mata kan?

Berkenaan rumah sewa tu, tuan rumah telah menyewakan kepada orang lain kerana orang tu terus membayar deposit selepas tengok. Salah kami juga sebab lama sangat ambil masa.

Oh ya, drama air mata ni berlarutan sepanjang PKP ya saudara saudari. Sehingga lah satu masa aku menjawab,

“Abah, rumah sewa tu tak sampai 20km pun, bukan jauh sangat. Ayah saya tu tinggal bertiga je dengan adik bongsu sebab adik beradik yang lain pindah berlainan negeri. Anak anak abah semua ada di bandar yang sama. Kira ok la tu abah”. Kali ni nada aku agak tegas.

Jawapan aku tu sebenarnya memburukkan lagi keadaan di mana dia merajuk dengan aku. Mungkin sebab aku tak terkesan dengan drama air mata tu kot. Dia masih tak tahu rumah kami nak sewa tu dah diambil orang, kami pun tak bagitahu sesiapa.

Cuma buat masa ni, gaji aku masih dipotong disebabkan PKP, duit simpanan pun semakin susut, InsyaAllah, kami akan pindah setelah keadaan kembali stabil. Hubungan dengan pak mertuaku seprti biasa cuma tak berborak panjang dah. Tak tahu lah benda ni baik ke buruk untuk aku.

Sepanjang PKP, kami hanya order runner untuk beli barang dapur, malas nak keluar. Setiap kali tu lah dia cakap, “kalau dapat keluar pun best juga ni”.

Aku cuma jawab baik tolong ekonomi diorang, tak mahal mana pun bayar. Sehingga lah PKP dilonggarkan sikit bagi membolehkan suami isteri membeli barang.

Malam tu isteri tanya mak mertua, nak beli barang apa. Pak mertuaku berhenti menyuap dan bertanya nak beli kat mana, pukul berapa, beli apa, semua lah. Kali ni isteriku tak ajak pun dia sebab nak pergi dengan aku.

Keesokkan pagi nya, isteriku keluar bilik dan tengok pak mertuaku tengok tv dan dah bersiap. Dia tanya “Nak pergi pukul berapa ni?”. Isteriku pula bingung.

“Kitorang pergi berdua je ayah, mana boleh bertiga”. Mak mertua dan adik beradik pun cakap dia tak perlu pergi sebab bahaya sekiranya terdedah.

Dia tetap bertegas nak pergi dengan alasan tunggu dalam kereta je, bukan keluar pun. Mereka pun tetap bising, paling ketara isteriku telah menarik muka. Masing-masing dah malas, so dia pun ikut kami.

Dalam kereta aku pun cakap,”ni kalau roadblock macam mana?” macam biasa dia akan buat lawak solo “takpe, kalau dia tanya lebih-lebih abah cukur kening dia”. Hanyalah bunyi cengkerik kedengaran.

Mimpi ngeri kami bermula apabila ada roadblock, aku intai tengok muka dia tak keruan. Isteriku dengan ganasnya buat lawak solo “abah dah ada pencukur ke tu?”. Sekali lagi cengkerik berbunyi.

Long story short, kami kena patah balik dan hantar dia semula ke rumah. Sejam berlalu begitu sahaja. Sepanjang perjalanan pulang tu lah mimpi ngeri kami sebab isteriku membebel ke pak mertuaku. Memang ngeri saudara saudari.

Sampai di rumah sebelum keluar kereta pak mertuaku cakap, “maaflah dah menyusahkan korang, lepas ni ayah dah tak susahkan dah..” Namun, isteriku masih membebel kerana perlu beratur panjang untuk membeli barang sebab dah lambat.

Kenapa kami nak pergi juga dan tak guna runner? Sebabnya dalam perjalanan tu ada kawasan perumahan yang kami nak sewa, so kami nak tengok sendiri sama ada kawasan tu ok atau tak.

Akhirnya isteriku ditenangkan dengan Double cheese burger dan Mcflurry oreo dan kami tengok kawasan perumahan tu agak memuaskan.

Isteriku dah minta maaf kat pak mertuaku. Malam tu memang isteriku plan nak masak tomyam, siakap dan sotong tepung persis di restoran seafood.

Terima kasih kepada encik youtube dan encik google kerana membantu isteri dan mak mertua merealisasikan plan tersebut. Biarpun pak mertuaku nampak seperti biasa, aku tahu dia terkesan dengan apa yang berlaku pada hari tu.

Sehingga hari aku menulis ni, jarang sangat dia nak ikut kami. Namun, sekali sekala aku pancing dia untuk pergi ke kedai yang jauh tu dan dia ikut. Aku merasakan keadaan normal tapi perasaan masih bercampur baur.

Macam-macam persoalan timbul, dan isteriku pun sampai sekarang rasa bersalah sebab menggunakan sepenuh kekuatan untuk membebel tempoh hari. Mungkin sepatutnya dia hanya menggunakan separuh sahaja.

Aku rasa cukuplah sampai sini. permintaan aku jangan lah saudara saudari salahkan sesiapa dalam cerita ni.

Ada yang tanya kenapa aku tak ceritakan pasal famili belah aku, Sebabnya tajuk luahan adalah pak mertuaku, so aku fokus kepada dia jela. Famili aku bukan jenis keluar rumah sangat. Suka duduk rumah tanam pokok bela ayam bagai

. Cuma isteriku selalu minta aku selamatkan dia kalau mak aku dah start buka cerita sebabnya bila dia dah buka cerita 3 kali subuh pun belum tentu habis. Ayah aku pendiam, dengan aku pun jarang bercakap tapi isteriku selamba je dia paksa orang tua tu berborak.

Terima kasih kerana sudi baca. Aku tiada niat memburukkan sesiapa dalam cerita ni. Cuma ingin meluah sahaja. Aku suka nasihat TTT (tell the truth) tu terima kasih. Mungkin kelemahan aku adalah sentiasa serba salah.

Sebagai suami aku ada kuasa veto tapi aku selalu jadikan itu sebagai pilihan terakhir bukan pilihan pertama. Sama macam Roronoa Zoro yang akan gunakan hikmat Santoryu (3 pedang) bila tiada pilihan lain. Sekian…

– Roronoa Zoro (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *