Aku bukan nak kata apa. Tapi aku tak faham kenapa masih wujud golongan yang melekehkan pakaian yang menutup aurat dengan cara mengaitkan pakaian tu with attitude.
Contohla kan weh,
1. Hm tudung labuh tapi pakwe bersepah. Kapel bagai. Takleh pakai betul harap muslimah je. Baju longgar konon.
2. Amboi purdah bagai. Padahal dia la yang rajin mengumpat. Aku dah kata pakai purdah ni tak guna gak.
3. Tiap hari pakai jubah kopiah pergi masjid. Eleh kau tengok japgi konfem gayut ngan awek. Golongan budak masjid kopiah hipokrit.
Well tu just a few contoh.
Excuse me bro n sis. Aku tak faham apa relation nya baju pakaian dengan perilaku dia so why nak kait?
Takde siapa maksum weh.
Dan. Takde siapa jugak kata bila pakai baju extra besar ke labuh ke tanda iman meningkat.
Aku tak pernah dengar macamni:
Dahla tudung pendek. Naik kereta berdua bagai.
Tapi aku pernah dengar macam ni:
Dahla tudung labuh. Naik kereta berdua bagai.
Okay mungkin kau rasa taraf orang extra labuh etc, lebih alim dari kau, tapi apa kaitan nya bro sis semua? Kau tahu ke?
Kau tahu ke apa struggle dia untuk cuba menjaga aurat? Senang cerita la. Semua orang buat dosa weh. Tapi diorang ni esp yang tudung labuh la cuba menjaga satu iaitu aurat. Aku tak kata tudung tak labuh tak jaga aurat k.
Konsep dia sebenar dah salah. Istilah tu. Patut nya tudung yang menutup dada. Kau nak pendek mana ke labuh ke lantai ke, asal tutup dada. Baru aku panggil tudung. Kalau yg lain tu namanya tudung saji, tudung periuk etc. Tudung tu benda yang dipakai mesti tak nampak dah lekuk2 dada kau tu sis.
Bab dia ada pakwe ke bab dia sentiasa bersepah pengotor ke dia rajin mengumpat ke atau kentut dia busuk ke, seriously takde kaitan dengan baju dia atau pakaian dia.
Stop judging. Sebab bila kau judge sorang, pandangan kau terhadap yang lain contoh yg purdah jugak mungkin serong. Takde kaitan weh takde. Kalau kau susah, mungkin hati kau berpenyakit.
Dahla. Lebih baik kita sama2 doakan kasi dia berubah, tak kisah la tudung camna purdah ke tak kopiah ke songkok tu, tak buat benda yang kau jelik tu.
Takde siapa sempurna weh. Sekurang-kurangnya mereka mencuba. Tsk tsk.
– Bro gebugebas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Truth has been spoken. Gjob bro. Tu la mentaliti orang kita sesetengah la. Judge by appearance
Bro? Ingatkan sis
Menghukum secara zahir sahaja… manusia xterlepas dri kesilapan… mudahan2 sy dan mereka d beri taufik dan hidayah..
Pakaian mmg belum tentu boleh dijadikn ukuran keimanan TAPI dari pakaian lah dapat menunjukan imej dan keperibadian seseorang. Tidak perlu persoal ttg persepsi org , tepuk dada tanya selera yg yg membawa imej itu sendiri. Jika ada seorang penebar roti yg x pakai baju sambil menebar roti, adakah masyarakat hanya perlu biarkan sambil berfikiran “xpe x pakai baju, beliau penebar roti yg berwibawa”. Sama la juga bila kita bawa imej bersih , keperibadian kitapun perlu seiring, jgn la Pakai imej sekian2 sbb dh biasa @ selesa semata2. Jgn cari salah sgt kat masyarakat, low kan ego, sbb diri kita sendiri ni belum tentu2 betul sgt pun.
Tak boleh camtu bro, at least bila seorang perempuan dah bertudung labuh dia dah selesai menunaikan satu kewajipan walaupun akhlak dia belum betul terjaga. Takkan nak tunggu dia betul2 baik n solehah baru nak bertudung labuh. Berubah bukan boleh sekaligus sebab tu pengharaman arak pun bukan sejurus selepas islam dikenalkan. Bukan cari salah kat masyarakat tapi memang salah pun judging by appearance
Jgn salah faham dgn comment sy, sy tidak trniat pun ajak org bersedia dulu baru leh pakai yg sewajarnya, kalau ada pemikiran begini, mmg semakin ramai org keluarkan statement “sy belum sedia menutup aurat” menutup aurat kan Perkara wajib , mengapa perlu tunggu brsedia? maaf jika ada yg tersinggung dgn tulisan sy, Yang baik datang dari Allah , yg buruk dtg dr diri sy sendiri.
Semua orang tau menutup aurat tu wajib. Tapi sebab apa diorang tak bersedia? Sebab panas? Rimas? Tak. Sebab cemuhan masyarakat. Harap bertudung labuh tapi perangai cam minah rempit etc etc. Sebabtu mentaliti kena ubah. Memang betul diorang berubah kerana Allah so jangan dengar cemuhan masyarakat, tapi nilai sendiri sampai tahap tu dah ke iman mereka. Bersyukur sebab kita dah dididik dari kecil. Sejak belum berdosa tapi diorang mungkin tak. Jadi bagi saya tak salah kalau mereka dah berpakaian menutup aurat tetapi akhlak mereka tak seiring asalkan mereka berusaha ke arah tu. Untuk komen saudara yang pakaian menunjukkan imej dan keperibadian seseorang maaf saya tak setuju. Sangat. Senang sangat untuk saudara ditipu kalau begitu
Maaf menjampuk..sy sokong pndangn NKey Nikon….
Amal Hilmi..Ye benar pengharaman arak terus dlksanakn sjurus islam dperknalkn malah berperingkat2..
Islam tidak melarang berhias malah bia mematuhi syariat..
Maaf berkata bukan sebab kite nk jugde mereka yg berpakian elok tp cube kite renug..Ape pndngan masyarkat bile seorang wanita berniqab berdua-duan dengan lelaki bukan mahram..
Xsalah org yg menilai tetapi org yg dinilai itu salah kerana menimbulkan fitnah pade mate masyarakat..
Ye alim n taraf iman bukan bape pakaian tp pakaian melambagkan keperibadian..
Bukan nk kate kite boleh jugde org sesuka hati tp menilai kerana luarannya baek n aggapan kite juga akan berkata ”msty orngnye baek”..
Mgkin awk tidak pernah berada dalam situasi sedemikian..
Wanita berniqab berdua-duan dgn lelaki bukan mahram…
Sangatlah dipandang serong..
Maaf sekali lagi..
Orang akan menilai kite berdasarkn attitude kite..
Sama juga seperti org menilai pekerjaan kite berdasarkan kelulusan kite..
Assalamualaikum..terima kasih
#xterus
Saya rasa islam sangat menganjurkan bersangka baik. Bila kita nampak wanita berpurdah berduaan dengan seorang llelaki kenapa perlu untuk kita fikir yang buruk sedangkan kita boleh berfikir itu adalah suami dia. Mentaliti kita, penilaian oleh kita. Maka perbaiki diri kita. This thing have to be done by both side. Yang menilai dan yang dinilai. Maaf tapi saya still tak setuju dengan pakaian melambangkan keperibadian. Mungkin awak tak pernah berada dalam kelompok mereka yang hipokrit. Maka celikkan lah mata moga kita terpelihara. Jangan mudah menilai dan percaya
#maafbukannakgaduhjustpendapat
win win .. terbaik
Yg confess ni mcm perempuan je. Lol
Encik Hamizan
Btol. Kita xtau. Mungkin y tudung labuh tu baru mula nak berubah dan istiqamah dan maybe otw nk mintak putus dengan pakwe die. Atau sedang nk ajak pakwe tu skali berubah ke. Kita xtau struggle seseorg tu sbb kita tak dok dlm kasut die. Drpd bercakap bnda y sia2, baik kita doa kat die biar kekal istiqamah dlm perubahan die. Dok mengata kat dia pon, dia jugak y dapat pahala.
Confuse beta dgn post nii….
Sy teringat perkongsian Ustaz hariyanto kat radio .. kalau nk tegur , tegurlah bab yg salah tu . Jgn dicondemn yg dah betul tu sama. Wallahu alam.
kuatlah mg ngomen hahahahaha
Well . Hahahaha. Femes kei …
Kau tak pernah dengar? lol pls. Wake up lah bro. Orang lain rilek je kena judge sampai kental hati sebab pakaian. Hak alah
bukan nak cakap ape,,tapi once dah bertudung labuh ,dia akan ada perasaan malu,bersalah ,gelisah apabila buat benda salah ,,dan saya doakan org yg dikategorikan tudung labuh,berpurdah,berkopiah, ni dia mudah nak kembali ke jalan yg asal sbb Allah tak akan mudah lupakan org yg pernah berhijrah ke arah jalan-Nya dan kepada org yg tak pernah merasai pengalaman ni ,,meh try berhijrah dan rasai sendiri bagaimana perasaanya
Tak setuju. Kalau dh start pakai pakaian longgar, tudg labuh. Mest ade rasa malu nk avoid perkara2 yg bawa kepada fitnah. Betul, iman tu tk boleh judge berdasarkn pakaian. Tp dr pakaian tu lah buat sseorg ade rasa ‘malu’.
Ya sayang. Tapi tutup aurat wajib bukan bila dah pakai tudung labuh tu confirm kita dah tak buat semua tu. Iman ni kan naik dan turun. Uneasy. Bila awak sorang dah pakai tudung labuh but your friend are not and awak terpaksa jaga hati diaorg utk follow things yg bawa keburukkan atas sbb nak jaga hati kalau tak depa pulaukan awak. Uneasy sayang. Ada beza wajib tutup aurat dengan attitude. Islam is perfect but muslim are not. Pakai tudung labuh just the way untuk tutup aurat, but buat dosa all muslim doing it because we are unperfect. Not even a day kita tak lepas pun buat benda alah. Kadang2 kita tak sedar. Memang akan tiba masa, eh aku pakai tudung labuh tak boleh buat tu, tak boleh buat ni. No lah, tak boleh buat tu sbb benda tu haram. So either you tutup aurat or not you tak boleh buat benda tu sebb haram. Same goes to the tudung labuh. Tudung pendek bukan tiket buat dosa dan tudung labuh bukan tiket kita dah janji ahli syurga. Is all about taqwa yg Allah ukur nanti. Okay sayang? We should open dicussion on this. Haha
Super agreed!