Pakaian sempurna

Hai.

Aku bukan nak kata apa. Tapi aku tak faham kenapa masih wujud golongan yang melekehkan pakaian yang menutup aurat dengan cara mengaitkan pakaian tu with attitude.

Contohla kan weh,

1. Hm tudung labuh tapi pakwe bersepah. Kapel bagai. Takleh pakai betul harap muslimah je. Baju longgar konon.

2. Amboi purdah bagai. Padahal dia la yang rajin mengumpat. Aku dah kata pakai purdah ni tak guna gak.

3. Tiap hari pakai jubah kopiah pergi masjid. Eleh kau tengok japgi konfem gayut ngan awek. Golongan budak masjid kopiah hipokrit.

Well tu just a few contoh.

Excuse me bro n sis. Aku tak faham apa relation nya baju pakaian dengan perilaku dia so why nak kait?

Takde siapa maksum weh.

Dan. Takde siapa jugak kata bila pakai baju extra besar ke labuh ke tanda iman meningkat.

Aku tak pernah dengar macamni:

Dahla tudung pendek. Naik kereta berdua bagai.

Tapi aku pernah dengar macam ni:

Dahla tudung labuh. Naik kereta berdua bagai.

Okay mungkin kau rasa taraf orang extra labuh etc, lebih alim dari kau, tapi apa kaitan nya bro sis semua? Kau tahu ke?

Kau tahu ke apa struggle dia untuk cuba menjaga aurat? Senang cerita la. Semua orang buat dosa weh. Tapi diorang ni esp yang tudung labuh la cuba menjaga satu iaitu aurat. Aku tak kata tudung tak labuh tak jaga aurat k.

Konsep dia sebenar dah salah. Istilah tu. Patut nya tudung yang menutup dada. Kau nak pendek mana ke labuh ke lantai ke, asal tutup dada. Baru aku panggil tudung. Kalau yg lain tu namanya tudung saji, tudung periuk etc. Tudung tu benda yang dipakai mesti tak nampak dah lekuk2 dada kau tu sis.

Bab dia ada pakwe ke bab dia sentiasa bersepah pengotor ke dia rajin mengumpat ke atau kentut dia busuk ke, seriously takde kaitan dengan baju dia atau pakaian dia.

Stop judging. Sebab bila kau judge sorang, pandangan kau terhadap yang lain contoh yg purdah jugak mungkin serong. Takde kaitan weh takde. Kalau kau susah, mungkin hati kau berpenyakit.

Dahla. Lebih baik kita sama2 doakan kasi dia berubah, tak kisah la tudung camna purdah ke tak kopiah ke songkok tu, tak buat benda yang kau jelik tu. Kau pun bukan suci sangat sibuk menilai orang. Aku pun. Hm.

Takde siapa sempurna weh. Sekurang-kurangnya mereka mencuba. Tsk tsk.

– Bro

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

31 Comments

  1. PHD setiap manusia mmg akan ade… Yg pntg trus kan istiqomah..dan doa kan mereka akan diberi hidayah oleh Allah… Kita xmampu nk buat semua org suka kita.. Biar kita buat Allah je suka kita.. Trus kan istiqomah.. Doa doa doa dan trus berdoa… Allah bersama org yg sabar

  2. Attire dan attitude. 2 kriteria yang berbeza dalam penilaian.

    Attire. Antara manusia dengan Tuhan.
    Attitude. Antara manusia sesama manusia.

    Kalau pakai sexy sekalipun tapi attitude baik. Respect dia dari perspective attitude.

    Kalau pakai baik dan sopan tapi attitude kurang.
    Respect dia dari segi attire dia.

  3. Macam ni je lah,,,xpayah duk kutuk2…Pakai je lah mana2 yang korang suka sebab macam2 mana pon tuhan je yang boleh nilai ko…klu xske org kutuk ko, xyahlah kutuk org laen….you whine bila orang kutuk2 attire xselari dengan attitude habis tu sesuka hati hati je kutuk org free hair kenapa pulak…

    • Mmg btul kata ustazah tu…tp mengaitkan perangai dgn pakaian juga salah…. Apatah lagi bila cemuhan itu mmbuatkan org lain pandang serong pada agama… Apapun jgn smpai agama dilihat buruk dek kerana segelintir mereka yg tak pandai mnjaga adab…wallahhualam…

    • Ye.. saya setuju.. dan seelok-eloknya, pakaian yang baik itu harus disusuli dengan keperibadian yang baik agar dapat mengambarkan agama yang baik.. mengelak fitnah dan sebagainya… semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri kita.

  4. Pelacur bagi minum anjing pun boleh masuk syurga, lagi nak dilayan fikiran kolot gini…nak dilayan, kita ni sampai akhirnya lah tak boleh nak buat baik untuk dapat keredhaan Allah

  5. Hmmm. Mcm ni la. Doktor pakai white coat, atau stethoscope, atau baju OT, baru nampak mcm doktor kan. Sama la dgn orang yg beragama. Yes penampilan bukan EVERYTHING. But appearance and character are not mutually exclusive, kan? Nak gi interview utk cari kerja pun kena pakai smart-smart. If you want to show you are a good Muslim, it doesn’t work if you defend yourself by saying “don’t judge me cuz you can’t see my heart”. Who would want to believe you if even your appearance doesn’t show who you are? So, vice versa, yang berpakaian alim tu character dia kena la setaraf dgn pakaian. Yes we shouldn’t judge a book by it’s cover. But if you’re a dictionary, your cover shouldn’t look like a food magazine, right?

  6. Senang cerita, bawa imej muslimah seiring dengan pakaian . Contoh bekas sekolah agama. Seriously, kau nak buat apa pun buat lah tapi kena ingat jaga imej sebagai sekolah agama. That’s all.

  7. Kesimpulannya, pakai la pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan jagalah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Abes citer. Sekian.

  8. Dik, akak pernah je dengar org ckp “dhla pakai tudung pastu berdua duaan dalam kete” and it works for both women baik yg tudung pendek or tudung labuh org kalau tudung pendek pun still ada yg mengata kalau diorg buat silap. Tp tkdela diorg ckp “dhla tundung pendek pastu berdua duaan dalam kete”, INSTEAD org akan ckp “dhla pakai tdung pstu berdua duaan.” Faham tak dik? Lol

  9. Hai.

    Gaya kau cakap macam wujud manusia yang perfect. Jangan menghukum orang terlalu banyak bro. Jangan kita expect semua orang membesar dengan didikan agama yang secukupnya macam kita. Setiap keluarga kebanyakkannya berbeza cara didikan semasa membesar. Doakanlah manusia macam ni diberikan hidayah dan berilah bimbingan dan nasihat instead of kecaman.

  10. Assalamualaikum.
    One thing we have to understand is,
    Allah bagi taufiq,hidayah pada hamba-hambaNya dengan cara yg berbeza, ikut kesesuaian seseorang tu.
    Ada orang diberi kekuatan untuk bermula dari luar.
    Ada orang diberi kekuatan untuk bermula dari dalam.

    Sebab tu ada keluar statement,
    eleh dia tu tudung je labuh tapi hati tak baik (contohnya),
    tapi kita lupa sebenarnya orang tersebut Allah uji dengan masalah hati instead of aurat.

    Sebab tu kita pernah dgr jugak,
    “Dia tak pakai tudung tapi baik hati”.
    Sebenarnya kita sering terlepas pandang bahawa Allah bg dia kelebihan untuk cari Allah melalui hati tersebut,
    tetapi dia diuji dengan masalah belum mampu tutup aurat dengan sempurna.

    Allahua’lam.
    Teruskan usaha menjadi hamba yang lebih baik. Mula lah slow2, even dengan sekecil-kecil amal sekalipun.

    Last but not least, amar ma’ruf nahi munkar.

  11. Dahlah issue ni berlapis2 zaman tk selesai. Anda rasa terbaik utk anda, nk pakai, teruskan je. Bila dh pkai tk perlu jdi penghukum org yg tk pkai tudung. Sebb tu putaran tu akan sampai balik pd diri. Klu berniat pkai kerana Allah diam shj, niat anda & tuhan yg tahu. Kita menghukum lebat2, lepas tu keluar statement mcm ni. Dh tentulah you judge others & they judge you back, kecuali dia seorang pemaaf. Anda mengulangi putaran yg sama. Kdg org tk berbogel & pakai baju kurung pun nak judge. Mcm tkde dosa sudut lain. Menghukum tk menjdikan kita malaikat..

    Klu cerita bab aurat ni masing2 pemahaman lain2, mksud bukan selapis je. Dh lah belajar hisab dosa sendiri dah, aman diri anda sendiri. Keluar statement mcm2 buat gaduh je. Pergi buat kajian & ambil faham apa haq sendiri terhadap org lain & apa haq org lain yg kita boleh tegur bicara..✌

  12. Pernah terdengar istilah pakaian taqwa. Sikit taqwa kita, sikitlah menutup aurat, banyak taqwa kita penuhlah kita menutup aurat. Berpakaianlah mengikut ukuran takwa jika taknak terjadi fitnah kpd org lain dan juga diri sendiri.

  13. Kau yg tulis ni pun sama je lah. Mmg betul dh kau pakai purdah bagai mesti org syak kuat agama! Ntah pape.. dh berpurdah tu buat elok2 perangai ni tergedik2.. bajet2 suci aku tgk.. anti betul lah

  14. Baru td ckp dgn husbnd pasal niqabis yg isu mcm2 skrg ni..ckp -ve la kn..sekali husbnd ckp ‘sekurg2nya dia dh lepas dh dosa menutup aurat(muka bkn aurat tp aku phm maksud suami aku)..yg lain tu Allah lebih mengetahui’…hahaha..pdn muka aku..terdiam la aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *