Assalam & Hi Admin ..
Saya nak kongsi pengalaman saya tentang urusan perkahwinan bila ada pihak lain yg masuk campur. Pada saya, kisah ni biarlah jadi pengajaran pada bakal pengantin utk rahsiakan segala urusan kahwin supaya suasana nk berbincang dan segala perjalanan tu jd smooth & selesa bagi kedua2 belah pihak..
Ibu bapa saya baru je lepas berbincang hal kahwin (tetap tarikh & hantaran) dgn pihak lelaki kebetulan pulak jatuh pada hari raya dan mmg sanak saudara dtg beraya takkan lah kita nk tolak tetamu dtg beraya pulak kan? Tapi rasanya pakcik makcik tak perlulah menyibuk masuk campur dalam conversation tu walaupun lebih tua usia daripada kedua ibubapa bakal pengantin ni.. Nak tunjuk pandai & konon banyak pengalaman tu tak perlu lah rasanya , cukup sekadar ibu bapa kedua2 bakal pengantin dan bakal pengantin. Pakcik makcik tu cukup sekadar mendengar sbb nya bukan pakcik makcik yang membesarkan unless kalau pakcik makcik ni yg membesarkan tu lain lah cerita kan?
Bila parents perempuan dok berborak urusan kahwin dgn parents lelaki , dia pun sibuk nak masuk conversation yg selepas tu akan create satu situation jd tak selesa dan huru hara utk berbincang, senang cerita bingit la masa tu.. Yg parents lelaki ni tak tahu nk dgr mana satu.. Bila bercerita pasal hantaran pulak pakcik makcik yg tak reti nk menyabar n terus letak harga , chill laa relax laa .. Yg parents belah perempuan mesti nk dgr jgak berapa belah lelaki mampu , ye lah yg si lelaki ni jgak yg akan jaga anak dara mereka ini tidak , bila parents belah perempuan tgh nego dia pulak yg sibuk terus matikan harga hantaran .. Tak ke awkward masa tu? Parents perempuan pun nk cakap apa? Dh adik beradik mereka takkan nk halau pulak dok jauh2 dpn bakal besan.. Bkn propa tapi kita ni nk jaga adab so faham2 sendiri la kan?
Kita ni kahwin nk memudahkan bukan nk membebankan.. Ini pakcik makcik sibuk terus letak harga tinggi , takkan la pihak lelaki nk mintak kurang lagi. Dorang pun mestilah nk stand for their pride.. Itulah gunanye berbincang n dgr dua2 pihak.. Yg pakcik makcik ni tak perlulah menyibuk hal anak org lain.. Tggu la anak hang kahwin nnt , hang nk letak berapa ka , nak cincin berapa ka , sekali mas kahwin ka , masjid mana ka , buat kat mana ka hang punya pasal la..
So pendapat saya, seeloknya berbincang ke apa ke biarlah kita2 je tak perlulah nak ada semua kaum kerabat bukan apa tapi bagi mengelakkan pendapat bercanggah.. Biasalah pakcik makcik ni ada segelintir ni suka nk menambah gula garam sbb bukan anak depa kan?
Kalau perlu, elakkan musim perayaan nk bincang dkat rumah tu haha sbbkan kita tak tahu tiba2 tetamu mai dtg beraya.. Buatkan benda mudah jadi huru hara bila pihak yg ntah dari mana tak tahu apa2 masuk campur dan buatkan conversation tu jadi tak puas bercakap nk utarakan kehendak masing2..
Tapi alhamdulillah ibu bapa saya pun faham dan bagi nak elakkan rasa terguris hati pakcik saya dan rasa tidak puas hati masa berbincang tentang hantaran tadi , ayah saya sempat jugak bisik pada tunang saya , kalau ada apa2 masalah dgn hantaran ke apa ke bagitahu saja , apa saja pihak perempuan terima..
So kesimpulan nye, PAKCIK MAKCIK NI MEMBANTU ATAU MEMBEBANKAN URUSAN PERKAHWINAN? Hehehe
P/S : If you wanna share this , I’ll be glad and thank you so much for your time on reading this
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit