Parents Sekarang Manjakan Sangat Anak

Tajuk tu aku tulis padam tulis padam sebab taktau nak buh apa.

By the way,zaman dah berubah rupenye.

Dulu2 masa 1st day sekolah memang akan ade budak2 menangis taknak pergi sekolah.kesian sampai mak ayah atuk nenek kena tunggu luar kelas,budaknye tak bagi balik sampai peluk2 kaki..ehh bukan aku tau.

Zaman sekarang memang dibenarkan ke macam mana tah makan waktu rehat bersama parents.bagus lah.tapi baca yg kisah budak2 takde parents,tempat duduk kena rampas ng parents lain,kesian plak. Korang ade baca tak artikel tu?

Ingat lagi aku 1st day tadika,perghh excited nak mampus.(tabika kemas je kat dalam kampung – sekarang tabika tu dah dirobohkan pun buat kebun). Seingat aku,tak pakai baju baru pon.pakai baju legasi kakak2 aku rasanya..tapi excited macam dapat baju benang emas bertatah berlian poh kong gitu..Aku excited nak belajar,jumpa kawan baru, main waktu rehat.masa rehat makan ramai2,baca doa sama2. Main plastisin.main lego (kot),colouring,etc…ehh aku boleh ingat aktiviti aku masa tadika..tapi seriously memang best.pukul 11 pagi kot habis tadika,arwah atuk yg ambik.Aku tadika time 6 tahun je. Budak skrg 3,4 tahun tak pandai baca,parents dah menggelupur dah risau anak slow learner ke dyslexic ke,google sana sini..relax parents, memang zaman laaa orang bersaing,anak sape cepat baca apa semua tuu.bangga kot anak 3tahun dah pandai baca.tapi kalau anda parents yg bijak,anda boleh refer milestone normal untuk perkembangan kanak2.mula kenal abjad umur berapa dan sebagainya..jangan pressure dia umur 3 tahun macam dah grad dari bachelors degree pharmacology haaa amekkaw. Aku umo 7 tahun baru boleh baca lancar,still upsr aku bukan lah 5E..ade jugak 5A sbb masa tu belum 6 subjek lagi..at the age of 23,aku manage utk grad degree jugak.being jobless macam graduan lain,dan akhirnya skrg alhamdulillah stable sket lepas 3 tahun keje.

Take time.jangan kelam kabut.anak lambat baca menggelupur..kenapa anak ketagih gajet,behaviour takde manners tak teringin nak betulkan? Seriously banyak budak hyperactive sekarang, manners kelaut.tak tau nak cakap,kadang2 rasa nak marah je ehh dah kenapa. Bagi makan manis2,minum air gas,ikut cakap dia,beli apa dia nak – and still asking,kenapa anak jadi hyperactive,tak dgr cakap kite…..hmmmm..kalau rasa anak teruk sangat dah,aku suggest hantar terapis buat behaviour modification.

Tak semua parents,tapi most of parents sekarang. Gajet,gajet,gajet. Boleh main gajet,tapi untuk kanak2,it’s not the time yet.
Tanya korang yg parents ni,korang dapat smartphone / boleh pakai phone umo berapa?
Tu lah umo yg sesuai nak bagi anak2 fon sebenanya.tapi kalau kata korang sendiri pun dapat fon awal,pandai bercouple2 pada masa tu..jgn tanya lah anak korang zaman skrg advancenya macam mana kan…triple advance.kau form 3 pandai couple ng bdk satu form, anak kau form 3 dapat bf umo 25 sebab main wechat. Tak doakan but it could be a reality nowadays.itu bagi kes yg ade couple2 laaa.hahahaha…so kau ingat balik ttg diri kau,kau rasa anak kau akan lagi behave ke dgn segala teknologi yg ada skrg?

Aku annoying kot tengok budak2 ralik main gajet. Korang ade ke macam aku? Ke aku je yg ‘mencemburui’ mereka.hahahaha whatever i just hate that…macam zombie tahuuu..bawak g kedai makan utk family dinner,ramai2 main gajet. Tanya nak makan apa semua tak jawab..bisu terus..rugi bawak g kedai.

Apa..anak cakap dia ketinggalan update keje umah dalam group whatsapp? Ya betul,tapi kebanyakannya bullshit. Keje umah diberi masa kat sekolah la derr,suruh la dia fokus masa cikgu bagi keje umah.jangan harap group wassap je.kalau leka sangat,korang call kan je kawan2 dorang.dlm group whatsapp tu bgosip bskandal semedang.korang sendiri pun tau macam mana kan..sihat ke x sihat group2 cmni.

Ehh melalut2 dah.nanti bila2 aku dah fokus benda yg aku nak tulis aku sambung lah..ke kalau korang tak redha,aku tak sambung. Daa~

– Orang Gembira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit