Part Time Tuisyen

Aku ni saje nak share, sebab stress tak tahu nak cerita kat sape.
Aku sekarang ni sambung master, dan biasalah masalah kewangan kan. So, aku nak la kerja part time.
Yang aku boleh buat, cumalah mengajar. Minat + masih boleh fokus kat research.
Aku ada laa terima mengajar home tuisyen fizik, dan aku suka sangat students aku tu.

Lama sebelum tu, aku ada cakap kat bakal mak mertua aku yang aku nak part time jadi cikgu tuisyen, aku boleh ngajar fizik n add math/math. Kebetulan pulak, beberapa bulan lepas tu, anak angkat bakal mak mertua aku ni bukak pusat tuisyen, dan mak mertua aku ni jadi partner. Dia mintak aku ngajar kat sana.
Masalahnya sekarang, aku ni tak suka bekerja dengan orang yang ada kaitan dengan aku. Family ke, sedara mara ke, sebab nanti masalah kat tempat kerja akan jadi buah mulut dan bawak benda tu dalam life aku. Aku tak suka campur aduk kerja dan keluarga.

Lama jugak la aku dok elak sana,elak sini supaya aku tak kena terima kerja kat situ. Problemnya, kakak tu baru bukak pusat tuisyen dan kekurangan guru. Nak tak nak, 4 bulan lepas dia bukak, baru aku jadi cikgu kat situ. Ok, sekarang ni masalah aku, yang pertama aku dah cakap tadi, aku tak suka kerja dengan person related dengan life aku.

Kedua, aku dah ajar fizik home tuisyen. Dekat pusat tuisyen ni pulak aku kena ajar 4 jenis kelas, add math dalam BM n BI, math dalam BM n BI, dua-dua form 4. Oleh kerana aku baru nk start ngajar, aku kena study balik semua subjek yang aku nak ngajar. Fizik, Add math, Math, semua aku kena study balik. Sekarang, aku macam tak banyak masa sangat dengan research aku.

Ketiga, pusat tuisyen tu jauh, mak aih dari rumah akuuuuuuu…. Kalau naik kereta, lebih setengah jam jugak sampai. Kelas malam, tunang aku hantar, naik kereta sebab aku tak reti drive. Kelas siang, aku naik moto oo pergi sana tetengah panas, dalam 40 minit jugak laa. Bayangkan berapa jauh aku kena gi sana. Dalam gps dia tunjuk dalam 20 minit jer. *sigh*

Keempat, kakak tu punya pengurusan, kelaut oiiiii. Ok, kelas aku yang pertama, kakak tu inform aku kelas add math in BI. Aku dah prepare ni nak ajar add math. Bila sampai kelas, student cakap kelas hari ni kelas math, sebab dia deal dengan cikgu sebelum ni, selang-selang kelas math dengan add math. So, hari tu aku terpaksa ajar add math kat budak tu yang tak prepare pun.
Esoknya kelas math BM 2 jam. Yang sebenarnya, kelas ni sepatutnya sejam math BM, sejam add math BM. Kakak tu tak bagitahu, aku ngajar je lah 2 jam math. Minggu depannya, untuk kelas ni, sebelum aku masuk kelas, baru dia bagitahu sejam math, sejam add math. Padahal bahan aku prepare untuk math jer. Nasib laa, aku dah tahu perangai akak tu, memang aku bawak dua-dua buku math dan add math. 10.30-11.30,kelas math. 11.30-12.30 kelas add math.
Ada student-1 datang pukul 10.30 untuk kelas add math,datang awal, masuk je laa kelas tu sampai dua jam. Student-2 datang 10.30 untuk kelas math. Ok laa, aku pun ngajar laa math dulu, sampai nak dekat pukul 11.30, tetiba ada student-3 datang, kata dia datang untuk kelas math. Aku cakap laa kelas math pukul 10.30, dia bagitahu aku balik kata cikgu A(kakak tu) kata kelas math pukul 11.30. Aku macam, berasap kepala. Aku kena ajar student-1 add math ni.
Kesiankan budak tu datang, tak pe laa aku suruh student-3 tu duduk dan aku ajar sorang-sorang. Student-3,math, student-1 add math. Tak ke gila?

Keempat, payment memang ke laut dalam la. Aku ajar relief bulan satu, dia bagi cek, mana aku boleh cash kan lagi. sebab kata kakak tu duit dalam akaun tak cukup. Cek bulan dua, tak dapat lagi. Dah laa cek dia back dated. Memang aku tak merasa lagi laa titik peluh aku kat pusat tuisyen tu. Oleh sebab aku ni ada kaitan dengan partner kakak tu, dia boleh pergi cerita pasal pengurusan kat aku. Duit masuk, gaji cikgu. Baru aku tahu, oleh sebab aku ni 'kenalan' dia, gaji aku perjam adalah 1/3 dari gaji cikgu kat situ. Tak ke rasa terkilan?
Cuti sekolah, kata tak ada kelas. Tup2, nak buat kelas plak untuk budak asrama. Lepas tu macam paksa aku pulak join. Ish..

Setiap kali nak pergi sana, memang aku berat hati. Aku doa-doa kelas cancel ke, apa ke. Tapi, time mengajar, aku akan cuba ikhlaskan hati aku ngajar bebudak tu. Bukan salah budak-budak tu pun. Diorang datang nak ilmu.
Aku berkira-kira nak berhenti. Tapi bila aku berhenti, aku takde income pulak. Lagipun apa bakal mak mertua aku cakap nanti. Aku ada jugak bagi hint kat kakak tu kata, Lecturer research aku tak bagi aku part time, sebab nak bagi aku jadi RA. Kakak tu punya freak out, meseg aku pukul 12 tgh malam, mintak tolong aku jangan berhenti. Tapi, kalau aku dapat biasiswa, cam2 mane pun aku akan berhenti juak. Cuma, macammana nak cakap tu, aku tak tahu.

– kks

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *