Patah Seribu

Salam semua. Nama saya Ana, umur awal 30an, masih bujang, kerja di lembah kelang dalam bidang professional.

5 tahun lepas saya kenal seseorang, AH umur 5 tahun tua dari saya. Kenal masa masing masing out station ke daerah yang sama.

AH orangnya biasa biasa, tapi ada manisnya. Jumpa kali pertama kami tukar nombor telefon masing masing tapi selepas itu tiada apa apa.

5 bulan kemudian saya jumpa lagi dia semasa outstation entah kenapa hati saya terpaut sungguh pada dia.

Selepas itulah hubungan kami makin rapat, chat di whatsapp, jumpa selepas waktu pejabat. Saya andaikan sebab dia begitu berani approach saya, memang bujang la orangnya.

Selama dalam hubungan dia memang tak nampak macam orang dah kahwin. 24 jam di ofis.. Balik pun pukul 10 malam ke atas. Weekend pun masuk ofis, jika tak dating dengan saya, dia akan balik kampung jumpa parents dia.

AH cinta pertama saya. Dari sekolah sampai university sampai awal2 tahun berkerja saya tak pernah bercinta. Dia lah lelaki pertama yang buat saya kenal apa itu cinta. Kali pertama bercinta ni angaunya lain macam.

Hari2 nak kena jumpa, dah jumpa saya boleh tenung muka 24 jam sampai dia naik malu, balik dating nak balik rumah saya akan sedih sampai menangis sebab kena berpisah kan padahal besoknya jumpa lagi. Memang angau betul saya dengan AH.

Hubungan kami memang baik dalam setahun tu. Masuk tahun ke 2, saya dan AH masih baik cuma dia dah mula tak mau jumpa selalu.

Kalau dulu hari2 tahun ke 2 seminggu 3x sahaja AH bagi syarat, saya kebetulan waktu tu sibuk dengan kerja iya kan saja.

Perasaan saya, masih angau rindu dendam tapi boleh terima la tak jumpa selalu tu.

Suatu hari AH text nak jumpa urgently katanya. Jumpa di ofis dan dia akhirnya maklumkan dia sebenarnya dalam proses berpisah dengan isterinya.

Saya? Punyala terkejut pucat muka toreh tak berdarah agaknya. Saya menangis semahunya. Dia pujuk tapi agaknya sebab terlalu sayang saya tetap terima dia.

Perancangan dia, memang nak proceed cerai sebab dah lebih 2 tahun dia dan isteri macam orang asing dalam rumah. Raya pun balik kampung masing2. Tidur pun bilik asing. Saya iyakan saja ceritanya.

Selepas itu entah kenapa saya buat perangai. Bila tahu AH tu suami orang saya jadi paranoid dan anxious.

Malam saja saya risau. AH ni balik rumah entah entah wife dia goda dia untuk buat hubungan.. Nanti dah mula kan hubungan intim balik tak jadi cerai. Habis tu saya macam mana.

Setiap malam fikir sampai kalau AH malam tak reply text saya, saya akan nagging dia dalam text whtsapp. Panjang berjela text saya marahkan AH macam macam.

Mula mula AH layankan. Lama lama agaknya dia bosan dia mula jauh kan diri dari saya. Satu hari dia text minta putus. Dia tak sanggup layan royanan saya dan minta saya jangan ganggu dia lagi.

Dapat text macam tu terus saya keluar ofis pergi ke pejabat dia. Saya text kalau tak turun dari ofis saya akan buat scenes mana dia nak.

Dia akhirnya turun dengan muka benci nya dan maklumkan keputusan dia muktamad. Dia pening dengan perangai budak budak saya yang suka text benda bukan bukan pada dia.

Saya maklumkan, macam mana saya tak macam orang gila, dah la dapat tahu dia laki orang, walaupun dalam proses nak berpisah tapi masih sebumbung.. dia cinta pertama saya dan saya sayang dia lebih dari nyawa sendiri. Saya terlalu sayangkan dia. Terlalu sayang.

Tapi dengan angkuhnya AH jawab. Dia tak sayang saya, perasaan dia sudah hilang sebab perangai saya yang mengada ngada dan keterlaluan.

AH maklumkan wife dia pun tak macam tu. Saya pujuk rayu dia.. Minta maaf tak akan buat lagi tapi AH tetap tak mahu. Saya tanya kenapa? nak baik semula ke dengan wife.

Dia maklumkan jangan cuba nak sibuk dengan life dia dengan wife. Saya menangis semahunya, hati saya hancur retak seribu Tak pernah saya sedih kecewa.

Saya salahkan diri 100% saya semahunya sebab kalau saya tak nagging AH, serabutkan AH dengan text2 saya.. perangai ke budak budakkan, AH masih sayangkan saya.

Setiap hari selepas AH putuskan hubungan, setiap hari saya call whtsapp, pujuk rayu AH terima saya, maklumkan saya akan berubah macam yang dia nakkan, tapi AH dah tetap dengan keputusan dia. 5 bulan saya cuba tapi tetap tak dilayan AH.

Ada jumpa banyak kali AH di tempat yang kami kena attend atas urusan kerja tapi AH mengelak, dari riak muka dia, nampak sangat bencinya dia pada saya.

Sejak AH tamatkan hubungan hari hari saya nangis, pagi petang siang malam, tak dapat tidur dan akhirnya saya kena depression yang sangat teruk.

Saya duduk rumah dengan bestfriend saya. Ada ketika bestfriend saya maklumkan dia dengar saya bercakap sorang sorang as if saya bercakap dengan AH. Lepas bercakap saya akan menangis semahunya.

Pada ketika itu saya dah tak sedar apa, terlalu consumed dengan perasaan sedih tu saya macam dalam dunia khayalan yang mana AH masih sayang pada saya,

Dunia khayalan saya itula saya pergi dating dengan AH, saya temankan AH buat kerja. Borak borak hal macam macam, memang macam AH ada depan saya, saya nampak dia dan dengar suara dia.. itula agaknya yang didengar bestfriend saya..

Bestfriend saya yang memang tahu kisah saya dengan AH.. akhirnya intervene, dia dan tunangnya pecah masuk bilik, nampak saya dah macam kain buruk dan bawa keluar.

Sebelum tu sahabat saya lap badan saya tukarkan baju kemaskan bilik. Dia menangis lihat saya macam tu dan ayat yang keluar dari mulut saya, Ti aku rindu sayang AH, kenapa dia buat aku macam ni kat aku.

Sahabat saya cuma maklumkan, sudahla, AH tu lelaki jahat kalau baik dia tak buat kau macam ni.

Bestfriend saya panggil kawan kawan saya yang lain datang rumah kemudiannya untuk bagi semangat. Salah seorang fixed appointment untuk jumpa psychiatrist swasta.

Saya attend appointment dengan psychiatrist tu tapi agaknya method dia tak sesuai dengan saya.. tak jadi apapun, saya tak habiskan rawatan.

Waktu kerja saya memang consumed dengan kerja tapi lelahnya bila fikirkan waktu malam dan weekend sebab saya akan ada dalam dunia yang mana AH akan ada dalam dunia khayalan saya.

Penat dan sakitnya rindu sayang patah hati pada orang yang tak sudi dengan kita. Akhirnya saya makan ubat tidur. Setiap hari saya ambil kalau weekend hampir 24jam saya tidur.

Jangan tanya mana saya dapat pil tidur, pernah saya memang sengaja makan lebih dengan harapan mati terus, tapi saya tetap bangun, kecewa nya saya waktu tu sebab saya dah tak sanggup hidup sedih menangis hari2 teringatkan AH.

Waktu dan ketika tu solat saya memang entah kemana sebab itula agaknya makin gila saya jadinya. Moga ALLAH ampunkan saya yang sangat hina ini.

Keluarga dan rakan pejabat semua tak tahu apa jadi sebab bila depan mereka saya happy go lucky dan senyum 24 jam.

Lama lama saya takut saya makin gila saya tanya sahabat saya tau tak apa apa rawatan alternatif untuk rawat jiwa saya. Saya penat hari2 24 jam menangis. Dia bawa saya ke pusat perubatan islam di bangi dan saya dapat rawatan.

Hari pertama selepas rawatan saya masih menangis, tapi petang nya saya seolah olah lupa langsung pada AH, ingat, tapi macam tak ada perasaan.

Beberapa minggu kemudian terserempak dengan AH di luar saya dah tak sedih rindu teringin jumpa dia. Betul betul tak ada perasaan nampak dia tapi hati saya kosong.

Few months after, dapat berita AH akhirnya memang bercerai dengan wife dia dan dia dah ada pun pengganti, orang yang maklumkan, ke hulu kehilir AH bersama dengan buah hati barunya tu.

Masa dengar berita tu hati saya cuma kosong. Sedih tapi bukan sedihkan AH, sedihkan diri saya yang macam orang gila rindu dan dambakan kasih sayang dia.

Sekarang dah 2 tahun benda ni berlalu dan saya masih ada trauma dengan kesedihan melampau tu.

Saya sedar apa yang saya hadapi ni biasa2, mungkin ada orang cakap tempah penyakit bercinta dengan suami orang. Tapi itula ujian saya.

Sampai sekarang trauma dengan perasaan sedih tu masih ada, time datang perasaan tu, saya tak dapat nak lelap mata asal nak tutup mata, terimbau sedih sayunya saya waktu ditinggalkan AH.

Sahabat saya maklumkan saya jadi macam tu sebab tak dapat closure. Saya menulis di confessions ni sebab saya triggered balik dengan trauma ditinggalkan AH minggu ni.

Saya tak mahukan dia tapi perasaan hopeless, sedih sebak kecewa tak ada semangat tu muncul semula. Sesak dada saya bila perasaan tu datang semula. Malam susah tidur dan saya letih bila pagi untuk keluar kerja.

Sahabat saya maklumkan sebab saya tak confront trauma saya tu, buat rawatan untuk lupakan AH bukan secara amali dapat lupakan dia.

Entahlah…

Harap pembaca IIUM Confessions dapat berikan kata kata semangat pada saya. Macam mana nak dapatkan closure..

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *