Patutkah Aku Teruskan

Assalamualikum WBT. Pertama sekali terima kasih kepada admin IIUM Confession jika confession saya ini disiarkan.

Saya merupakan pelajar tahun satu dalam program pra-persediaan universiti yang mungkin kurang dikenali ramai dan mungkin ada sesetengah dari para pembaca agak familiar dengan pra persediaan ini.. pra-persediaan yang saya maksudkan itu ialah IB (International Baccalaureate)

Alhamdullilah, saya juga merupakan lepasan SPM 2018 dan dengan izin Allah saya berpeluang untuk mendapat keputusan SPM yang cemerlang walaupun kadang-kadang saya rasa, saya tak layak untuk mendapat keputusan tersebut kerana ramai lagi kawan-kawan saya yang lebih layak dari saya untuk mendapat keputusan yang cemerlang seperti itu.

Bila saya renung balik mungkin, ia adalah satu hadiah dari Allah dan berkat doa Umi, Abah dan Atok walaupun terpaksa melayani pelbagai kerenah saya sepanjang 2 tahun sebelum SPM. Semasa berada di ting 1 hingga 5 saya selalu sangat berangan untuk belajar di luar negara.

Biasalah matlamat typical pelajar-pelajar sekolah sudah semestinya hendak lanjutkan pelajaran hingga Menara gading di tanah air orang. Tambahan lagi, saya tidak pernah pun ke luar negara. Rata-rata sahabat-sahabat saya pernah ke luar negara sama ada pergi buat umrah atau bercuti di negara-negara eropah.

Saya datang dari keluarga yang sedarhana dan untuk pergi bercuti di luar negara itu agak mustahil bagi kami. Maklumlah, pergi ke negeri orang bukannya murah.. nak pergi dari satu negeri ke satu negeri dalam Malaysia pun boleh mencecah ratusan ringgit.

Jadi, angan-angan untuk keluar negara itu saya simpan sampai sekarang dan mungkin satu hari nanti kalua Allah izinkan saya sambung belajar ke luar negara, Inshallah saya akan bawa umi dan abah pergi ke luar negara.. aminn

Nak dijadikan cerita, selepas sahaja saya dapat result SPM, saya mula apply biasiswa-biasiswa yang ditawarkan kepada lepasan SPM yang cemerlang seperti MARA, PETRONAS dan JPA..

Dan dalam banyak-banyak biasiswa yang saya mohon, alhamdulillah saya dapat tawaran MARA. Dan peluang untuk saya ke luar negara itu sedikit cerah tetapi dalam tak sedar banyak lagi liku-liku kehidupan yang bakal saya hadapi dalam mencapai impian ini..

Tapi, selepas 3 minggu lebih dalam kolej MARA ini, saya mula ragu-ragu dengan keputusan yang saya buat ini.. dan saya mula tertanya-tanya pada diri saya.. kenapa nak belajar luar negara sebenarnya? Adakah hanya kerana nak jalan2 dan naik kapal terbang? Upload gambar kat overseas and share dengan kawan2? Kalau hanya nak jalan-jalan, tak perlu pun belajar di luar negara.

Ditakdirkan Satu hari, selepas tamat kuiz matematik, saya dapat mesej dari seorang guru saya dan beliau nak berjumpa dengan saya dan katanya dia risau.. rupa-rupanya, saya dapat lowest mark dalam quiz itu dan memang tak dapat dinafikan memang sangat rendah tak sampai 3 % pun..

Dan disaat itu saya mula dilanda perasaan risau, gelisah, sedih dan ragu-ragu.. Rata-rata kawan saya dapat markah tinggi dan di saat itu, saya mula rasa terasing dari rakan-rakan yang lain dan rasa diri sangat-sangat rendah berbanding rakan-rakan yang lain..

“Ya Allah, apa nak jadi dengan diri aku, boleh ke aku nak survive dalam IB yang serba sibuk ni”

Saat itu, saya mula hilang keyakinan diri dan patutkah saya teruskan impian untuk belajar di luar negara itu atau hanya berhenti di situ.. Kalau teruskan, saya takut saya tak mampu untuk hadapi dan survive the hectic life of an IB student dan jika saya berhenti, Abah dan Ummi mesti sedih dan kecewa..

Apa yang patut saya buat, perlukah saya teruskan atau berhenti perjuangan ini?

– nrrrmz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *