Pelaburan di Usia Muda

Assalamualaikum semua, mula mula sekali nak ucap terima kasih kat admin sebb siarkan post saya ni. Nak cakap pasal pelaburan di usia muda. Saya rasa mesti ramai yang tengah struggle nak kumpul duit sekrang ni.. Ye lah utk jaminan untuk masa akan datang. Itu saya sgt suka bila tengok time time ni ramai kengkwan yang bekerja dan mula melabur. Tengok trend zaman skang mmg ramai yang dah x acah-acah hipster sgt, dah jarang tengok orang post gamba melancong, makin ramai yang post cara utk beli rumah, cara utk melabur. Ya, itu perkembngn yg sgt bgus. Melabur ni ade byk macam, tanah, unit trust dan lelain…

Melabur? Bukan sikit duit yang nak pakai, orang kata makin tinggi risiko, makin banyak pulangan dan makin tinggi gak kos ruginya. Tengok pada jenis pelaburannya lah jugak.

Kat sini, saya betul betul nak nasihat kat kengkwan supaya berhati-hati semasa melabur. Jangan mudah percaya dengan cakap orang. Tanya yang ahli dalam pengethuan tu dan TOLONGLAH fikir berkali-kali dan berkali-kali. Terutama yang baru dapat keje dengan government. Yup, saya tahu kalaupun jenis pelaburan tu tipu, still boleh potong gaji bulan-bulan. Jangan, jangan fikir macam tu, kita tak tahu bila mana kita perlu sgt pakai duit tu.

Jangan melabur sejumlah wang yang banyak terus. Pelbagaikan. Kalau pun, yang kita try satu tak jadi, sekurang-kurangnya ada back up. Jangan hidup sentiasa nak berhutang kecuali hutang tu hutang yang positif yang boleh bawak pulangan nanti. Contoh, mcm hartanah..beli kebun atau beli rumah..buat sublet ke, homestay ke..itu jelas.. org pun cari.. Yang merisaukan macam pinjam sejumlah wang dri bank utk buat pelaburan..pastu, kene bayar bulan-bulan..

Seterusnya, tanyalah pada pihak yang betul. Cth, klu kita nak tahu halal ke hram makanan, tanya JaKIM..macam tu jugaklah ngan urusan pelaburan ni..Tolonglah, jangan dengar orang yang sembang kencang. ‘ Aku dengar…aku dengar..’. Nanti pulangannya sekian…sekian…Orang tu dah dpt byak profit…bla..bla..

Saya harap, yang dah mula melabur tu, melaburlah pada tempat yang betul. Yang tanggung rugi tu nanti kita, bukan yang mengajak. Tanyalah mak abah. Biasa mak abah ni nalurinya kuat, dyorg tahu mana betul mana tipu. Kita da besar panjang, pun dah berpendidikan, banyakkan lah berfikir, banyak melihat..pandang biar jauh sikit. Banyakkan tanya pada orang. Tapi bukan pada orang-orang yang dlam skim tu..tye byk pihak..Dan sye percaya, x de jalan mudah nak senang.

Sekian, terima kasih sebb baca…

– sis xy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit