Akak bukanlah pelajar uia. Akak dah kerja dah pun. Tapi akak tak kahwin lagi. Dalam kata lain, orang panggil andartu.
Waktu muda-muda dulu, dalam awal 20-an 30-an, bohonglah kalau akak tak dihantui cemburu melihat sahabat-sahabat lain menamatkan zaman bujang.
Akak ni, mungkin tak berapa manis dipandang, tiada seorang pun datang melamar.
Sedih. Cemburu. Menangis. Terkadang akak sengaja taknak pergi ke kenduri kahwin sebab cemburu yang amat, dan penat nak jawab soalan orang, "kau bila lagi?".
Akak pun sibukkan diri akak. Akak sambung belajar, dan alhamdulillah berjaya jadi pakar sakit puan.
Disebabkan antara 3 amalan yang berkekalan walau selepas meninggal dunia ialah ilmu bermanfaat, akak jadi pensyarah klinikal. Akak didik anak-anak murid akak seperti anak sendiri.
Pesakit pula akak rawat dengan sepenuh hati.
Alhamdulillah. Di sini akak ketemu kebahagiaan.
Akak wakafkan diri akak sebagai pakar sakit puan, sebagai guru.
Hujung minggu, akak belajar bahasa arab dan pergi ke kelas-kelas agama.
Cuti panjang pula, akak pergi melancong. Hehe. Doktor pakar pun ada cuti tau. Dan dengan usia akak yang mencecah 42 ni, dah lebih 30 negara akak jelajahi. Kadang-kadang akak bawa mak ayah, kadang-kadang akak pergi ngan kawan-kawan, dan ada juga akak pergi seorang diri tapi mengikut travel agent.
Di sini akak ketemu kebahagiaan. Di sini akak ketemu pelangi.
Siapa taknak kahwin. Tapi akak memang ditakdirkan tak berjodoh.
Tapi Allah bagi akak kebahagiaan dalam bentuk yang lain :-)
– Akak