Pelik dan Aneh

Hi semua. Aku just nak share cerita dan pandangan aku.

Aku ada sesorang kawan, aku namakan dia Nunu. Nunu ni baik, berfikiran normal, mempunyai mak yang baik, dapat pendidikan formal dan agama yang baik.

Tapi aku perasan dia ni suka ada boifren dari sekolah lagi. Bukan banyak boifren dalam satu masa tapi sepanjang persekolahan sampai universiti memang sentiasa ada boifren. Aku ok je sebab tu hal personal dia.

Fast forward, dia introduce boifren dia yang latest kat aku. Aku macam dalam hati “ya Allah, ini ke boifren ko”. Susah nak explain tapi aku rasa something. Aku cuma cakap dalam hati, semoga tak kahwin.

Fast forward lagi, mereka berdua kawen. Masa ni aku ada ralat sikit sebab tak nasihatkan Nunu contohnya ko betul ke nak kawen dengan dia sebab dia tu bla bla.

Tapi, aku diam sebab aku tahu perempuan ni kalau dah suka, buat la apa pun mmg nak juga. Mak nunu pun dah macam tak ok, dah nasihatkan pasal bf Nunu ni tapi si Nunu ni nak jugak, so kahwin la mereka.

Before kawen tu, dia cakap la yang bf dia dah berubah, dah rajin mengaji, dia dah ajar solat. Macam preparation nak jadi ketua keluarga yang baik.

Aku pun macam yada yada yada. Aku macam boleh baca perangai lelaki ni sebab dalam keluarga aku, aku je perempuan. Jadi, taktical lelaki ni, boleh bacalah.

Bf Nunu ni aku bagi nama Isyak je la. Si Isyak ni, tahu yang mak Nunu ni alim, jadi nak ambil hati kena la jadi alim alim. (Macam serkap jarang je kan) tapi entah la, aku rasa macamtu. *jujur sikit*

Fast forward lagi, mereka ni kawen dapat anak lambat macam 5 6 tahun lepas kawen. Lepastu nunu surrendered ASB dia. Aku macam apa benda ni siak? Ko dah 5 6 tahun kawen, takde saving ke untuk kelahiran anak.

Highlight this : Nunu ni tak kerja pun selepas kawen sebab Isyak ni tak bagi dia kerja sebab Isyak cemburu buta.

Cemburu yang nak jejak kaki dekat tempat letak kereta pun tak boleh. Siap grill kena kunci dari dalam dan kadang2 kena spot check kalau2 ada ada lelaki masuk rumah.

Haa… macam gitu la bayangan si Isyak ni. Kerja kerja keluar rumah ni memang tak boleh, nanti bergaduh la Isyak ni dengan kawan sekerja lelaki Nunu.

Bagi mengelakan gaduh, tak kerja la si Nunu ni. Masalah duit dan barangan makanan memang selalu la terputus tapi Nunu ni redha je.

Part ni aku tak paham, bersungguh betul si Nunu susah senang dengan suami dia. Susah yang dicari -cari. Dia cakap suami dia bagus, baik tapi entah la, ini kira baik ke?

Aku ok kalau nunu ni tak nak kerja sebab pilihan dia tapi dipakse duduk rumah dan buang masa depan dalam rumah je. Even masatu tak ada anak. Nunu ni ada degree, kalau nak dapat kerja 2k tu, lepaslah.

Si Isyak ni macam suka menuduh2 apa yang Nunu ni tak buat. Nanti tibe tibe dia cakap kat Nunu “saja la tu nak berlagak alim, konon2 pakai tudung.” “ ko memang gatalkan suke kat laki, laki pandang ko”. Macamtu la tuduhan dia.

Lepas 15 tahun kawen, si Isyak ni sakit jadi tak boleh kerja. Dahhhhh si Nunu kena kerja nak menanggung keluarga. Kerja di rumah, tetap tak boleh keluar.

Sekarang ni, Nunu jadi pencari nafkah untuk keluarga. Baru-baru ni, aku bersembang la dengan Nunu, dia cakap pasal suami dia, aku ni tak judge.

Dia cakap sebagai isteri kena patuh suami. Aku macam waduh waduh dong, kok gini. Cuba kalau Isyak bagi Nunu kerja dari awal kawen, aku mungkin tak marah.

Macam alahai, hidup Nunu ni macam disusah susahkan je untuk Isyak, kemudian Nunu ni redha. Atau memang aturan perkahwinan begitu. Aku rasa mungkin dia dah comfort zone hidup dengan cara macamtu.

Aku ada baca childhood trauma, suami narcissistic, isteri yang pasif, ada demand supply, mungkin nunu dengan Isyak macamtu.

Sebenarnya, bagi aku, masa bercinta tu dah boleh nampak perasan Isyak ni tapi memang Nunu buat buat tak nampak. Ada huge red flag tapi nak juga. 15 tahun bertahan dengan keadaan macamtu.

Sia sia je, tapi mungkin ada syurrga untuk Nunu. Mungkin. Mungkin aku tak patut sibuk hal orang. Aku rasa macam tak patutnya kongkong orang macamtu. Berkorban berpada-pada, jangan sampai terkorban.

Semoga harap anak muda yang nak kawen, selidik la dulu. Tgk mental pasangan tu, normal ke tak, panas baran ke tak, pemikiran jenis macamne. Kalau dah kawen susah nak undo balik.

Banyak lagi perangai si Isyak tu, aku malas nak ingat2 lagi. Kawan aku dari hidup sederhana, serba lengkap tapi jadi susah sebab hidup dengan orang yang fikiran tak sekufu dengan Nunu.

Sekian..

– Santhia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *