Dilema An4k

Assalamualaikum semua. Aku menulis disini cuma untuk minta pendapat pembaca semua.

Aku baru berumur awal 20an dan masih mencari kerja yang bersesuaian dengan diri. Aku dah bekerja dalam bidang fnb dah nak dekat dua tahun.

Gaji bolehlah dalam range RM2300- RM2500 camtu termasuk ot. Kerja fnb ni faham-faham jelah selalu tak cukup staf dan kerja overload.

Aku sebenarnya sejenis agak introvert dan tak suka bergaul dengan orang. Tapi aku enjoy je dengan kerja aku walaupun stress dengan perangai workmate,

Tapi itu normal mana-mana tempat pon macamtu, atleast sedikit sebanyak boleh improve komunikasi aku dengan manusia. Tapi ayah mak aku tak suka dengan kerja aku dan suruh aku mencari kerja lain.

Result spm aku bolehlah tahan perform. Aku ni anak kedua dari 3 adik beradik dan merupakan perempuan sulung. Selepas spm mak aku paksa suruh try ipg tapi dalam pada masa yang sama aku ada isi upu jugak.

Aku dapat sambung belajar dalam bidang perniagaan di uitm. Lepas dah masuk sebulan macamtu dapat panggilan dari ipg pula untuk ujian kecergasan.

Yang ipg tu semua mak dan makcik aku yang uruskan bukan aku sebab aku tak pernah terpikir nak mohon cikgu. Tapi ujian tu aku tak lepas.

Tapi masa aku sem ketiga mak dengan makcik aku mohon ipg lagi sekali tanpa pengetahuan aku. So faham-faham jela aku tak de buat apa2 persiapan pon aku dah boleh jangka memang tak lepas la.

Jadi mak aku pon marah la dengan aku dalam kereta sebab ujian kecergasan pon tak lepas. Aku apa lagi menangis senyap2 sebab kecewa dengan mak aku. Aku ni memang jenis cepat terasa hati cengeng.

Aku tak rapat dengan mak bapak aku. Boleh dikatakan kwt rumah aku hanya duduk dalam bilik je keluar bila nak masak mandi makan kemas rumah je. Cakap sebulan sekali pon susah.

Mak bapak aku pon hubungan diorang pon tak baik, pernah bercerai tapi tula tak tau nk kata apa. Aku ni takut tau dengan bapak aku. Dia tersangat la garang.

Pernah kena bantai dengan rantai pagar hanya sebab gagal subjek matematik je. Sampai sekarang aku tak suka matematik.

Hubungan mak bapak aku pon tak macam mak bapak yang lain yang selalu bergurau senda dari aku kecik sampai aku besar smpai sekarang sama je sangat dingin.

Bapak aku dulu selalu mengamuk kat rumah even benda remeh. Dulu aku pernah nampak bapak aku buang lauk yang mak aku masak kat lantai maybe sebab tak menepati citarasa dia atau bosan kot.

Mak aku kat rumah busy la jugak buat kuih dengan jahit langsir nak cari duit lebih. Bapak aku pulak lepas balik kerja tidur je yang dia tau. Sampai sekarang masing2 macam stranger je kat rumah ni.

Berbalik pada crita tadi lepas mak aku dah hantar aku balik kampus aku tak balik rumah sebab terasa hati dengan mak aku.

Aku balik pon bila cuti sem. Lepas beberapa tahun aku pon tamat belajar. Tapi time tu pkp so aku duduk rumah tak cari kerja lagi sebab takut kes tengah meningkat time tu.

Lps pkp aku cari kerja dan kerja fnb tu kerja first aku lepas graduate sampai sekarang masih bertahan.

Bila mak aku tau gaji aku, mak aku suruh cari kerja lain macam kilang sebab anak kawan dia kerja gaji 3k termasuk ot so banyak la dari gaji aku sekarang.

Mak aku memang dari dulu selalu bandingkan aku dengan anak orang lain letak la result sebagus mane pon kalau result anak kawan dia lagi tinggi pon tak guna jugak result aku tu.

Sijil upkk yang tak penting tu pon mak aku selalu mengungkit kalau jumpa result lagi bagus dri aku walaupun bende tu dah berlalu bertahun.

Aku tak yah cakap la memang geram sangat dengan perangai mak aku ni. So sekarang ni aku tak tau nak pilih apa sebenarnya dalam hidup aku ni, takda arah tuju yang jelas sebenarnya. Nak ikut cakap mak sendri ke atau ikut kata hati.

Kalau ikut kata hati aku, aku still nak bekerja dalam bidang fnb dalam masa yang sama buat bisnes makanan kecil-kecilan kat tiktok sebagai side income sebab aku minat berniaga dan dri zaman aku belajar aku dah pernah menjual.

Tapi mak aku tak pernah nak trust diri aku bila aku kata aku nak buat bisnes. Kalau ikut cakap mak aku dia mesti punya suruh aku cari kerja kerajaan orang tua faham-faham jela. Yela ada pencen kan lepastu boleh cuti raya pulak tu.

Tapi aku tak minat kerja pejabat sebab duduk je badan tak bergerak dan kerja yang melibatkan kira-kira nombor ni aku memang tak boleh buat.

So sekarang ni aku sangat buntu nak ikut diri sendri ke atau ikut cakap orang lain sebab takkan selamanya nak ikut bawah telunjuk orang lain tapi at the same time takut perancangan diri sendri tak menjadi.

Tapi aku rasa kerja mana-mana pon sama je swasta atau kerajaan. Asalkan ada usaha. Tapi adik beradik aku yang lain kerja biasa2 je tak da pula mak aku bising.

Terima kasih sebab baca confession ni even penulisan aku macam innalillah. Harap para reader semua boleh bagi cadangan nanti aku baca satu persatu..

– Mai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *