penampilanku seperti makcik?
Assalammualaikum. Post ini bertujuan untuk meminta pandangan dan nasihat. Mohon baca pliss.
Saya seorg perempuan yang berumur 25 tahun. Dari segi penampilan, saya ini agak biasa. Tidaklah terlalu leceh sangat. Seorang yang simple. Asal boleh. Kalau nak suruh saya bersiap dalam masa lima minit, lima minit saya boleh siap dan keluar. hihi….
jadi, mungkin dari situ, saya punya penampilan agak makcik makcik lah kot…. ini berdasarkan apa yang diperkatakan oleh seorang kakak tempat saya bekerja. huhu. tapi cara dia cakap, takdelah macam nak menghina saya. dia cakap sambil bergelak ketawa semua. saya terima lah pandangan dia. cuma saya pulak terfikir kebelakangan ini. adakah saya mcm makcik? padahal baru 20-an jeeee? *muka sedih*
untuk pengetahuan semua, saya ni suka warna yang pastel. dari kasut, baju, tudung begtangan semua warna pastel. takde warna yang striking pun… hihi. jadi, baju kurung saya ke tempat kerja pun warna warna yang sebegini…. bukan tak nak warna yang terang, tapi saya rasa mcm tak cukup konfiden nak pakai… nanti orang tgk atas bawah atas bawah. jadi, baiklah saya ambil langkah yang baik, iaitu warna yang lembut lembut sahaja.
dan saya masih lagi pakai bawal pin kiri dan kanan. ini je yang saya selesa. shawl tu pakai jugak. tapi ikut warna lah kan. bila pakai bawal, saya pulak tak reti nak menggayakan macam model model itu. yelah… saya kengkadang tu search jugak cara pemakaian tudung bawal yang berlainan sikit… tapi semuanya tak memuaskan. kalau labuh depan, mesti senteng di belakang. jadi, saya hanya pin tudung di kiri dan kanan sahaja.
masa kakak tu tegur saya, saya punya penampilan sewaktu itu adalah, tudung bawak, pin kiri kanan, blaus labuh dan skirt warna coklat. mungkin lah kottt. stail saya sewaktu itu amat memeranjatkan dia. tak sangka agaknya bdk yg berumur sebegini berpenampilan sebegni rupa. yelahhhh. saya jarang pakai skirt. selalunya seluar lah. tapi waktu itu ada majlis di tempat kerja. tak sesuai lah pakai seluar. saya pun pakai skirt. hmmm. entah. di mana silapnya ye? saya suka tgk org pakai skirt. tapi…. bila saya pakai mungkin nampak macam ala-ala makcik kot. ke ada org yang sesuai dan ada yang xsesuai pakai?
saya pun tak pernah make up. cuma calitkan lisptick sahaja di bibir. itu pun hanya bertahan beberapa jam je, sebab kalau dah makan ke, hilanglah warna lipstick itu.jadi apa yang patut saya buat? saya tak nak lah digelar makcik sebelum usiaaaa. anak buah pun takde lagiii. hihi.
ada yang boleh membantu ? tq in advance. first time post, jadi ayat agak tunggang langgang sikit. takpelah ye, asalkan maksud sampai. tq korang.
– tim tam
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/