Penat

Assalamualikum semua.

Kadang-kadang manusia disekeliling aku ni membuatkan aku rasa penat. Ada yang pentingkan diri, ada yang tak percaya dengan apa yang aku katakan walaupun benar dan penuh syak wasangka. Sampai satu tahap aku rasa sedih sehingga aku tertekan. Ibu bapa aku lah tempat aku untuk meluahkan beban.

Ayah aku selalu pesan abaikan sahaja pemikiran orang sekeliling terhadap aku kalau apa yang aku buat tu betul. Ya la manusia mana pernah berhenti untuk mengkritik orang lain. Ayah aku kata buat apa aku cuba menerangkan kepada orang lain tentang masalah aku sedangkan mereka tak peduli pun dengan apa yang aku lalui. Teruskan saja kehidupan aku asalkan mendapat keredhaan Allah, mak ayah itu dah memadai. Tak perlu nak puaskan hati semua orang. Apa yang penting hati kita kena kuat. Jangan biarkan benda-benda negatif di sekeliling kita buat kita jauh.

Ya sekarang ni aku sedang cuba untuk bangun. Tidak terlalu memikirkan kata-kata serta pemikiran orang di sekeliling aku. Ada ketenangan yang aku jumpa. Hidup aku pun menjadi lebih positif. Semoga berkekalan. Biarkanlah mereka dengan hidup mereka, aku dengan hidup aku.

– T

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *