Pencabulan

Bila baca kes Abang Bas tu terus trigger kenangan zaman sekolah rendah sekitar tahun 90an. Zaman tu mana ada medsos, handphone. Yang ada telefon rumah yang nak dial kena pusing nombor dan telefon awam.

Dan pada zaman tu juga kami tidak di dedahkan dengan perkataan rogol, cabul. Budak kampung yang begitu naif. Di ajar untuk terlalu hormat dengan cikgu. Apa cikgu buat adalah betul.

Baiklah masa ni kami di tahun 6. Guru kelas lelaki. Hormat tu tok sah dok kata apa la. Dan pelajar perempuan dah mula alami perubahan bentuk badan. Ada yang dah datang bulan pun.

Pelajar lelaki kelas aku.. cukup baik. Tidak pernah lagi la mereka cakap yang bukan-bukan. Mungkin kami anak-anak kampung yang masa tu memang tak terdedah dengan perkara-perkara negatif.

Masa tu kami dah tahu pasal aurat. Lelaki dan perempuan tidak boleh berpegangan.

Tetapi guru kelas kami, masa waktu dia mengajar dia akan datang dari belakang dan memeluk pelajar perempuan. Tangannya di mana? Tangan nya di dada kami memicit-micit dan meraba-raba.

Perkara ni sentiasa berlaku. Sampaikan bila dia datang pelajar lelaki akan buat isyarat warning kami dan kami akan segera peluk tubuh sendiri. Hampir ke semua pelajar perempuan kena.

Ada juga kami bercerita dengan cikgu perempuan, tetapi berlalu macam tu saja. Dan masa tu kami tak rasa perbuatan tu salah. Kami tidak tahu yang sebahagian dari kami telah di cabul. Ya cabul.

Masa tu kami tidak di terangkan apa itu cabul. Zaman tu nak cerita pasal haid pun taboo. Bila diingat balik jijik rasanya.

Perkara tu berlanjutan walau kami dah masuk sekolah menengah. Adik-adik junior ada cerita cikgu tu masih lagi dok buat macam tu. Cikgu yang alim wataknya, isteri cantik jadi apa juga perbuatannya tidak ada salah.

Kawan aku ada sebut pasal ni. Dia tanya aku masih ingat tak lagi apa yang cikgu siung tu buat pada kami?

Aku bagi tau dia aku masih ingat. Aku ingat muka kawan lelaki yang duduk depan meja aku. Muka dia tak selesa dan dia akan beri amaran kalau cikgu siung ada di belakang.

Kata kawan aku lagi, “kita sebenarnya kena cabulkan? Tapi masa tu kita ingat perbuatan dia normal. Kita rasa dia tak buat salah. Bila dah dewasa ni baru kita sedar yang apa yang dia buat tu tak betul”

“Bukan kita saja yang di cabul, selepas kita adik-adik junior pula. Aku malu bila ingat balik. Bila tersua dengan dia aku tertanya-tanya apakah dia ingat apa yang dia buat pada kita dulu?” Aku membalas perbualan dengan kawan aku.

“Perkara dah berpuluh tahun (35 tahun dah) nak dakwa nak ungkit dia pun dah tua. Aku rasa dia ambik kesempatan atas kenaifan kita”

“Ermm.. salah kita juga sebab masa tu kita di momok kalau balik mengadu apa yang cikgu buat, marah ka.. kita yang akan kena balik”

“Kenapa masa tu tak ada sorang cikgu pun yang bagi tau kita , pesan pada kita jangan biar sesiapa pun sentuh kita? Tak dak yang ajar cabul tu apa”

Aku diam. Itulah kali terakhir kami bersembang pasal ni secara terbuka. Tapi tiap kali teringat nama dia trigger balik apa yang dia buat.

Kawan aku cakap kita cuba lupakan dan move on. Memang boleh move on tapi trauma tu tetap ada. Ya orang yang kita hormat dan percaya tiba-tiba ambik kesempatan dan perbuatan tu dalam kelas. Seluruh kelas memandang.

Masa tu rasa wah special sebab kita di beri perhatian. Tapi rupanya kau di cabul oleh cikgu sendiri.

Hari ini aku sentiasa pesan pada anak-anak termasuk anak lelaki aku. Jangan sesekali buat macam yang pernah aku alami. Anak perempuan kalau kena macam aku jangan simpan balik cerita pada aku.

Ini la kisah pasal aku dan kawan-kawan kena cabul, kena raba. Masa tu bodoh. Nampak macam tak dak apa tapi trauma tu sampai hari ni.

Bila terserempak dengan cikgu tu dan wife dia macam aku nak cakap dengan wife dia… ehh tahu tak apa suami cikgu ni dah buat pada kami?

Bila tengok anak-anak dia dalam hati ni berkata, “hampa tau dak apa bapa hampa dah buat?”

Semoga anak-anak kita dijauhkan dari syaiton bertopengkan manusia.

– Okinawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Klaw zaman skrg, cikgu tu wujud, mngkin dah kna ‘viral’, x pon ada yg buat “report” polis n kna ‘cekup’ ke dlm.. dpt msuk tv lg, w/pon mukanya di’blur’kan, org yg dari skolah or jiran2 dab sedara2nya mesti ‘cam’ punya, kan.. klaw sabit kesalahan, bule kna ‘sebat’ x, klaw ye, itulah selayaknya.. wallahu a’lam

  2. Wahai deknon. Peringatan untuk semua manusia terutama anak kecil. Kalau baca ini tolong ingatkan kepada anak anak anda, anak anak saudara anda, dan semua anak anak kecil yang anak kenali.

    Sentiasa MENJAUHKAN DIRI SENDIRI DARIPADA DI SENTUH! Sama jantina lelaki atau perempuan tak perlu sentuh!

    Nak belajar belajar. Tak perlu pegang sentuh dekat dengan BUKAN MAHRAM!

    SAMA MAHRAM PON ADA KES HARUAN MAKAN ANAK. Inikan pula saudara mara dan orang luar, dan pendidik kononnya ustaz, guru mengaji.

    Mulut ada terus CAKAP MARAH! Itu hak anda sebagai manusia untuk SELAMAT!

    UMUR BERAPAPUN ANDA SILA BERSUARA JIKA ADA KETIDAKADILAN DAN PENCABULAN!

    Setiap manusia berhak untuk selamat. Faham?????????

    Kalau diam sudah pasti cikgu setan, pakcik setan, ustazah jijik, drebar bas gatal, selamba terus meraba, dan menggatal kerana tiada siapa berani bersuara dan laporkan.

    Lagi satu sentiasa pastikan ANDA ADA RAKAMAN VIDEO, DOKUMEN, HITAM PUTIH MACAM SCREEN SHOT apa sahaja bukti simpan. Pastikan bawa teman sentiasa ada saksi.

    Kami warga Malaysia yang baik suci murni akan membantu!

    Percayalah ada ramai PEGUAM, GURU, POLIS USTAZ USTAZAH, HAKIM, PROFESSIONAL, Semua golangan hatta acik flat, rumah kampung rumah BUNGALOWMASIH ADA ORANG BAIK! KAMI AKAN PASTIKAN HAK ANDA UNTUK
    SELAMAT!

    Tak kesah siapa pelakunya, ada jawatan atau ada ilmu, keturunan bau bau bacang Nabi Muhammad katanya walau muka Jawa acah suci, jika mereka aniaya anda percayalah ALLAH ADA.

    ORANG BAIK MASIH RAMAI. BERSUARA DAN DAPATKAN PERTOLONGAN DAN JAUHI MANUSIA TOKSIK DAN SETAN ITU!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *