Bagi generasi yang lahir era 1970an, 1980an dan 1990an. Zaman ketika negara sedang rancak membangun.
Kalau ditanya oleh guru, “apa cita-cita kamu?”. Ramai yang menjawab, nak jadi doktor, jurutera, arkitek, peguam, guru, pegawai tentera dan lain-lain profesion.
Maka berduyun-duyunlah ibu bapa dan anak-anak berkejar untuk belajar hingga ke menara gading. Untuk anak-anak capai cita-cita masing-masing, dan ibu bapa rasa bangga dengan pencapaian anak mereka.
Di sekolah pun, guru-guru bagi galakan kat murid-murid untuk berjaya dalam peperiksaan. Buatlah kelas tuisyen, kelas tambahan lah, bengkel peperiksaan. Semuanya untuk memastikan kita peroleh keputusan terbaik ketika UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Kalau dah masuk Universiti, rasa bangga pun ada, lagi kan masuk universiti yang rankingnya agak bagus. Sama ada universiti tempatan mahu pun luar negara.
Bila ditanya orang kampung, sebut saja nama UM, USM, UKM, UPM, UTM, UIAM, UiTM dan lain-lain universiti, pasti mereka angguk-angguk dan agak kagum. Kalau kita belajar dalam jurusan kritikal atau terkenal, lagi lah bangga.
Namun, kini berubah. Kalau ditanya generasi yang kini masih bersekolah, “apa cita-cita adik lepas tamat sekolah nanti?”.
Ramai juga menjawab, “Rasa nak terus kerja, nak kumpul duit, duit kan penting”.
Tak kurang juga menjawab, “Takutlah, nanti belajar tinggi-tinggi. Susah nak dapat kerja”.
Tak dinafikan, ramai abang dan kakak yang memegang ijazah ini hanya bekerja dengan kerja yang hanya perlukan SPM saja. Gaji pun gaji minimum rakyat.
Kebanyakan yang masih layan facebook ni generasi yang lahir 1960an, 1970an, 1980an dan 1990an. Budak-budak yang lahir pasca tahun 2000 kebanyakannya lebih suka Instagram, Tik Tok, Bigo, dan lain-lain aplikasi.
Followers mereka pun ramai, berbanding kakak dan abang mereka. Jadi, facebook untuk orang tua, Insta untuk orang muda? Macam tu?
Maka, dengan instagram ramai followers, maka di situ mereka rasa boleh buat duit tanpa perlu belajar. Dan berlumba-lumba lah mereka.
Tak cukup dengan instagram, jadi pula youtubers. Modus operandi sama, dapat kumpul followers dan likers seramai mungkin.
Maka di sini sudah jadi racun, yang pendidikan tidak lagi relevan pada mereka. Bila mana pendidikan tidak lagi menjamin kehidupan mereka, yang penting pandai buat duit.
Aku faham, dengan trend dan keadaan dunia yang semakin berubah ni. Ekonomi kita pun agak teruk, dan ramai juga jobless. Yang tak minat berniaga, terpaksa berniaga.
Belanjawan dan budget untuk pendidikan pun ada juga dipotong. Lagi kan kalau ada kenaikan yuran Universiti. Dengan kos sara hidup semakin meningkat.
Aku bukannya apa, aku takut perkara ni berterusan. Negara akan hilang permata dan orang berilmu. Sedangkan, mereka ini lah yang akan sambung tugas bina dan bangunkan negara ini nanti selepas kita.
Memang duit itu perlu, tapi ilmu juga perlu. Ada duit, tanpa ilmu pun kita tak kan ke mana. Wang yang ada pun, boleh jadi kita habiskan tanpa hala tuju atau manfaat.
Aku bukan cendekiawan, mahupun ilmuan. Cuma tak nak keadaan berterusan. Aku juga nak lihat kehidupan generasi adik-adik dan anak-anak kita lebih baik dari kita.
– Che Mat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit