Pengakhiran Dilema Seorang Tunang

Assalamualaikum, saya Nur. 9 bulan lepas saya ada post di sini mengenai dilema saya sebagai seorang tunang. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/dilema-seorang-tunang/). Semua comment dari netizen minta saya putuskan pertunangan tu.

Ada yang bagi tips pun saya buat, saya hampir-hampir nak putuskan pertunangan dua ke tiga hari selepas majlis. Tapi, tunang saya tetap yakinkan saya yang duit dia masih ada. Separuh di simpan oleh bapanya.

Jadi, seminggu ke dua minggu selepas tunang saya paksa dia ke pejabat pos yang tak sampai 5 minit dari rumah. Itu pun terpaksa tunggu hampir setengah jam di bawah blok sebab dia tak bangun dari tidur walhal saya dah cakap yang saya nak datang ke rumah.

Dia punya marah bukan main lagi pada saya siap cakap pejabat pos dah tutup padahal pejabat pos di block sebelah je. Tengok2 simpanan dia tak seperti yang dia cakapkan. Alasan yang dia bagitahu, separuh duit simpanan dia bapa yang pegang.

Saya memang dah nak putuskan pertunangan time tu tapi dia tetap yakinkan saya. Jadi, saya teruskan pertunangan ni seperti tempoh yang dijanjikan iaitu 10 bulan. Dalam masa 10 bulan macam-macam ye berlaku melibatkan kewangan. Saya bantu dia mana yang tak cukup sebab tahu dia kena kumpul duit hantaran.

Oh ya lupa, sebelum tu. Saya ada keluarkan kereta di bawah nama saya dan ibu menjadi guarantor sebab ibu kasihan dia kena tipu masa ambil kereta terpakai. Jadi, saya kongsi bayar kereta bersama dia.

Awal2 bulan dia bayar seperti yang dijanjikan tapi empat bulan sebelum kawin dia tak mampu dah nak bayar sebab dia tak bekerja dimana ID dia kena block dan tak boleh nak hantar makanan. Saya pun cakap takpe saya bayarkan dulu sebab faham dia nak kumpul duit lagi untuk kawin.

Bila keadaan kewangan dia agak meruncing, saya suggest kepada dia untuk keluarkan sedikit duit simpanan di ASB untuk teruskan kehidupan. Gaji saya pun tak bnyak mana nak bagi dia duit. Pandai pula cakap, sayang nak keluarkan duit simpanan yang disimpan sebab tu dia kumpul sejak 4 tahun lepas.

Dalam masa yang sama saya dah book almost semua benda untuk majlis kawin menggunakan duit saya. Saya tak minta apa2 bantuan kewangan dari dia dan hanya minta dia bagi duit hantaran sahaja kepada saya.

Even parents saya dah buat pembayaran penuh untuk catering di belah saya. Tapi dia langsung tak bagi duit hantaran walaupun majlis lagi sebulan, parents dia tak datang langsung atau tanya kepada family saya persiapan untuk majlis.

Sebulan sebelum majlis, saya dah minta dia isi borang nikah. Dia cakap dah isi lah dah hantar kat JAIS lah tapi tak sempat siap hari yang sama lah. Dah lah duit hantaran tak bagi lagi.

Saya punya geram saya pusing satu KL naik motor lepas balik kerja cari dia semata2 nak dapatkan borang nikah supaya saya boleh proceed untuk pihak saya pulak. Alih-alih dia cakap, dia dah balik kerja sebab gaduh dengan bos dan ada kat rumah.

Sampai bawah rumah dia, dia cakap borang nikah dia tak siap lagi. Saya dah agak dah, rupanya tak minta sign ppp pun lagi. Next weeknya, tetiap hari saya follow up dengn dia pasal borang nikah. Seminggu dia ambil minta sign ppp. Siap saya kena bagi duit untuk dia reprint semua borang2 dia.

Dua minggu sebelum majlis pun tak siap lagi borang nikah dia, duit hantaran jangan cakap masih tak dapat2 walaupun ibu saya dah call. Kata harini, tak masuk juga. Bila call lagi kata esok pula, pun tak masuk lagi.

Last2, adik saya dan kawan dia jadi saksi baru borang nikah dia selesai seminggu sebelum majlis. Dapat je borang, saya ambil masa sehari je untuk selesaikan iaitu 4 hari sebelum majlis.

Jadi selama 4 hari ni, almost semua dah buat full payment dan dia tak keluar satu sen pun. Duit hantaran pun bagi tak sampai 5% yang dijanjikan. Saya buat bayar mana tak cukup, 5 minit dah habis.

2 hari sebelum majlis, dah janji nak beli barang hantaran dan batal air solat sesama. Tunggu dari pagi, pukul 10 malam baru sampai rumah saya dengan alasan2 yang tak logik termasuk sesat jalan. Kelakar tau? Sesat jalan ke rumah saya?

Malam tu jugak dalam pukul 12.30 tgh malam, bapa saya panggil dia masuk dan tanya apa masalah dia sebab bapa saya dah tahan dengan alasan2 dia. Walhal, bapa saya tak pernah masuk campur pun sebelum ni.

Jadi, sehari sebelum majlis dia cakap dia akan settlekan semua. Dan parents saya bagi lagi peluang sehari sebelum majlis walaupun ibu memang dah tahap benci dah dengan dia.

Pagi sehari sebelum majlis parents dan adik saya nasihatkan saya dan buat saya fikir pasal consequences yang akan berlaku kalau saya kawin. On the spot, saya putuskan pertunangan saya sehari sebelum saya nikah.

Dan dia? Meroyan dan persoalkan kenapa saya buat keputusan macam ni walaupun satu hari je lagi nak nikah dan siap cakap beri dia peluang setahun untuk stabilkan diri dia. Tolong doakan dia jumpa gadis yang sesuai dengan dia dalam masa setahun ni supaya dia tak cari saya lagi setahun.

Alhamdullilah, walaupun parents saya dan saya rugi bnyak untuk siapkan majlis dan menangis untuk saya. Meraka hanya nak kan yang terbaik buat saya dan ibu sangat-sangat lega dengan keputusan saya. Family besar saya pun sangat2 supportive dan tak membawang.

Restu mak bapa sangatlah penting, naluri ibu sentiasa betul. Dan paling penting sekufu. Pemikiran saya dan dia sangat berbeza.

Itu sahaja pengakhiran dilema saya. Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *