Assalamualaikum kepada pembaca.
Terlebih dahulu aku nak perkenalkan diri aku. Nama aku Tom (bukan nama sebenar). Aku berumur 32 tahun. Aku tinggal di sebuah bandar yang cantik di sebuah negeri pantai Barat Malaysia.
Hari ini aku nak bercerita mengenai pengalaman yang aku dapat dan sampai hari ini masih lagi dengan situasi yang sama kepada pembaca semua.
Pada 2022, aku dapat berita gembira apabila terdapat sebuah syarikat yang agak besar nama dia di Malaysia ni panggil aku untuk interview.
Alhamdulillah, berkat doa isteri dan keluarga, aku dapat jawatan aku tu. Aku ditugaskan untuk mengawal dan memantau kerja-kerja yang ada di syarikat tu.
Lebih kurang orang panggil “Compliance Officer”. Aku pun bekerja seperti biasa menunaikan tanggungjawab aku di syarikat tu seperti pekerja-pekerja yang lain.
Beberapa bulan selepas aku bekerja di sana, sesuatu terjadi yang tak dapat dielakkan. Aku diarahkan untuk bertukar tempat kerja di sebuah negeri yang lain.
Pada mulanya, aku amat suka untuk ke negeri tersebut kerana aku sudah biasa di sana.
Tetapi, apa kan daya, aku dilayan seperti orang yang kena CS sejurus aku berpindah ke sana.
Untuk makluman semua, aku diarahkan untuk bertukar ke tempat kerja kerana ada sesuatu yang berlaku dalam pihak tertinggi syarikat dan aku diheret sekali untuk membuka sebuah unit yang baru di sana.
Jadi dalam masa yang sama, aku berdoa supaya unit yang baru hendak ditubuhkan ini benar-benar menjadi kenyataan.
Tetapi kini sudah hampir 6 bulan selepas unit ini ditubuhkan, tiada sebarang sinar di akhir terowong yang menunjukkan bahawa unit ini akan diluluskan oleh pihak atasan.
Jadi, aku memikirkan nasib aku serta keluarga yang aku diamanahkan untuk sara. Aku risau, apa-apa jadi pada unit aku ini sekiranya tiada kata putus.
Aku gigihkan semangat untuk datang ke tempat kerja setiap hari tanpa memikirkan sebarang kerja yang aku harus buat.
Aku harap, syarikat-syarikat yang ternama di Malaysia ini, jangan mencontohi tindakan syarikat aku sebab ini boleh dikatakan mengainaya pekerja.
Aku bukan apa, sebab masa telah berlalu tetapi hasil dan pengalaman aku ini makin lama makin merudum.
Ini bukan salah aku. Sebab tindakan pihak atasan yang tidak bersungguh-sungguh untuk meluluskan unit aku ini.
Aku bukan seorang yang tidak berpendidikan. Aku mempunyai ijazah universiti awam terkemuka di Malaysia dan aku mempunyai pengalaman kerja yang sebelum-sebelum ini.
Aku bukan “fresh graduate” yang mereka boleh momok-momokkan.
Aku harap, doa-doa orang yang terainaya seperti aku dimakbulkan Allah SWT supaya aku mendapat ketabahan untuk menempuh hari-hari yang mendatang dalam pekerjaan aku ini.
– Tom (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit