Pengalaman Kerja Bekas Penerima ANC

Hai. Nama aku Amira. Thanks kalau admin siarkan confession ni. Selama ni aku silent reader je and aku bukanlah penulis pro. So, sorry kalau tulisan aku ni kelam kabut sikit.

Aku penerima biasiswa kerajaan time study. Aku bukan dari keluarga senang so aku memang target study hard so that aku boleh dapat kerja bagus. Time kawan2 aku enjoy lepak club, aku memeruk dalam bilik utk study.

Malam terakhir minggu exam pun aku sanggup tak gathering dengan kawan2 sebab nak buat persiapan akhir final exam. Punyalah aku struggle sebab taknak gred akademik aku turun. Dan Alhamdulillah aku dapat Anugerah Naib Canselor utk diploma dan degree. Rasa gembira bila tengok mak ayah aku dapat merasa sarung selepang pink tu.

Aku ingat lagi pagi tu aku borak dengan kawan baik aku pasal hala tuju lepas habis study. Sambil berangan yang rate gaji kitorang nanti mesti at least RM2K sebab degree graduated kan. Good educations, good soft skills, takkanlah susah dapat kerja? Tapi sekarang ni bila aku teringat balik conversation tu mesti aku menangis. Yes, life is not as simple as we thought.

Aku dapat first job lepas 3 months graduate. Gaji RM1400 belum tolak epf semua. Aku terima je, sebab mak aku kata first job jangan nak memilih sangat. Tapi malangnya aku tak sesuai kat tempat tu sebab senior2 staf situ suka pandang rendah kt new staff.

Tengking and mengumpat pasal kami depan2 staf lain tu perkara biasa. Yang sudi tunjuk ajar adalah berapa kerat je. Aku redha. Tapi bila superior aku sendiri malukan aku depan customer, kesabaran aku hilang. Aku bagi notis 24jam and HR kata kena bayar penalti gaji sebulan.

Aku takde saving, and gaji sebulan yang aku baru dapat tu pulak kena pulangkn pada company. Sedih. Kawan aku kata ramai je cabut tak bayar penalti pun, tapi mak aku kata tak baik langgar kontrak so aku pun bayarlah. Kelakar bila ingat balik, kerja bulan tu aku anggap amal jariah je la.

Then aku sambung cari keje. Time ni tengah hangat jugak topik graduan memilih kerja, aku pekakkan je telinga malas nak amik tau. Aku letak gaji RM1600 dlm resume and banyak jugak interview aku attend, semua sangkut part gaji. Seriously, nak aku down kan jadi berapa ye baru majikan nak amik aku keje.

And aku perasan most majikan (yang aku attend iv lah) memang stereotype dengan calon yang ada degree. Apa salah kitorang eh? Hina sangat ke kami apply kerja SPM sampai kena disqualified even before knowing us first? Tak payah letak degree dalam resume? Aku cuba buat tapi mak kata kenapa nak menipu, so aku tak buat. Aku letak gaji RM1400 pun diorg taknak layan sebab aku ada degree, dengan alasan aku boleh dapat kerja yang lebih baik. Ok takpe.

Penghujung 2017, barulah aku dapat satu keje baru. Gaji RM1000 time probation, kalau da confirm jadi RM1300. Masa ni aku menangis lagi. Aku plan nak ada kereta sendiri tapi dengan gaji ni confirm2 la loan tak lepas. Tapi aku nak buktikan yang aku tak memilih kerja, aku bukan graduan manja yang nak gaji RM2K je so aku accept keje tu.

Permulaan is okay, but then masalah timbul dalam management. Manager aku suka2 keluarkan duit dari akaun syarikat tanpa sebab kukuh and transfer masuk dalam akaun peribadi dia sendiri. Bila ditanya oleh staf lain, dia boleh kata aku yang approvekan transfer tu. Ok kat sini aku da bengang jugak tpi aku act cool lagi.

Bayangkanlah gaji aku RM1300 je, bila tolak caruman itu ini jadi dalam RM12++. Kalau elaun kehadiran kena tolak jadilah RM11++. Suatu hari, aku tergerak nak check akaun kwsp aku, and aku baru tau yang Manager aku tak buat caruman pun sebenarnya.

3 bulan pertama je ada, the rest takde. Dalam slip gaji ada tunjuk deductions but the reality is, dia tak buat pun caruman tu. Time ni aku blur, aku buat sehabis baik kerja tapi camni Manager layan aku. Aku bagi notis 3 hari and Manager approve je, maybe sebab dia da dapat hint yang aku da tahu macam2 yang dia buat belakang aku selama ni.

Aku tak halalkan amount yang dia tolak dari gaji aku utk caruman yang sebenarnya takde buat pun. Aku da consider habis dengan gaji yang dia bagi but this is what I get in return. Takpelah.

Masa ni aku depression gila. Pergi iv macam2 requirement dari majikan, mostly nak kena ada transport sendiri. Maaf, aku bukanlah anak Dato atau anak orang kaya yang siap2 dah ada kereta lepas habis study. Ayah aku pernah offer guna kereta dia tapi aku taknak sebab kesian kalau diorang ada nak pergi mana2 nanti takde transport pulak.

Masa menganggur ni, mulut orang sekeliling tak payah cakaplah. Aku sampai tak keluar bilik time sedara2 datang sebab diorang suka up soalan “bila nak kerja?” “Ada degree pun tak dapat kerja ye?” “Anak siapa tu takat SPM je tpi sekarang da jadi Supervisor” and macam2 lagilah. Malu gila aku dengan family. Tapi aku bersyukur sbb mak ayah aku tolong backup sebab diorang nampak camne strugglenya aku cari kerja, bukannya aku goyang kaki je time menganggur tu.

And around this month, aku dapat kerja kat area KL. (Ni pun kawan aku tolong rekemenkan lps dia tau aku menganggur lama). Majikan tu tengok resume aku and tak percaya aku punya gaji selama ni RM1000-RM1400. No offence, cuma mungkin dia pelik aku dapat gaji tu sebab ada degree kan. Tapi aku cakap kat dia takpelah pengalaman tu yang lagi penting pada majikan.

So sekarang ni aku dapat jugaklah merasa gaji rate degree walaupun terpaksa berjauhan dgn family. Maybe cuti raya nanti pun tak dapat balik. Huhuhu. But I need to be strong to build up career and future life. And salah satu niat aku nak dapat gaji tinggi sebab nak bagi sumbangan bulanan kat mak ayah aku. Lepaslah bayar bil or barang dapur sikit2 kan.

Aku ni umur pun dah 28. Kawan sebaya ramai dah kahwin, siap anak 2-3 orang. Aku pulak baru nak merangkak dengan job ni, kereta takde rumah sendiri pun takde. Tapi aku cool, aku percaya perjalanan hidup masing2 dah disusun cantik so tak perlu nak jeles dgn life orang lain.

And untuk anyone yang masih struggle cari kerja, you are not alone. Selalu berdoa kat Tuhan supaya dimudahkan urusan cari kerja, Insya Allah ada rezeki takkan kemana.

Panjang sangat ke? Sorry ye, thanks kalau sudi baca sampai habis.

– Amira

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *