Pengalamanku Sebagai Seorang Surirumah

Salam dan Hi Warga IIUM Confession. Namaku Hanna. Aku seorang graduan Engineering dan menjawat jawatan sebagai Engineer di salah sebuah MNC di Malaysia.

Sejak kecil ibu mendidik aku supaya bekerja sendiri. Dari zaman kanak2 aku start tolong ibu berniaga kuih hari2. Disaat budak lain tengah seronok bermain, aku ditahan dirumah untuk menolongnya menguli tepung. Tapi dari situ aku dapat upah.

Ibu seorang ibu tunggal. Ayahku pergi bawa diri disaat aku masih merah. Ikut janda katanya. Hingga hari ni adalah beberapa kali saja aku bertemu dengan ayah. Paling lama dia dapat jumpa aku pun waktu akad nikah dulu. Itu pun tak lama, 3 jam sahaja.

Ibu mengalami trauma yang teruk. Sebab itulah dia selalu berpesan, jangan sesekali berhenti kerja. Dia sanggup golok gadai menghantarku ke Universiti terkemuka kerana impiannya melihatku berjaya.

Selepas aku graduate, aku dipinang oleh pasanganku sekarang. Mulanya ibu tak izinkan, sebab dia nak aku ada aset dulu. Tapi yelah, aku masih muda dan terikut budaya kahwin awal. Aku memberi jaminan kepada ibu yang aku akan bekerja dan tidak akan sesekali berhenti.

Selepas berkahwin, aku dan suami merancang untuk tidak ada zuriat buat sementara waktu. Waktu itu suamiku memang seorang yang baik, pendengar yang setia dan rajin menolong ku dalam hal kerja rumah.

Rezekiku juga bertambah dengan dua kali kenaikan pangkat di tempat kerja. Oleh sebab itu aku makin sibuk dengan urusan kerja di luar.

Genap 3 tahun perkahwinan, aku disahkan pregnant. Alhamdulillah waktu tu kami dah dapat hidup di rumah sendiri. Suami gembira dan ibu juga pastinya lagi happy.

Selepas bersalin, anak aku disahkan menghidap asma. Paru2 tidak begitu kuat dan perlu penjagaan yang sempurna. Oleh sebab itu, suami menyuruh aku berhenti kerja.

Ibu pastinya menghalang dan sanggup mengambil tugas menjaga anak kami dan menghantar ke hospital monthly check up. Tapi suami berkeras untuk tidak menyusahkannya.

Dalam diam aku berjumpa dengan manager di tempat kerja. Aku bernasib baik kerana dia seorang yang cukup supportive. Dia tawarkan aku cuti tanpa gaji selama setahun.

3 bulan pertama aku boleh bekerja di rumah sementara menunggu penganti sementaraku. Aku tidak beritahu suami yang aku bercuti tanpa gaji. Dia ingat, aku berhenti kerja sepenuhnya.

Ibu bermasam muka kerana dia dapat merasakan aku akan mengalami kejutan budaya apabila berhenti kerja.

Maka bermulalah aku sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Sebulan pertama semuanya ok seperti biasa.

Tapi masuk saja bulan kedua, suamiku dah nampak lain. Dia seperti “raja” dalam rumah. Nak basuh cawan sendiri pun dia dh tknk. Semua pekerjaan rumah jatuh atas bahuku sendiri.

Balik je dari kerja, dia terus online game. Bila masa dia start main game pun aku tak tahu. Komunikasi antara kami juga semakin berkurang. Dia ibarat sudah tidak menghormatiku sebagai isteri setelah menjadi suri rumah.

Banyak aku makan hati, walaupun 3 bulan pertama aku masih makan gaji. Dia mula persoalkan aliran duit dalam family kami.

Nak makan sedap sikit pun aku terpaksa meminta macam peminta sedekah. Dia buat aku hilang value hanya disebabkan aku sudah tidak menjana pendapatan.

Pernah aku melihat messagenya di group bersama rakan2nya. Dia siap bagitau, aku dah macam hilang fungsi dalam rumah ni. Kononnya kehadiran anak kami menambah beban dalam hidupnya.

Beresak air mata aku waktu tu tapi aku perlu bersabar buat masa itu. Ada lagi baki 5 bulan sebelum tamat cutiku. Dia mula pandai naik angin. Tuduh aku boros dan duit dia cepat susut. Mentua pun sama naik, siap cakap apa guna sijil tinggi2, tapi tak pakai.

Pernah aku balik ke kampung suami, layanan mertua dan ipar duai pun dah berbeza. Dulu aku ditatang kerana bekerja dan selalu hulur duit. Tapi sekarang aku dah mcm takde fungsi dalam rumah tu.

Sampailah satu tahap kesabaranku tercabar. Anak aku dihina sesuka hati oleh mereka sebagai anak si4l.

Aku semuka dengan suami, antara dia nak jadi pelindung kami, atau dia setuju dengan keluarganya. Malangnya dia menengking aku dan mengatakan sokongannya kepada familynya sendiri.

Malam tu jugak aku kemas baju aku dan anak, aku bawa diri ke rumah ibu. Nasib baik aku ada bukti penghinaan mereka. Aku rekod semua percakapan suami dan keluarganya dan ini aku gunakan di mahkamah kelak.

Aku memeluk ibu dan dia cukup supportive. Dia pernah mengalami hal yang sama dengan ku. Sebab itulah dia berpesan yang wanita ini perlu ada kerja dan duit sendiri.

Dengan baki lagi 4 bulan cuti, ibu membawa aku berjumpa dengan doktor pakar bahagian rawatan mental. Aku disahkan mengalami depression tahap tinggi.

Memang suami membayar segala keperluan rumahtangga walaupun aku dilayan seperti pengemis, tapi aku tidak dapat menerima dengan tohmahan dan hinaan suami terhadap aku dan anak.

Aku hanya menjadi suri rumah tak sampai setahun, tapi dilayan seperti hamba. Tiada kemanisan lagi dalam rumahtangga kami.

Waktu aku usulkan untuk bercerai, dia siap cakap lagi, aku yang rugi. Dia takkan bagi aku sesen pun harta sepencarian dan aku kehilangan pekerjaan.

Aku katakan padanya, see u in court. Aku akan tuntut hak aku dan mengemukakan bukti yang aku masih menjadi pekerja di syarikatku.

Aku bernasib baik kerana masih boleh berfikir waras dan tidak terus berhenti kerja. Mempunyai ibu dan majikan yang supportive, dan itu menjadi sumber kekuatan aku sekarang.

Rumah kami itu aku yang bayar deposit dan renovation. Aku ada bukti dan dia tidak boleh sesuka hati merampas hak ku.

Tidak ku sangka hanya kerana kami diuji dengan anak sakit dan aku berhenti kerja, suami terus berubah perangai dan memandang rendah kepadaku.

Doakan ku guys. Kes kami masih dalam perbicaraan mahkamah. Aku sudah start kerja dan mulakan hidup baru.

Kepada yang senasib dan aku, jika mental korang diserang bertubi2, bangkit dan bina balik kerjaya korang tak kisahlah kerja apa pun, dan tak perlu nak hidup dengan lelaki yang tidak menghargai korang.

Kita adalah wanita yang diciptakan dengan sifat yang tabah dan kuat. Pasti kita boleh hidup berdikari dan jaga kesihatan mental kita sendiri.

Akhir kata, aku respect semua suri rumah di dunia ini. Bukan mudah menjadi surirumah. Hanya yang begitu cekal sahaja yang berjaya melaluinya dengan tenang.

Sekian,

– Hanna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *