Penjelasan sebenar ttg ADAB BERKUMPUL SESAMA FAMILY BESAR

Disebabkan aku tgk confession aku terlajak laris sgt org mengutuk yg tidak paham, di sini aku nak jelaskan beberapa perkara.

1. Aku anak bongsu drp 11 orang adik beradik
2. Aku lelaki, umur 27 tahun
3. Mak aku ade lg, ayah dah takde
4. Aku belum kahwin tp ade 5 orang cucu sedara
5. Aku dah kerja tp masih di bawah ketiak mak

Situasi tu adalah PENGAJARAN berdasarkan beberapa peristiwa yg terjadi dalam family besar aku, yg aku nak share supaya sesama jadi GUIDELINES korang. Nak amik pengajaran, amik la. Taknak amik, dok dediam.

Well, memang aku observe pun family aku supaya mereka tak tergelincir ke lembah pergaduhan besar yg boleh memecahbelahkan ahli keluarga. Sebagai anak bongsu, mostly segala cerita dalam family aku, aku yg menadah telinga bila mak bercerita, mengadu psl ipar2 dan adik beradik aku. So aku tahu ok. Cerita 2 belah pihak, 4 belah pihak, almost semua aku tahu.

Kepada yg sentap dgn bahasa aku, korang either mmg jenis tak paham sarcasm ataupun korang obviously dah buat salah yg aku takde pun nyatakan tapi korang sendiri yg suka2 nak menunjukkan korang salah. Orang lain boleh pn ada otak dan akal, bukan kau sorang kak! Kalau aku buat bahasa puitis karang takde orang nak baca plk. Tu bahasa simple yg jelas menusuk kalbu, direct to the point atau ringkasannya sarcasm!

Kenapa aku ckp jgn bergaduh dgn menantu dekat (boleh dibaca sbg org dekat2)? Sebab akan ada satu ketika, dlm kau tgh nazak, sesak tak boleh nak mintak tolong menantu jauh2 tu, kau tak malu ke nak pergi mintak tolong dgn menantu dekat yg kau dah buat taik tu? Menantu dekat dgn menantu jauh ni, baik dia ada beza yg besar! Fikir2 la.

Sebab tu aku state kat situ, aku sedar ada silap dari belah family aku jugak, bukan dari menantu mak ayah aku. Sebagai mertua, pada aku sebolehnya dengan menantu tak kira jauh atau dekat, tak kira kaya atau miskin, layan sama rata, macam layan anak2. Sebagai adik beradik, kita pn ada batas jugak walaupun tu rumah mak bapak kita, tu adik beradik kita. Bukan sesenang hati boleh masuk campur rumahtangga anak2 or adik beradik. Contoh dr segi aurat. Takkan la aku nak mandi bogel dgn akak aku yg no 10 tu mcm zaman kecik2 dulu hoi. 7tahun lepas aku dah serahkan kpd abg ipar aku utk tugas2 mandi dgn dia.

Sekarang kan zaman asyik menantu je yg salah, so, aku dgn baik hatinya tekan kan apa yg menantu perlu sedar untuk buat dan tak perlu buat. BUKANNYA NAK POINT SALAH MENANTU! Sebab apa? Sebab kekadang yg korang menantu2 buat boleh mendatangkan bala kat kami 1 family tau. Contoh dalam isu dengki mendengki tu. Korang dengki sesama korang, kami adik beradik ni yg tergugat silaturrahim tau. Yg si A tu bini si B, yg si C tu bini si D. Kalau dah tahap tak balik sebab sesama sendiri tak ke susah hati mak? Mak mertua baik tahap bidadari pn boleh masuk Tanjung Rambutan dan aku yg si bongsu ni jugak la yg susah.

Tengok, kalau taip secara formal ni jadi membebel dgn panjang pulak. Takpe la. Apa yg aku nak cakap last sekali adalah, GUIDELINES tu mostly apa yg arwah ayah pesan sebelum dia pergi dulu. Sesama hormat menghormati, tu kunci utama. Tapi biasa la bila family besar2 ni ade je yg terasa kat mana2. Payah nak check, post mortem satu2 masa rowcall. Mampos tak tido sampai pagi raya haji.

Ikut korang la nak paham macamana. Ambil jernih buang yg keruh.

– Tuan Rumah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

67 Comments

  1. Apa bendalah, asyik nak bergaduh je. Hati tisu betul lah masyarakat sekarang. Yang tak ada ‘common sense’ pun satu, sedar² lah diri.

    Insan itu sifatnya pergi (maksudnya, setiap orang akan mati). Selagi ada, hargailah. Buat apa gaduh², sentap sana sini, tak puas hati itu ini. Entah apa²lah. Apa guna Ramadhan datang jenguk kita kalau perangai pun tak berubah².

    Manusia yang suka gaduh/terasa/iri hati/sentap/hati tisu ini biasanya tak pandai bergaul dengan masyarakat.

    • Di musim nak raya ni aku nak confess (juga boleh dibaca sebagai warning) kepada adik beradik dan ipar duai tentang ADAB berkumpul sesama family besar!

      1. KAU MENANTU SAHAJA
      Bunyi macam kasar kan? Nak nasihat sikit kat ipar duai WANITA ni. Kalau kau dah balik rumah mak mertua, korang tak payah nak berdengki sesama korang siapa yang buat kerja banyak, siapa yang penat tolong mak mertua, siapa itu, siapa ini. Buat je kerja yang mana korang mampu. Kalau tak mampu, tak larat, bagitau kat laki korang, mintak tolong dia cover, lepas tu pergi la korang nak berehat ke hape ke. Korang menantu je, bukan hamba. Tak perlu nak buat baik macam malaikat. Pekak kan telinga kalau orang nak kata apa. Dah la busuk hati berdengki, korang pergi hasut pulak adik2 ipar supaya benci biras kau. Habis berpecah belah family aku.

      2. BERAYA DI RUMAH MAK MERTUA
      MENANTU, tak payah nak ajak geng bas sekolah korang ke opis korang ke datang beraya rumah mak mertua. Korang sibuk layan diorang, mak mertua, adik2 ipar dgn biras yg tengah sarat mengandung yang bersilat kat dapur buat air segala. Tak kisah la kalau mak mertua dah bagi keizinan sekali pun atau korang akan sediakan segala juadah tetamu korang. Fikir juga dalam rumah tu ada orang lain yg sesama pegang title tuan rumah. Nak jemput kenkawan korang sila buat di rumah mak bapak sendiri atau di rumah korang suami isteri. Setel!

      Aku tahu kau menantu yg urban, orang bandar, kalau balik beraya kat kampung tak payah nak komplen itu ini. Adat duduk kt rumah kampung memang sempit. Nasib kau la kahwin dengan orang kampung, pastu orang susah pulak tu. Siapa suruh kau terima jugak family susah macam kitaorang ni.

      3. JAGA AURAT SESAMA IPAR DUAI
      Ye, rumah kita rumah kampung. Abah kita tak mampu nak buat toilet dalam setiap bilik. Ade toilet 2 tu je kat dapur. Yg TUAN RUMAH pun, tak payahla nak menonong berkemban dgn towel je pergi toilet dengan buat wayang free tali bra hitam kau. Kau masih ada adik beradik lelaki yg dah berbulu, bersunat & berkahwin yg tengah melepak kat dapur & ruang tamu ni. Hormat sikit!

      MENANTU WANITA pun tak payah nak buat home sweet home sgt. Seperti yg aku bgtau, kami ada adik beradik lelaki yg dah berbulu, bersunat & berkahwin yg tengah melepak kat dapur & ruang tamu ni. Walaupun nak pergi tandas untuk kecing sahaja, minta jasa baik pakai baju yg menutup aurat, hujung kaki ke hujung rambut. Tak payah nak buat gadis ayu era 80an. Rumah aku ada paip air, korang tak perlu mandi dgn air perigi yg memerlukan pakaian mandi berupa kain batik!

      **Bukan setakat nak pergi toilet je, pakaian rasmi mesti yg menutup aurat selama korang berada di rumah mertua, depan ipar duai.

      ANAK & MENANTU LELAKI, tak payah nak cool selamba siput babi sangat pergi toilet dengan towel shj. Kita masih ada ipar perempuan. Hormat mereka. Mereka adalah isteri kepada adik beradik kita. Walaupun dada bukan aurat tapi jaga adab. Pakai tshirt dgn towel. Dah masuk toilet nanti, korang nak bogel macamana pun suka hati la. Stail memasing.

      ***P/s : point ni berkecuali utk rumah yg ada toilet dalam bilik.

      4. TAK PERLU PERBANDINGAN
      Ipar duai WANITA la yg biasa sangat dengn benda ni. Tak payah keluar ayat2 nak compare diri sendiri dgn orang lain. Ada part yg kau tak sedar kau tu menyusahkan orang sebenarnya walupun kau rasa kau buat tu kekononnya nak mempertahan mak mertua. Tak payah nak jadi langsi tunjuk hero sgt. Mak aku ada anak. Kau tu menantu, orang luar yg diupgrade je. Sedar diri sikit.

      MAK MERTUA tak payah nak compare2 menantu. Tu takdir anak kau! Sedar diri sikit anak kau bukannya baik sgt. Depan kau mcm malaikat, belakang mcm syaitanirrojim! Kau apa tau..

      5. MENANTU JAUH VS MENANTU DEKAT
      MENANTU JAUH, dah la balik sekali sekala je pun, nak mengomel itu tak kena, ini tak kena. Kau tak tahu apa yg orang dalam rumah ni dok hadap seharian. Dah balik sekali sekala tu, tunjuk rajin lebih sikit. Nak ambik hati mak mertua sgt kaaan…

      MENANTU DEKAT, selalunya dia ni la yg kena jaga mak mertua, dok sekali dgn mak mertua, mengadap kerenah adik2 ipar & perangai entah pape mak mertua. Mak mertua & adik beradik jgn dok cari gaduh dgn menantu dekat ni. Bila dia takmau datang rumah kita, adik beradik kita jugak yg pening kepala, last2 end up kita nak gather adik beradik pun payah. Mak kita jugak yg sedih2 anak dia tak balik. Nanti susah2, sakit2 nak mintak tolong dengan yg dekat2 ni, bukannya yg jauh tu. Dia pn ada mak bapak, biarkan dia balik beraya rumah mak bapak dia dulu. Hari2 mengadap kita sekeluarga, dia pun meluat jugak tau tak?

      Benda2 ni based on aku tengok family aku. Ada yg aku rasa silap di pihak family aku. Pepandaila adapt. Tuan rumah jaga adab sbg tuan rumah. Org datang rumah kita layan sama rata. Tetamu pn datang rumah org jangan dok langsi sgt memerintah, buat macam rumah sendiri.

      – Tuan rumah

      Hantar confession anda di sini -> https://www.iiumc.com/submit

  2. orang yang bace ni semua paham bahasa melayu.
    yang kau nak sarcasm bagai ape kejadahnye.
    cakap direct le.
    sarcasm guna ayat mcm kau gne tu ke?
    ek eleh

    • Biar je la dia nak sarcasm ke hape ke, itu cara dia. Yg penting apa yg nak disampai tu mcmana kita amik pengajaran..

      Kalau dia cakap direct pun kita bukannya paham sbb kita takde kat situasi dia..

    • tau tkpe
      sarcasm jadahnye gitu.
      pandai sentap orang tegur die.
      yang die tu guna ayat kejadahnye boleh pulak..
      nanti ade le golongan sentap bekap kang…
      hahahaha

    • kikiki.
      memang ade yang anggap ipar tu orang luar.
      die baru kene gitu dah mengeluh.
      ade orang macam macam kene dengan ipar sampai menghasut nak suruh bercerai lagi n sampai nak dibomohkan anak sendiri suh bercerai dengan bini uolss takde pun macm ni nak mengeluh.
      minta dengan Allah.
      then bincang lah sesama korang.
      bende boleh settle weh.

    • ha ah benda boleh ‘fast to fast’. dah kenapa sampai nak ‘cream’ urat bertegang kat sini. nanti ‘picture’ wife dia plak takut nak join the family. kikiki. umoq dah 27 pergi la duduk asing dr family. asyik duk observe salah orang je.

    • Sebab tu pape kena baca sampai perabis, pahamkan satu2 sebelum nak berkata. Kalau rasa tengah baca tu tetiba nak emo, ulang balik dr mula, sampai habis. Bila saya baca balik confession yg ni saya rasa dia ada nak ckp sumting jugak psl perangai family dia dgn kakak ipar dia yg dekat tu. Mungkin dia nak kita fikir lebih sikit bab tu. Sebab x nampak pn dia nak bash menantu semata. Klu tak keluar dah ayat2 menantu pemalas bla bla bla.. selalu kan mcm tu.. hihihiihiii.. hal family ni susah nak setel once dah jd teruk…

      Just my 2cents

    • hahahahaha tu betol..
      pasal dekat lagi baik dari yang jauh
      tu mcm tak releven lah.
      ade je menantu dan anak sendiri yang duduk dekat tapi harapkan anak dan menantu yang duk jauh gak datang balek untuk masak kemas rumah mak mertua.
      anak sendiri duduk tengok tv je tunggu makan siap.
      acaner tu.

    • hal family ni kalau dah marah sangat settle depan2.
      kalau setakat beremosi dalam facebook nak buat ape.
      bende tak settle pn.
      dalam facebook ni agak2 boleh settle ke?
      n lagi satu tak perlu le sampai nak kata menantu tu hanya orang luar yang diupgrade.
      seriously orang luar yang diupgrade tu lah yang jaga mak mertua sampai meninggal.
      anak sendiri tak nak jaga acaner tu

  3. Baiklah tuan rumah..

    Hang pun janganlah emo sangat, bila hang tulis scr emosi automatik hok lain yg baca pon jadi emosi, walaupon hok lain tu baik je, tak de buat salah mcm family hang tu. Sebab tu kalau nak menasihat bahasa tu kena jaga, seperti mana yg diajar dlm agama kita sendiri, kan.

    Cek repeat balik point cek kat post lepas tu na. Harap hang terimalah seperti mana hang pon nak opinion hang diterima. Huhu.

  4. Wahai ank bongsu bawah ketiak mak..(ko sndiri yg mngaku), ko lembut ke apa? Bab ipar duai tu bukan hal ko..dorg blh pk sendiri.msing2 ada laki masing2 nk jaga prangai bini sndiri tak kira sbg mnantu dekat ke jauh.

  5. Kesimpulannya, bersihkan lah hati masing2 ye. Bukan apa malu lah. Melayu ni kecoh pasal gaduh sesama keluarga je. Mertua dgn menantu lah, ipar duai biras bagai. Dah2 lah. Aku tgk cina india ok je…omputeh tu ha siap.lambung2 cucu dia gelak2 dgn menantu dia cubit2 biras dia best duh.. walaupun aku taktahu masalah derang tp contohilah sikap yg baik dr sesiapa yg baik. Jgn busuk hati sgt k. Kdg2 aku terfikir bila nak habis rantaian beracun ni. Bergaduh bermasam muka tak habis2. Sifat melayu mmg cmtu ke? Dah2. Balik raya hulur tgn dan ringankan mulut minta maaf! Ok selamat hari raya.

  6. Apa yg aku bce td kau ckp menantu tu org luar je,cuma upgrade phbungan je. dari situ dh nampak kau ni jenis pikir “pangkat” hubungan antara family. Xpelah, nanti ko kahwin, baru ko tau apa perasan sebagai menantu..

  7. gamainyeeee adikkk bradekkkk…..
    alahhhh takkann observeee orang lainn jeee bangg….
    diri sndirii takk nkk observeee keee…..
    ohhh nii pasalll penatt menadah telingaaa bile mak berceritaaa mengaduu pasall ipar2 dnnn adkk bradekkk abggg yeee..
    hurmmmmmm ckkpp kat makkk tak baikk mengadu2 tauuuu.
    Allah takkk sukeee kalauu kiteee mengadu mengumpat mengadu dombaaa pasall orang lainn
    nanttiii jenuhhh nk mintaaa maaff padaaa orggg ygg kiteee dahhh mengaduu tuu thennn nkk citeee laggi apee ygg kiteee dahhh berceritaaa tuu….

  8. alololo emonya confessor ni haha.. rileks2 sudeyh dikkk.. nak memarah ni apesal time2 nak raya ni?

    btw, confession ko yg sblm ni yg ada drama tali bra hitam tu ke? hiks

  9. Sarcasm x sme dgn direct to the point dik..sarcasm tu mknenye perli..ni buknnye perli tp bg ayt sentapp..contoh ayt sarcasm “aku memg suke tgk kakk ipar aku berkemban”..faham??? dh2 lah bt confession..menyampah j ak bce..ak harap ko dpt mertua yg anggp ko org luar yg dh diupgrade..baru kena setepek k dahi ko..ak terima point ko psl aurat & lain2 tu..tp minda tu hrp trbuka sket ye..bljr trime org baru dlm keluarga..anggp ipar2 tu mcm adik beradik sdri..yealah..kalau family ko ad pape problem..si menantu nie lah yg akn tlg kan..k bg ko bile nk mintk tlg j baru anggp mcm adik brdik..bile senang..anggp mcm org luar?gtu?kwn2 ipar ko dtg brye pun nk berkire..sush hidup ngn org mcm ko ni…perangai mcm permpuan..

  10. Seriously makin ak bace makin ak xfhm pendirian ko kt mne..terlebih sarcasm or terlebih direct??hmm..dh lah..i’m done with this issue..ur opinion is meaningless

  11. Yg pnting kena pandai bwk diri kt umh org..tau malu sket in sha Allah xde pape…

    By the way hakak x suka cr penulisan awk, cm emo trlebey plak

  12. Aku baca 3 kali..tapi still tak boleh hadam…lagi2 part sarcasm….skrg ni ko nak citer ape no bhai??kejap mak ko salah..kejap ipar ko salah…ttiba citer pasal mandi ngan akk ko…..content da ade..penyusunan plot tu aku pening…ko nk ckp ape ni…so ape guideline or adab berkumpul tu…hishhh

  13. rileksla bro.aku paham apa kau cuba sampaikan.aku doakan yang terbaik untuk keluarga kau.

  14. Aku juga bongsu , Dan aku faham benar apa yang dia confess . Sebab aku jugak menadah telinga dengan semua cerita ipar duai .
    Tapi mak aku jenis tegur terus dekat anak2 dia pasal menantu dia kalau ada benda dia tak berminat .
    Dan alhamdulillah takda masalah gaduh ipar duai biras besan dan sebagainya .
    #Peace ✌

  15. nak confess tp nak marah marah bila org tegur. kau ni memang jenis tak boleh org tegur kut. nak kauuuuu ja betul. dua kali aku baca dua kali gak aku rasa nyampah.

    rumah org lain pun ada gak menantu. dah kau yg ckp menantu tu orang luar yg diupgrade kau pun kenalah sedar yg menantu tu pun lain cara dia dibesarkan. apa salahnya dia rasa selesa ajak kawan2 dtg beraya rumah mertua? kawan dia tetamu mak kau jugak. setakat buat air sejug dua jamu tetamu datang, bukan seteruk kacau dodol pun. pahala pun dapat.
    tahpape.

  16. Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Rayaaaa…

    Hari Raya tiba,
    sebulan Puasa,
    Tertunai Sudah,

    Duit yang ada,
    Cukup – cukup saja,
    Buat belanja,
    Ada kereta,
    Yang kubawa,
    Jenama Malaysia,
    Insya Allah,
    Jumpa Mak Ayah,
    Dan sanak saudara,

    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Rayaaaa…

    Takbir bergema..
    Indah di pagi raya
    Syahdu terdengar,
    iramanya dijiwa,
    Syawal Mulia,
    Ampun Maaf dipinta,
    pada ibu ayah,
    dan juga sanak saudara,

    (dikir)
    Abang – abang kakak – kakak
    duit raya jangan lupa (2x)
    Anak – anak bergembira sebab dapat
    duit raya (2X)
    Kuih raya semua ada
    Juga macam – macam ada (2x)
    Nak pi raya mana tunggu lepas solo gitar……

    Ceq pi Raya
    Ceq pi ziarah sini – sana,
    Jumpa kawan lama,
    Buka macam – macam cerita,
    Sedih gembira
    Kita Kongsi Bersama,
    Selamat Hari Raya
    Ampun maaf dipinta,

    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Raya,
    Nak Pi Raya,
    Pulang Rayaaaa…

  17. Aku faham sesangat ape confessor ni nk luah.. ppl never feel us bro.. die cmni laa jd ble sume mende atas bahu kite.. dr skecik pkara smpai laa besar.. at one point da x larat..n kite sbenarnye ade lg byk commitment len tp byk kne ngalah..ble nk luah, mostly org ckp kite cengeng,mrungut.. bek luah kt org yg lalui je..naseb bro jd bongsu xde ayah ni.. aku lg laa perempuan.. ko laki.. jom la sme sme berhuhuhu, n pikul jela sume ni dgn redha… cte xkan abes, sbab kite kan adik, nasihat daa tp dgrnye kenkadang.. doa2 la kite ni ble da kawen nnti,still ringan tulang jd org kuat n tmpat luah prasaan mak kite smpai ble2.. doa dpt spouse yg memahami tanggujwb kite…

  18. Social media now dah jadi digital diary…x semua update status nk luah perasaan. Yela orng nyampah lak nnti..so cemana orng2 yg nk luah perasaan ni nknluah perasaan dia?
    Thru confession mcm ni la..aku tngok..society bnyk condemn confessor kalau kisah deme kecik je…walaupon kau x setuju dgn confessor..ckp la yg baik2…at least hati confessor terpujuk sendiri n they will feel better.. x kesah la gaduh ke…cerai berai ke dlm ni…orng skdr nk luahkan yg dalm hati tu..nak bg tau kawan2…nnti terbukak pekung.layanlah confessors dlm ni baek2 plis….kita x tau hidup diorng…bg kita kes deme kecik..tp deme je yg rasa…kpd confessor cerita ni
    Chill beb,it just a bad day…not a bad life…selmt hari raya..dah2,pergi bakar mercun roket tu…letak cicak skli..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *