Penjelasan Yang Tergantung

Assalamualaikum nama saya Rizal (bukan nama sebenar) saya berusia lewat 20-an dan berasal dari utara tanah air.

Saya menyambung pengajian di sebuah kolej swasta di pantai timur dek kerana hajat oleh ibu bapa saya.

Alhamdulillah bila saya sampai di sana saya gembira dapat jumpa kawan baru, suasana baru.

Untuk pengetahuan am, saya dari sekolah rendah serta sekolah menengah lagi langsung tiada kawan yang betul2 rapat, kalau ada pun sekadar tanya untuk exam dan homework,

So bila dah masuk alam diploma ni saya rasa happy sangat sebab dapat suasana belajar baru, even swasta tapi yela kan orang pantai timur memang best2 peramah, pemurah dan macam2 lagilah kebaikan mereka.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, saya dan kawan2 dah nak masuk tahun akhir tau, jadi nya mestilah mengharapkan kebahagiaan, kegembiraan dengan kawan2 sebelum tamatnya zaman belajar, lagi2 saya ni pula orang jauh.

Kelas saya ni ada 20 orang lelaki dan 13 orang perempuan sahaja, tak ramai mana untuk perempuan, jadinya nak dipendekkan cerita, satu hari dalam group wasap geng kami ni…

Nama group wasap kami sangat dahsyat tapi indah khabar dari rupa. Setiap kali ada jer benda nak kutuk, perli mengumpat dan macam2 benda buruk mesti ada jer kecoh dalam group kami.

Suatu hari ada seorang perempuan dalam kelas kami nama dia Maryam (bukan nama sebenar) ni dikutuk dan menjadi bahan s*ksual dalam group wasap kami.

Untuk pengetahuan, Maryam ni orang luar pantai timur berasal dari borneo, jadi boleh imagine la dia macam mana orang nya, seorang yang sangat2 cantik, putih dan agak kurang sopan dalam berpakaian.

Suatu malam, 5 orang kawan saya dalam group kami bercerita tentang hal dalam kain Maryam, saya sebenarnya terkejut dan tak sangka benda ni terjadi. Saya tak mampu tegur sebab mereka banyak bantu saya.

Hampir seminggu ya mereka ni bercerita benda2 kotor pasal Maryam, pasal dalam kain.

Ditakdirkan suatu hari Maryam ni dapat tahu benda ni, sebab ada salah seorang ahli group wasap kami “screenshot” hantar pada Maryam.

Dorang semua terkejut and gelabah la en, sapelah yang bocorkan rahsia ni.

And saya dengan Maryam ni boleh lah dikatakan rapat ya, sebab masa mula2 masuk sem kami beli barang harian sama2 dan dia juga suka berniaga, keluarga dia memang jiwa niaga macam2,

So kalau hujung minggu saya la yang tolong and temankan Maryam pergi beli barang untuk berniaga.

Berbalik pada screenshot yang dah kantoi dengan Maryam, Maryam pun report pada pihak pengurusan disiplin pelajar di universiti kami. Benda ni menjadi lebih melarat dan makin besar.

Suatu hari saya kena maki dan diherdik oleh salah seorang yang buat hal tu yang mana mereka cerita lucah pasal Maryam. Dia cakap sayalah dalang di sebalik masalah ni, sayalah yang pergi screenshot bagi kat Maryam.

Lepas saya dengar ayat dia tu, saya sangat kecewa kenapa mesti tuduh tanpa bukti dan tanya dulu, atas alasan saya orang luar bukan orang pantai timur. Dan kejadian ni berlarutan sampai lah ke final exam.

Saya di pulau dan diperli2 oleh mereka dalam status wasap, saya hanya mampu berdiam diri,

Puas jugak la saya paksa Maryam untuk bagitahu siapa sebenarnya yang screenshot bagi pada dia, at least boleh bersihkan nama saya balik, tapi hakikatnya Maryam hanya diam dan tak hiraukan apa yang saya tanya.

Sampai harini mereka yang saya anggap kawan pulaukan saya, mereka yang terlibat dengan saya pun di hasut supaya menjauhkan diri daripada saya.

Saya sedih sebab kebahagiaan kegembiraan yang dirasai Tuhan bagi pinjam kejap je.

Saya cuma berharap mereka berubah, minta maaf pada Maryam. Dan ada lah jugak berangan hubungan persahabatan kami kembali pulih.

Tapi lihat daripada keadaan sekarang, mereka langsung tidak memperdulikan saya.

Saya tak minta banyak, saya mahukan penjelasan yang sebenar kenapa saya dituduh.

Tapi sampai sekarang ianya tergantung.

Setakat ini sahaja luahan saya dari insan yang ingin rasa bahagia.

– Rizal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *