Penjenayah kah aku?

Okay. Cerita dia cmni. Aku ni seorang lelaki yg dari kecil mmg dah biasa cara hidup bandar. So kalau lepak dengan kawan2 memang ade yg akan free hair and aku nampak perempuan yg free hair tu macam biasa jer. Malahan, kalau balik kampung pon, sepupu2 aku pon relax je free hair kot lepak dpn tv ke etc.

Nak dijadikan cerita bila aku jumpa wife aku. Wife aku ni berasal dari keluarga yg alim2. So, soal aurat ni mmg dijaga betul. Kisahnya bermula masa aku balik kampung wife aku. Sepupu2 wife aku mostly perempuan semuanya tgh berkumpul kt dapur. Pastu aku pon nk menjengah la ke dapur nk minum air. Bila aku jejak je kaki ke dapur, kesemua mereka bertempiaran lari seperti takutkan sesuatu. Rupa2nya mereka semua mencapai apa sahaja untuk menutup kepala. Ade yg sempat mencapai tudung. Ade yg tak sempat, mereka mencapai tuala, kain batik, kain pelekat, tshirt dll. Tudung saji je belum lagi.

Aku terasa pelik laa mula2. Lpas bgtau bini aku pasal benda ni, baru laa aku tau. Kadang2 benda yg kita rasa normal dalam keluarga kita, sebenarnya mungkin pelik di mata orang lain.

Benda ni ada laa 2,3 kali juga terjadi. Sekarang, kalau aku nk g explore mana2 kawasan, aku suruh wife aku survey dulu untuk clear kan situation.

Bila benda ni terjadi, aku terasa macam seorang penjenayah yg nak merompak. Semua org bertempiaran lari. So, ade ke korang yg jd macam aku ni?

– Insan biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

229 Comments

  1. Ktorng smua tmpt ade tdung…paling jd mngsa la tdung mak..sbb labuh n jait trus…tang2 lgn pndek blh trus cover…pstu klu dtg nye abg ipar o kazen…100 mtr pcut pn leh tumpas rekod oleh ktorng…mane yg x smpt bwh meja la,stor la..haha

  2. hahaha, aku faham perasaan ipar duai kau, sbb kat umah ble ada abg2 ipar aku ada je la kejadian macam tu. kadang2 ingt dorang da pergi somewhere. tau2 je dorang dah kat blakang kitorang, x pun x perasan dorang dah blik dr somewhere… time tu la bertempiaran mencari perlindungan… hahaha…

  3. Hahaha sbiji mcm bini aku skali sedara dtg die kat dapor mase raya ke 3 tgh tolong akak ipar aku…
    Skali die capai periok nasi da..
    Serkop kat kepala..
    Hahahaha mcm katon lari masok bilik. Haha

  4. Normal la tu..aurat 1st..bgusla ko da faham ko kne explore dulu..haha..aku pn dulu adek bradek tgh lipat kain kt ruang tamu..tetibe ade pkcik nie maen trjah je msuk umah..sorg capai tshirt..sorg capai kusyen sorg blik langsir..igt balik mmg mengekek2 laa..tp tula didikan yg baik..inshaAllah

  5. 1st..ko beruntung dpt wife yg idup dlm fmly yg mjaga aurat n kuat agamanya..x payah susah2 ko nk ajar nk didik..sbb mak n abah dia bjaya mdidik anknye…klu nk air tu g jelh mntk kat wife..klu dgr suara riuh tu bhati2 lah..last..mcm suami suruh sy pgg hp n alert dgn bunyi tel,sbb dia akn wasup atau call klu nk pegi mana2 kawasan dlm umah..

  6. Jgn la rasa mcm penjenayah, yg sbnrnya ur wife dah bantu menjaga pandangan suami dia dari lihat benda haram. Alhamdulillah sgt dah tu..mana nak dpt wife yg jaga pahala akhirat suami dia? Well, patut nya mmg wife kena buat briefing dulu pd suami perihal keluarga dia. Tp lama2 ok la..

    Dah ada 2 abg ipar, dah biasa dah bertempiaran2 lari cari tudung nih..so utk isteri, rajin2 la belikan tudung sarung tu byk2 skit, senang nak rembat pakai bila sepupu2 or abang/adik ipar dtg…pahala!

  7. Adik ipar sy (lelaki) dduk dgn mertua..dia suka xberbaju..bila sy masuk je rumah mertua, bertempiaran lari..kdng rasa segan nk masuk rumah mertua sbb jd mcm tu..

  8. Saya dulu pom free hair je depan abg ipar sbb masa tu jahil sket. Skrg dah belajar sapa mahram and bukan mahram so kena mula jaga. Alhamdulillah so far sempatlah larikan diri dan mencapai apa yg sempat untuk cover apa yg patut bila ada yg bukan mahram dlm rumah.

    • sama ler sy…udah blk raya br ni.masak smpi pkl 1pg dok brtudung.dgn stokin.hand sock.ipar tanya x panas ke.hehe…. cenyum jer?

  9. teringat plak citer aku masa blajau dlu..ms tu aku n kwn aku tgh plih lauk..tiba2 sorf kwn klas aku(lelaki) tegur..dia ckp rmbut aku terkluar sehelai..malunyer aku masa..smpi xjd amik lauk..trus menyorok tpi kwn pompuan aku..ms tu rs mcm nak amik tudung piuk tutp muka..sbb malu sgt..hahaha..sbb kwn aku tu tegur nampak rmbut..smggu aku xbcakap dgn dia..sbb malu…hahaha..kenangan..kenangan..

  10. Klau abg ipar blik mmg spjang masa bertudung . Bila masuk bilik th rasa heaven sgt2 . Ye la berjam2 rambut terperap. Kekedang th malas nk kluar blik . Tp bg prempuan klau ad abg ipar.kt rumah xyah bukak tdung pkai ja bkn ap nk berjaga . Mmg rimas kekadang nak2 bila memasak n berkemas. Comel je yg confess ni, lepas ni da boleh berjaga2 la ye .

  11. Kalau belajar undang-undang jenayah Islam, sengaja melihat aurat tu berdosa dan boleh dikenakan hukuman. Contohnya, seorang pencuri tu masuk rumah orang ingin mencuri dan semasa dia masuk tu dia melihat aurat bukan mahramnya dan belum sempat mencuri tuan rumah dah tangkap dia. Dalam kes ni, pencuri tu tak akan dihukum atas kesalahan mencuri kerana perbuatan mencuri tu tak lengkap sebab tuan rumah dapat tangkap dia sebelum mencuri tetapi dia akan dihukum atas kesalahan melihat aurat yang bukan mahramnya. Kalau tak sengaja dimaafkan bro!! :)

  12. Betul tu Pn Anum,bg yg tak tau mgkin pandang bnda ni pelik,tp itu la hakikatnya batas2 aurat ttp kena jaga bg yg bukan mahram lelaki mau pn wanita..Itu adalah hukum Allah..

  13. Bukan main payah…mcm kita pulak dtg susahkan dorang..nasib side aku takde mcm tu..bro kau aku sama..membesar bebas…jd kita bukan kemaruk pun rasa menda tu sgt pelik

  14. Saya ada 3 orang bro in laws. So kalo mana kakak2 balik, saya standby je tudung bila tahu diorang balik bila. Hatta duk dapur ke, plan nak pegi mandi ke, standby dah tudung. Rasanya takde la salah awak pon. Cuma yang pompuan2 dalam rumah kena alert je la sebenarnya.

  15. Haha..itu satu hal lah kan.lain plak cerita if tetamu dtg rumah..tetamu kena la hormat n bg sikit masa tuan rumah nk capai tudung ke apa tutup aurat sblm buka pintu jemput masuk.

  16. Mudah aje….respect aurat wanita…..dalam kawasan rumah,respect area wanita…wanita pun perlu juga masa dan tempat di mana mereka boleh bebas tak bertudung. So area tersebut dan waktu tersebut…tak perlulah menjengukkan diri……mudah je kan. Wanita yg jaga aurat, aurat mereka adalah maruah mereka…….simple aje.

  17. Hahahha mcm time kita study kat umah cah mau terbang abis tdung Nurul Aniza Nurul Husna Atikah Marshid I-ney Shahirah Aishah Radzi Shima Chiema

  18. Alhamdulillah :)

    Bukan penjenayah tapi sama-sama kumpul pahala. Yang perempuan jaga aurat, yang lelaki pulak tak nampak aurat.

    Tahniah. Suka dengar cerita ini.

    Apabila yang tak lari bertempiaran tu yang kita risau. Apabila semuanya menjadi biasa. Mudahan dari cerita ini ramai yang sedar betapa peri pentingnya menjaga aurat walau di rumah sendiri.

  19. Kat kampung kalo tgh masak kat dapur or rileks2 dpn tv, dengar aje bunyi enjin motor terus bertempiaran lari sbb sepupu laki balik. Kalau tak sempat, menyorok laa tepi peti ais ke bawah meja smpai org bawak mai tudung. Haha Nabilah Amran Hanan Amran Hanani Amran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *