Penyakit Hati akibat kisah silam sendiri

Maaf. Sekadar mahu berkongsi, betapa berbezanya kisah silamku dan bakal suami. Semoga jalan yg Allah susun ini membantu aku mengenali erti kebahagian kehidupan sebenar.

Aku tak percayakan perkahwinan. Bagi aku, perkahwinan adalah suatu proses perjudian yg paling bodoh dan merugikan. Elok2 tak ada masalah mertua, anak, suami, kau tambah. Untuk apa? Kau buka ruang untuk menambahkan dosa. Macam mana kalau mertua kau menyusahkan? Anak kau tak mendengar kata? Suami kau mengabaikan nafkah? Kau fikir kau boleh sabar? Kau tengah mencipta ruang berbuat dosa. Mungkin kau akan derhaka pada mertua, pada suami, dan gagal menjadi ibu yg baik.

Fikirlah. Kalau kau bujang, yang perlu kau tumpu hanya dosa sendiri dan dosa terhadap orang sekeliling. Jadi kenapa jadi bodoh? Kau ingat perkahwinan sesuatu yang indah sangat? Kau belum kawin, aku pun belum kawin. Cuma bezanya kau bodoh, aku tak. Aku nampak semua permainan ni. Lelaki akan ada betina lain, perempuan akan derhaka, semua serba serbi negatif tentang perkahwinan.

Tolong jangan jadi bodoh, kau ingat lepas kawin kau masih boleh keluar bersembang jumpa kawan? Untung nasib, dapatlah suami yg lepas. Tapi kebanyakan? Bullshit. Kau cuma akan jadi hamba seks, dan bila semuanya longgar, suami kau akan gunakan sunnah utk menikahi perempuan lain. Kau kerja kan? Selama ni kau bayar bill sendiri kan? Jadi apa perlunya suami? Kata orang, untuk melengkapkan, siap keluar ayat Alquran lelaki dan wanita dicipta berpasangan. Orang2 begini, aku anggap sampah. Cakap berdegar. Yang lelaki pun sama, kau ingat kau akan dapat perempuan yg taat pd kau? Aku ramai kawan yg dah menikah, semuanya ada pasang lain sampai bersetubuh sebab lelaki selalu outstation. Come on laaa… Perkahwinan adalah benda paling mengarut! Hanya orang bodoh yg fikir perkahwinan tu membahagiakan.

Sehinggakan satu malam, aku luahkan semua ni pada parents aku. Mak aku istighfar, Abah pula risau dengan sikap liberal aku. Adik beradik lain tak beri masalah, cuma aku, si pendosa ni. Tekad aku cakap yg aku takkan kahwin, perkahwinan adalah perjudian paling merapu dan aku takkan jadi sebodoh tu utk biar aku terjebak.

Itu dulu. Dulu. Sampai satu saat Allah uji aku. Aku diberi penyakit hati. Yes, aku tak senang tengok kebahagiaan orang. Aku pergi kenduri kahwin, bila tengok pengantin, kau tahu apa aku cakap? Lepas dua tahun bercerailah tu… Aku sentiasa nampak salah orang, aku kutip negatif sahaja, aku tak senang. Hati aku resah,bila ada kawan yg berkahwin, aku senyum. Tapi aku sakit hati, bagi aku dia tengah buat kesilapan. Sampailah satu tahap, aku rasa tak mampu dah. Kenapa sebenarnya hidup aku tak tenang?

Aku rujuk semula pada mak. Kata mak, menikahlah. Hang akan nampak satu dunia baru, pengalaman baru, kenal orang baru, budaya baru, dan bonus, kalau suami hang berjaya ubat hati hang dangan sikap positif yang baru.

Mungkin jodoh, atau mungkin doa seorang ibu, Allah temukan aku dengan lelaki yg pertama kalinya aku rasa yakin. Yakin utk jilat semula ludah aku yg banyak kali kata perkahwinan itu bodoh. Aku cuba. Alhamdulillah, sekarang kami bertunang. Lagi lima bulan nak menuju ke majlis perkahwinan. Cuma, dua sisi hidup yang sangat berbeza membuatkan aku rethink, semua ni satu kesilapan. Latar belakang kami, amat, sangat, terlalu berbeza. Bukan dari segi darjat, tetapi dari segi pengalaman hidup. Mungkin ni semua hasutan syaitan, supaya aku membatalkan semua ni dan berpegang pada prinsip dulu.

Bagaimana beza aku dan bakal suami, cuma mampu aku kongsikan melalui penulisan ini. Yang aku simpan sekian lama secara peribadi.

“Kau nak tahu siapa lebih keliru?
Kau nak tahu siapa lebih susah?

Hidup kau susah, tapi jauh lebih mudah dari aku.

Seribu kali kau boleh kata kau matang.
Kau berpengalaman.
Namun, dalam usia semuda aku, aku dah rasa apa kau belum rasa.
Aku dah jalan di jalan yang kau belum lalui.
Aku dah hirup udara dunia yang kau tak pernah bayangkan.

Semuda aku, aku diajar pertahan diri.
Aku diajar menerima kesakitan.
Aku diajar makna pengkhianatan.
Aku diajar peritnya kehilangan.
Maka apa ada pada kau untuk kau bandingkan hidup kita berdua?

Lima, enam tahun lepas, mungkin hidup kau di kolej. Bersukan bersembang belajar.
Dugaan kau yg paling berat pun bila nak hadap exam.
Atau lebih teruk, tekanan paling kuat adalah putus cinta.
Jadi adakah itu membuatkan kau matang lebih dari aku?

Sedang kau berasa sedih kerana kegagalan peperiksaan atau ditinggal kekasih,
Mungkin malam-malam kau diisi dengan lagu cinta bodoh yang buat kau lebih hanyut utk berasa sakit.
Waktu itu, kau lah yang paling derita.

Sedangkan ketika kau berbaring dan menangis tu,
Aku disini dihentak ke dinding.
Diarah, diludah, dimaki.

Rambut ditarik hingga kaki hampir terpisah dari lantai.
Leher dicekik hingga badan melawan graviti.
Hidup dalam ketakutan.
Hidup menjadi boneka orang untuk mereka mengaut keuntungan.

Maka apa yang membuatkan kau lebih matang dari aku melalui perbandingan itu?

Dari hidupmu, kau belajar erti cinta sejati. Kau belajar erti kekeluargaan.
Dari hidupku, aku belajar erti kekuatan. Aku belajar erti pengkhianatan.

Lima, enam bulan dahulu,
Ketika kau menikmati secawan kopi di kedai pada waktu petang,
Aku di depan kubur, merenung batu nisan rakan yang tak akan kembali.

Hujung minggu kau menonton bola,
Tetapi aku mengheret seorang lagi rakan yang dipukul, menyorokkan dia di sebalik kotak,
Di lorong-lorong sunyi,
Dan biar diri aku pula dipukul.

Dan minggu seterusnya, aku hilang lagi seorang teman.

Persiapan raya kau dipenuhi dengan jemputan ke sana sini,
Ibu kau menyiapkan baju berwarna sama sebagai tema.

Sedang aku berhempas pulas mencari duit. Buat biaya ubat. Buat belanja diri.
Buat keuntungan pembekal.

Kau orang yang dikenali di tempat kerja.
Kau bahagia dan bangga begitu.
Sedang aku berdepan risiko,
Sehingga sebolehnya aku tak mahu dikenali.

Dunia aku dan kau terlalu beza.

Dan kini,
Kita bertemu.
Pertembungan dua dunia yang terlalu berbeza.
Konflik menerjah. Kau dan aku cuba melawan takdir.

Aku mahukan kau, dan kau pun begitu.
Dengan mengenali aku, kau kenal dunia gelap.
Dengan mengenali kau, aku kenal dunia cerah.

Kau masuk ke dunia aku dengan rela.
Aku masuk ke dunia kau dengan bahagia.

Aku mahukan kau sepenuhnya.
Hancur peganganku untuk tidak berumahtangga.
Dengan kau, impian jadi nyata.

Namun apa yang akan berlaku, sekiranya..,
Dunia gelapku kembali?

Kau akan kutinggalkan, demi keselamatan dan kehidupanmu.

Namun ku temui cara agar semua ini berjalan lancar tanpa derita.

DOA.”

Ya, aku bekas pusher dadah. Dan tiada siap tahu, temasuk keluarga atau sahabat yg rapat. Yg tahu, hanya Allah dan bakal suamiku. Dan sekarang, sambil menghitung hari menuju perkahwinan, terasa seperti dosa silam sedang menghambat. Kifarah yg Allah beri adalah rasa bersalah yg tak sudah.

Jagalah diri. Jangan terlalu lantang bersuara. Ikutlah agama.
Jangan jadi seperti aku.

– Bekas Pusher Dadah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit